Saturday, October 18, 2008

DAULAT TUANKU

PERINGATAN RAJA-RAJA MELAYU
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 215
Menjunjung kasih,
Daulat Tuanku.

Raja yang adil,Raja disembah,
Bayang buat berlindung rakyat jelata.

Di bawah ini merupakan sebuah igauan dalam benak diri hamba.

1. Kepimpinan politik nampak tak mampu menangani isu2 yang menghangat cuping telinga.

2. Majlis Raja-Raja penting buat ‘check and balance’ supaya Negara tak kecoh.Kita ambil sejarah dunia sebagai ‘peta’ untuk buat pedoman.

3. Harap rakyat Malaysia tak akan mensia2kan kemerdekaan Negara.

4. Pemmpin2 jangan terlalu rakus mengumpul harta dan membolot harta Negara secara tak sah dengan mengamalkan rasuah.

5. Dah hilang kepercayaan kepada pemimpin,rasa macam tak boleh diharap.

6. Mereka terlalu cintakan dunia dan hilang cinta pada akhirat.

7. Rakyat yang bodoh dijual dua-seduit.Rakyat yang cerdik mementingkan diri.

8. ‘Habuan Negara’ dibawa lari,disimpan dalam ‘peti’ sendiri.

9. Semua bercita2 nak jadi’pencuri’.Dah lupa esok hari nak mati.Dan beria sangat nak hidup 1000 tahun lagi.

10. Ada yang dah jadi ‘musang berbulu ayam’.Keorijinalitian kepimpinan dah hilang.

11. Kurang sangat pemimpin yang bersih lagi suci,kerana hilang kasih pada Allah dan Nabi.

12. Itu semua hilangnya ‘punca keberkatan’,hilang nusroh Allah,hilang kecintaan dari Allah.

13. Masyarakat pula habis bercelaru,habis jadi haru-biru.Macam sudah hilang ‘bau surga’ ,cuma nampak deretan ‘bunga-api’ neraka.

14. Orang politik pula selalu gaduh2,menampilkan ego diri yang tinggi.Masa mendampingi rakyat tercicir tak menentu tempat dan situasi.

15. Kita semua ada usia,ada tarikh ‘luput’.Kita jadi lama,tua,jadi tak diingini,jadi dilupakan.Cuma sedikitdiambil buat kenangan.Itu pun disimpan di sudut muzium yang usang.

16. Ingatlah,’Unusefullness is uselessness’.


WALLAHUAKLAM

2 comments:

Unknown said...

Betul tu pak cha.

Tapi majlis raja2 ni tak boleh buat apa sangat. nak tak nak, kuasa tangan rakyat sangat.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Kuasa di tangan rakyat.
Senjata rakyat ialah BERDOA.
Insyaallah,nusroh Allah akan tiba.