TERKINI!! Kes Scorpene: Pengusiran William Bourdon Gemparkan Rakyat Perancis!!
TERKINI!!Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dalam satu kenyataan sebentar tadi menyatakan bahawa pengusiran peguam Perancis yang terkenal, William Bourdon dari Malaysia merupakan satu rahmat buat kes skandal kapal selam Scorpene yang mengaitkan nama Najib .
Menurut pengarahnya, Cyntiha Gabriel, Bourdon dikerumuni puluhan wartawan negaranya sebaik tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris yang ingin mengetahui kisahnya diusir pihak berkuasa Malaysia.
Bourdon yang diupah SUARAM bagi menyiasat kes tersebut, diusir selepas mengadakan sesi penerangan di Sunshine Square, Pulau Pinang, bulan lalu.
Menurut SUARAM lagi, Bourdon adalah seorang peguam yang amat dihormati lagi disegani di Perancis kerana keupayaannya menyelesaikan beberapa kes besar, dan pengusirannya amat mengejutkan dan secara tidak langsung menarik minat rakyat negara itu yang sebelum ini tidak langsung mengetahui kes Scorpene dan Malaysia, terutamanya nama Najib .
Tambah Cynthia lagi, selepas pengusiran Bourdon, pihaknya meneruskan sesi penerangan dan sasaran kutipan dana untuk tabung Scorpene melebihi jangkaan dua kali ganda, terima kasih kepada Hishamuddin Hussein dan Najib yang mensensasikan hal ini sama ada di Malaysia mahupun Perancis.
Bourdon dijangka akan menamatkan penyiasatan skandal yang menggemparkan dunia dan mencabar integriti presiden negara itu, Nicolas Sarkozy dan Eropah amnya.
Kes berkenaan dijangka akan mula dibicarakan di Mahkamah Awam Paris, awal bulan depan.
No comments:
Post a Comment