Wednesday, October 15, 2008

BILA DAH SAMPAI KE TAKAH TIGA

DAH SAMPAI KETAKAH TIGA

Time waits for no men.Begitu sekali masa pantas berlalu.Sedar2 dah habis berposa dah habis beraya ,Cuma ada lagi yang belum berposa enam. Sebelum raya lagi budak2 dah rioh-rendah bermain meriam kabait.Bergema keseluruh penjuru alam srengenge.Satu dua hari lepas tu tu adalah berita2 kecederaan ekoran dari bermain mercun pula.Berita2 kemiskinan rakyat pun muncul bersama.Orang2 berada sibok dengan pemberian sedekah mereka.Orang2 politik pun sama,adalah saja huluran mereka melalui duit2 kebajikan masyarakat.Bukan dari poket sendiri.Tak pa lah berikan,asalkan ada amanah.Jangan sanggup menipu pula di bulan puasa.Jangan pilih2 pula,hanya yang sebulu saja dapat.Kita semua rakyat Malaysia.Malaysia Negara kita.Negara bukan kepunyaan pemerintah.Bukan kepunyaan UMNO.Bukan kepunyaan BN.Bukan kepunyaan PAS.Dan kalau Pakatan Rakyat dapat memerintah nanti ia juga bukan kepunyaan Pakatan Rakyat.Bukan siapa punya,tapi kita punya.Sama2 punya.Kepunya-punyaan.


Jadi janganlah sesapa berlagak bila dapat menjadi pemerintah.Allah berikan masa seketika saja untuk berada di atas.Kalau pandai jaga OK, kalau tidak akan jatoh ,terok padahnya.Dapat dirasai sampai ke akhirat. Tanpa amanah akan digomol oleh tentera Allah di akhirat.Rasanya amat pedih,sila rujuk Al-Quran kalau tak percaya.Ia menceritakan segala2nya,Cuma manusia tak suka mengkaji Al-Quran.Orang2 tua kata Al-Quran terletak diatas alang.Tinggallah Al-Quran itu ‘suci dalam debu’.Bila jauh dari Al-Quran manusia akan bergelumang dengan najis dan dosa.Manusia akan menjadi sehina2nya….nauzubillah.


Tak berapa orang sekarang suka ‘ka-rho’ (ni bahasa daerah ku) ilmu,hinggakan iman menjadi ‘re-geh’ ( juga bahasa daerahku). Ulamak2 yang berperanan seperti garam juga sudah boleh dibilang dengan jari.Apa guna banyak ulamak kalau tidak ada bersifat masin.Sifat masin menyedapkan rasa.






4 comments:

Unknown said...

Dear pak cha,

Ketiadaan tulisan-tulisan baru dalam blog pak cha selama dua bulan ni memang banyak buat saya tertanya2. Apa suda jadi pada pak cha!? Sihatkah pak cha ni!? Atau pergi ke makkah ke!? Tanpa sebarang hint pak cha melesapkan diri selama hampir 2 bulan. Tak terfikir pulak pasal kabel yang terputus.

Anyway pak cha, welcome back!!!

Lega saya pak cha masih sihat..

9w2azx said...

dear Cousin,

dah lama sangat tak baca blog srengenge ni. dah baca balik, memang seronok & terpukau. kadang2 rasa menyesal that i've missed a lot. mujur boleh baca 'older posts'.
keep on writing, my cousin.

KotaStar said...

Apa khabar saudara lama? Baru pagi tadi saya berhubung dg Azizi bertanya khabar dimana kawan kita hampir sebulan senyap sepi. Berkali-kali telefon rumah. Bunyi ada tapi tak terjawab. Pihak telekom kata line masih aktif tapi pasai apa tak ada suara?. Syak juga mesti ada pencuri hebat ini, kebas tali cable. Syukur sdr masih segar dan tangan gatal-gatal kerana banyak hujah yang hendak dikemukakan. Ampun maaf bersama kita kerana tak sempat lagi ke sana. Hanya sempat ke Begia dalam satu hari dl puasa. Salam sekeluarga.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Wahai kekawan ku semua,

Hampir sebulan campor satu minggu , ku jadi sebodoh2 manusia.Tak dapat berhubung dengan kekawan . Pencuri tarbus ni bergerak pada malam hari bila hujan lebat.

Anak bawa balik yang wireless,tapi tak boleh access di Sik.Slower than the snails.

Emel pun mencecah 800 ke atas.Nak jawab tentu memakan masa . Insyaallah tunggu saja.

Regards to all.