Monday, August 8, 2011

BANG MAT OH BANG MAT

BANG MAT PUN BOLEH MAIN FUTSAL SELEPAS NI





Selepas tiga minggu menjalani pembedahan menyambung ligamen belakang lututnya yang terkoyak, kecederaan yang dialami Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu semakin sembuh.

Walaupun masih lagi bertongkat sewaktu berjalan, beliau kini tidak lagi memerlukan bantuan kerusi roda hari untuk bergerak.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Mohamad berkata perubahan tersebut dialaminya sejak tiga hari lalu.

NONE"Saya boleh jalan biasa, tetapi (tapak kaki sedikit) mendatar, dan (berjalan) tidak dalam jarak yang jauh.

"Tetapi masa naik dan turun tangga (rumah) masih perlu kepada tongkat," katanya dengan nada gembira dengan perkembangan terbaru itu.

Sebelum ini dilaporkan Mohamad menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Shah Alam untuk membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak akibat dirempuh kenderaan polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0 bulan lalu.

No comments: