DIPLOMA OF SATAN
Seperti yang aku sebutkan dalam post2 aku terdahulu,bahawa kita dah terdidik oleh syaitan selama 11 bulan dalam setahun.Semestinya dah mempunyai diploma kerana kursus yang diberinya syaitan memang memikat hati manusia.Manusia cukup selesa dengan projek kursus dan assignments yang ditetapkan syaitan.Mudah sangat kalau nak sekor 4 flat.Jadi walaupun syaitan ditambat dalam bulan Ramadhan,para lulusannya boleh diharapkan sangat menjalankan aktivitinya.Sebab tu dalam Ramadhan pun berbagai kerenah manusia yang mengaku muslim tetap saja menjuruskan kea rah kerja2 mungkar.
Bulan ramadhan depa juga puasa.Tapi rugi pada mereka yang tidak menunaikan sembahyang.Yang dapatnya hanya lapar dan dahaga.Kebetulan dalam bulan ramadhan ini aku berhenti di depan kedai nombor ekor.Wah, berduyun2 orang kita pergi membeli nombor.Aku kenal mereka bangsa apa,lebih2 lagi orang Melayu.Mungkin mereka tak hiraukan aku,kerana mereka pun sangka aku nak membeli juga….masyaallah
Media-massa juga tak tertinggal dengan aktiviti mungkar. Membuat fitnah politik menjadi2,tanpa hirau ini bulan Ramadhan.Berita2 tv juga terheret ke arah itu.Seharusnya perlu ada pegawai2 agama menapis berita2 yang berunsur fitnah di rentikan,sekurang2nya menghormati bulan mulia dalam Negara Islam Hadhari.Ingat sudah cukup dah masa berkempen dulu menabur dosa ke setiap lorong dan belukar.Lima tahun sekali kita akan berpesta dosa.
Itulah yang dikatakan manusia , yang dah hilang kemanusiaannya.Tak pernah nak ambil iktibar dari kisah2 dalam Al-Quran……Subhanallah.
No comments:
Post a Comment