Tamakkan sesuatu daripada pada bahagian dunia; sama ada cemburukan sesuatu yang ada pada tangan manusia lain, atau suka dan cenderung kepada keselesaan dan keenakkan hidup yang menjadi pakaian manusia ramai adalah merupakan pedang yang boleh membunuh hati seorang hamba. Pedang tamak ini akan membunuh dan mematikan hati untuk bermakrifat dengan TuhanNya. Bila sudah mati hati, maka lumpuhlah sifat-sifat Ruh yang mulia. Tinggalah sifat-sifat keiblisan dan kebinatangan yang tamak dan rakus kepada dunia serta bersandar(tetap) kepada makhluk. Dengan demikian hinalah mereka sehina-hinanya di mana binasalah diri mereka dalam kehinaan dan dengan penuh kehinaan.
Ya Rabbi....selamatkan aku daripada kejahatan diriku.
No comments:
Post a Comment