Wednesday, October 22, 2008

FENOMENA 'ROLLER-COASTER'

FENOMENA ‘ROLLER-COASTER’


Perangai dan tabiat manusia berbagai2.Itulah seronoknya mengaji pasai manusia.Sudah tentulah mengaji pasai diri sendiri,kerana diri sendiri juga ialah manusia.Dan diri sendiri pun kita belum paham.Manusia tak paham tentang manusia.Kita pun tak paham tentang diri kita.Kita lekas marah dan cepat reda.Telinga nipis,muka tebal.Lambat marah,bila marah lambat redanya.Ada yang tak boleh maaf,langsung tak mau maaf.Berpuluh tahun berbalah,kerana pasai pasang bendera saja.Masih tak maaf bagi mu.Marah boleh jadi macam2.Marah boleh derhaka pada Allah.Marah pasai hujan,dia derhaka pada Allah.Marah boleh membunuh.Marah boleh menipu.Marah boleh rosak persahabatan , boleh putus tali salitulrahim.Sebabnya , kerana marah adalah datang dari syaitan.Oleh tu jangan ikut perasaan marah.Ikut marah makna ikut syaitan.Jadi cukup rumit nak memahami manusia,kerana berbagai2nya.

Tidak ada manusia yang sama ciptaannya.Ciptaan manusia cukup unik,itulah kebijaksanaan Allah.Ada persamaan tapi ada perbezaannya.Ketaksamaan manusia mudah berbalah-balahan,bermarahan,berfitnahan.Untuk menyatukan manusia yang berbagai ini Allah anugerahkan Al-quran.Al-quran bijak menyatupadukan manusia…..masyaallah.


Fonemena naik-turun dalam hidup kita seumpama roller-coaster.Oleh itu jangan cepat marah.Kita buat checking . Kita bajai diri dengan sabar dan iman.Jangan makan banyak racun.Makanan kita diselaputi oleh racun.Cukup banyak racun dalam setiap makanan.Kita kembalikan sifat tanah,kerana kita berasal dari tanah.Kuman boleh mati dengan tanah.Sebab tu kita guna tanah untuk menyamak.Kita guna tanah untuk tayamum.Tanah itu menyuburkan,kita suburkan hati kita.Tanah ada sifat sejuk.Cuba redakan kemarahan.Biar semua hilang marah.Jangan ikut sifat marah,kerana syaitan akan ambil peranan.

No comments: