Badminton Dunia: Chong Wei ke akhir kali pertama
LONDON, 13 Ogos – Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei layak ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia dengan menewaskan Chen Jin dari China di Wembley Arena hari ini.
Lee mengambil masa 44 minit untuk menundukkan Chen, penyandang juara, 21-13 dan 21-9.
Wakil tunggal Malaysia ini dijangka bertemu Lin Dan dari China di perlawanan akhir esok.
Lee tidak pernah melangkah ke perlawanan suku akhir sepanjang enam tahun lalu.
No comments:
Post a Comment