Monday, October 20, 2008

BLUFFOLOGY

Hidup kita tak sunyi dari kena tipu.Penipuan berlaku pada bila2 masa saja.Keturunan kita Nabi Adam di tipu dan tercampaklah Dia ke bumi.Orang senang menipu sesama orang.Kawan biasa juga menipu kawan.Adik beradik menipu sesama kelaurga.Kroni menipu terhadap kroni.Dalam pemilihan dalam parti,ahli2 parti menipu sesama ahli.Kekadang amalam sendiri menipu diri sendiri.Dan telah termaklum syaitan ialah raja segala penipu.Dalam sembahyang pun dia dapat menipu anak adam.Cukup mudah dia menipu anak adam dengan amalan sendiri.Tertipu dengan kesombongan,tertipu dengan riak,tertipu dengan hasad dengki dan berbagai2nya sifat mazmumah.


Manusia moden cukup peka dan senang mencipta tokoh.Cukup banyak ketokohan dalam masyarakat Melayu kita.Ada tokoh guru,ada tokoh politik,ada tokoh Maal Hijrah.Sebutkan saja,adalah tokohnya.Di arak dan ditabalkan dari bunga manggar dan di sudahi dengan bunga telor.Tapi masyarakat lambat capai kejayaan walaupun telah ujud berpuluh dan ratusan tokoh.Kerana tokoh2 kita tak di ISO kan dengan kejayaan Rasulullah.Tokoh sebenar ialah Rasulullah saw.Tokoh yang kita cipta terselit banyak kemungkarannya.Cuma kita tak tau latarbelakang sebenarnya.Kita Cuma pilih2 yang secocok dengan hasrat kita.Cacat-celanya di selindongi dan diketahui cuma oleh yang terdekat.Kekadang di eksploitnya harta rakyat dan Negara.Tapi dibersihkan oleh pihak berkuasa dan di bela hak mahkamah.Selagi tiada proof , dia tidak bersalah.Itulah kerja kita tertipu dan menipu.


Macammana orang yang tak mempercayai Rasulullah boleh menerima anugerah pada hari maulidurasul ? Mengapa kita nak menipu nabi kekasih kita ? Itu bukan cara menarik pada Islam. Para sahabat pergi ke China dalam mission dakwah membekalkan budi-pekerti dan amalan. Rakyat China terpikat dengan akhlak para sahabat.Berduyun memelok Islam.Kini berjumlah lebih dari 25 juta umat Islam di China.Bagaimana pula akhlak kita ? Fitnah sana,fitnah sini.Caci sana,caci sini.Tipu sana – sini.Ulamak kita kondem,artis kita sanjung.Tak tutup aurat pun takpa ,dia orang baik.Dia derma kat anak2 yatim.Mana ada baiknya bila aurat pun tak boleh tutup…..aduhhhh,astaqfirullah.

Bila dihiasi dengan agama,bermulanya dan kesudahannya adalah baik.Yang lain belum tentu….wallahuaklam.

2 comments:

Anonymous said...

Ada satu lagi tokoh yang pak cha terlupa...

TOKOH HADHARI!!

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Terimakasih kerana memperingatkan saya . Old man often forgets.