P.RAMLEE DIPUJA , YANG BERKUASA DIKEJI
Sejak kecik lagi aku dah kenal P.Ramlee.Dia dipuji dan dipuja .Dan sekarang aku dah tua bangka status P.Ramlee masih tak berubah.Di kaca TV filem2nya masih laris.Lagu2nya masih unggul.Jasadnya dah lama pergi . Dia tetap dikenang .Dia tetap berada sama di sisi masyarakat Melayu.Isu2 yang dibawanya dalam filem cukup menarik.Hanya P.Ramlee yang kenai betul2 ibu mertuanya , yang tau benar2 hidup bermadu.Dia kenai lagak Haji Bakhil dan dia tahu peranan cikgu Murni.Dia juga berperanan menonjolkan perihatinan terhadap anak2 yatim.Pandai tonjolkan rakyat miskin.
Lagu2nya penuh dengan ilmu tajwid.Lagu dan irama tak dapat dipisahkan.Dalam filem Panggilan Pulau lagu ‘ BULAN DAN JUGA ANGIN’, penuh dengan ilmu tajwid. ‘ba-wau-lam-nun’ , ‘nun’ pada bulan bertemu dengan ‘dal’ , itu ikfak,keluar dengung. Kalau tak dak dengung tak sedap jadinya. Senikta “ TELAH KU RENUNG DALAM KITAB’ , itu qolkolah. Bukankah itu menarik .Cukup menarik sekali.
Terbalik jadinya pada orang2 berkuasa,semakin hari semakin dicemuh dan di caci.Suharto diheret ke mahkamah .Takshin di hukum oleh mahkamah negerinya.Banyak lagi contoh2 dunia yang sedemikian.Malah Tun Mahathir,bekas PM kita pun begitu.Kesian juga tengok dia tak dihormati oleh anak2 buahnya dulu.Yang dulu dok bodek dia , kini tak sikit pun kenang budinya.Mereka pernah dapat pangkat dan harta melaluinya.Dia dihalang bertemu orang2nya,dia dihalang untuk bertanding di Kubang Pasu .Dia juga pernah di simbah dengan ‘apa asid tak tau’.Projek2nya dbatalkan.Yang dia cukup terkilan ialah pembatalan jambatan bengkok.Flip-flop Pak Lah membuatnya hidup tak senang.Fed-up punya fed-up istihar keluar umno.Disanggah kiri dan kanan.Rupanya begini bila hilang kuasa.Berhati2lah bila berkuasa.Kalau tidak benda yang sama akan jadi.Di keji,dicaci,dicela.
Lagu dan filem P.Ramlee ada kaedah Islam sebab tu boleh bertahan . Jadi kaedah Islam boleh membantu juga orang berkuasa.Kalau tidak nasib yang sama : dikeji,dicaci dan dicela akan berlumuran pada peribadi .Jangan main2kan Islam.Lambat laun akan bertemu dengan ruasnya.Islam menggalak kita membela institusi raja,tapi pada tahun 1980,institusi raja kita hancur leburkan.Imej Islam tercemar.Pernah menghina Nabi dalam isu janggutnya.Pernah pertikai hukum hudud . Mufti kita pecat jawatan kerana ratu cantik.Sekolah2 SAR ditarik bantuan.Habis pelajar agama lari berselerak . Banyak sekolah ‘tertutup’ kerana tiada ongkos.Tokoh agama di hasut dengan ISA.Habeh teloq kecut , kerana iman tak lah kuat dan tebal macam para sahabat dulu.Nipis macam kulit bawang.Bahkan lebih nipis dari kulit bawang.Pernah juga berhasrat nak kaji semula terjemahan Al-quran.Nak tafsir semula Al-quran walhal sepatah arab pun tak tau…..astagfirullah .
Janganlah kita kokok berderai2 , kerana akhirnya ekor berlumuran taik.Allah berikan kuasa untuk menguji kita.Bukankah aku dah kata kita dilahirkan ke dunia cuma untuk di uji ( dah aku tuleh dalam post aku yang berlalu ). Tengok setakat mana kita boleh menerima ujian.Selepas kita baliaq kita diuji sampai ke hari mati.Aku dah lebih dari 56 tahun diuji .Aku baliaq umur 10 tahun.Kalau pointer tu 3.3 dah cukup elok.Yang gagal tu perlu bertaubat.Untuk menstabilkan keadaan.Islam cukup mudah.Taubat sudah cukup.Tak perlu repeat ujian yang lalu………Jalan mudah membasmi dosa yang dulu2 .Syaratnya jujur dan ikhlas………Alhamdulillah.
Jangan olok2kan Islam , the day will come.Screwed by the arse.What a shame !
Apa nak dibangga sangat dengan dunia.