Monday, October 27, 2008

SEMASA GETAH MAHAI : KENTUTNYA DERAS , BERAKNYA BANYAK DAN KENCING PUN LAWAS

SEMASA GETAH MAHAI ,KENTUTNYA DERAS,BERAKNYA BANYAK DAN KENCING PUN LAWAS

Mengisi poket dengan duit ribu2 dah habis selepas jatuhnya harga getah.Harga getah merudum selepas raya dan kalau harga barangan masih di takok lama,orang luar bandar akan mula merasa pahitnya.Sebelum ini orang bandar yang bukan dari golongan elit cukup terasa sekali kerana pendapatan mereka tetap,walhal penoreh getah masih boleh ber yohyah.Kalau keaadaan tak berubah,masing2 akan berkentut tanpa lagunya.Dulu kentut depa deras,boleh menggoyangkan pokok.Kini jangan nak kentut,nak berak pun tak dak isi.Nak proses seketul taik pun belum boleh kerana tiada bahan.Lubang ajaib pun tak boleh berkemut2 lagi.Hujan pun mencurah2 tak renti2 selepas raya.Duit sekopiang pun tak dak.Makan nak makan.Hidup nak hidup.Semua dalam delima.Nafas masih lagi keluar masuk…..alahai , puncanya kerana tak beringat2.

Selepas musim hujan pokok getah akan gugurkan dedaunannya.Getahnya tak akan mengalir selagi dedaunan muda tak cukup usia tuanya.Pendapatan akan menjadi lebih sempit.Hidup masih nak hidup.Makan masih nak makan.Sekaligus pula bila tiba tahun baru,anak2 sekolah akan mengagihkan yuran,duit buku,duit itu dan ini.Anak banyak,banyaklah duitnya.Orang kaya2 anaknya sikit.Orang miskin kaya dengan anak.Pening kepala dibuatnya.Terpaksalah berhutang ke sana sini.Tergadailah barang2 kemas bini.Lelonglah apa yang ada.Masa getah mahai boleh beli kereta second-hand.Kereta itu boleh jual jadi third-hand.Ada jam,ada kasut jenama mahal,juga boleh dijual.Kalau harga getah mahai pula,boleh beli lain.Mereka tak serik2,dan harga barang yang naik selalu cukup keteqaq nak turun.Yang kaya bertambah kaya,yang miskin bertambah miskin.Yang ada makin berada.Yang tiada macam mana nak ada.

Selamatkan dunia supaya semua boleh berkentut dan berberak sekaligus boleh juga berkencing.Bukankah nikmat bila semua itu boleh berlaku……..Boleh kentut.Boleh berak.Boleh kencing.Semua itu adalah nikmat hidup.Di akhirat pun kita hidup , tapi nikmat di sana jauh bezanya.Tak perlu lagi berberak,berkencing dan berkentut.

No comments: