Thursday, December 31, 2009

DUA KOSONG SATU KOSONG



TAHUN BARU YANG SEMAKIN BURUK


Hari last 2009.Dan aku buat kesimpulan 2009 ialah tahun ‘Rioh Sekampong,Teloq Kemurok”.Dengan Gerakan Mansoh PPSMI.Dengan chikungunya.Dengan Imam Ramlang Porigi di pecat kerana kes juboq saifool.Dengan kes2 Di Negeri Perak yang belum kesudahan.Dan dengan kes altantuya.Dengan beberapa kekecohan pilihanraya kecil.Ada yang bersabit dengan beberapa lompatan katak.Dengan enjin kapalterbang.Dan banyak lagi yang aku dah lupa.Dan terkini dengan tiada gula di pasaran.Hasilnya bulan akan gerhana di awal pagi tahun baru 2010.Dua minggu selepasnya matahari pula akan gerhana.Pada orang yang berilmu semua itu adalah tanda2 yang negative.Seperti mana peristiwa2 di Padang ,Sumatera juga signs of destructions yang boleh memberikan iktibar.


Malam tahun baru orang berseronok suka.Mereka melakukan berbagai kemungkaran.Semua itu menggamitkan bala.Dimasa dulu orang cuma menyanyi lagu Auld Lang Syne untuk mengucapkan perpisahan antara manusia dan juga antara peristiwa.


FOR AULD LANG SYNE

Should auld acquaintance be forgot

And never brought to mine

For auld lang syne ,my dear

For auld lang syne

We’ll take a cup of kindness yet

For auld lang syne

And here’s a hand

My trusthy friend

And gie’s a hand of-thine

We’ll take a cup of kindness yet

For auld lang syne my dear

For auld lang syne

We’ll take a cup of kindness yet

For auld lang syne.


Pada tahun baru ni aku semakin tua,dan aku mungkin tak ghairah lagi nak menulis.Kecintaan pada dunia dah menipis.Kelazatan dunia dah tawar.Kehebatan dunia semuanya palsu.Benarlah sabda Nabi saw : Dunia ini seperti bangkai.

Saturday, December 26, 2009

KAN KU GOSTAN






INILAH RUMAH IDAMAN KU DI WAKTU TUA BEGINI.BOLEH MEMBAWA LARI DARI KEGELISAHAN HIDUP DUNIA MODEN.DUNIA YANG MENANTI HARI AKHIRNYA.


Di dalam rumah ini,dinginnya lebih nyaman dari aircon.Pelbagai makanan ada di sekitarnya.Yang paling digemari ialah jagong bakar.Nasi berlauk ikan tawar.Di gaul dengan sambal belacan.Berulamkam petai yang juga di bakar........silalah singgah di gubuk buruk impian ku.





KAN KU GOSTAN


Mana ku tau bagaimana nak memulakan.Biasanya beginilah bila aku nak menulis.Ku hanya membenarkan jejariku mengetik di keyboard.Dia akan berlari2 ke kiri kanan ,depan belakang.Aku tak boleh prepare .Just write right away.Hari ni aku merasa kebuntuan dalam diri.Semalam tidoq hamper pukul satu.Mesyuarat di Rumah Anak Yatim,di Banggol Derdap.Siangnya pula ke madrasah Haji Salleh mengaji kitab.Mengaji tauhid.Nak kenai Allah.Dunia la ni berserabut kerana banyak orang tak kenai Allah.Kalau tak kenai depa berani buat apa saja.Berani berasuah,berani membazir,berani menipu.Dan berani juga menjual enjin kapal terbang.Berani buat dunia ni macam pak depa sendiri..haprak punya manusia.Kata guru ku :tak kenai diri,tak kenai tuhan.Depa bertuhankan duit ,depa bertuhankan pangkat.


Sebelum sembahyang jumaat,Tuan Syeikh Yusof Habib Al-Hasani datang ke majlis ilmu.Rasa cukup bahagia sekali.Dapat bertemu dengan keturunan keluarga Nabi saw.Tuan Syeikh ialah keturunan yang ke 16 dari Saidina Hassan.Tuan Syeikh memberi nasihat hamper sejam untuk hadirin yang berjumlah hampir2 1,500 orang.Ngalamunan ku menuju ke Rasulullah bila mendengar nasihat2nya.Menggenang airmata di kelopak mataku.Dunia sekarang sesat sesatnya.Dunia dah hilang pedoman.Dunia,dunia.


Ku rasa kalau boleh nak gostan kebelakang.Nak hidup di rumah lama,Rumah usang.Dalam dunia aman damai.Boleh makan yang tak tercemar.Boleh hirup udara yang tak tercemar.Air parit yang tak tercemar.Boleh aku meminumnya.Boleh aku mengabdikan diri pada Allah sekusyuk2nya.Tanpa gangguan alat2 moden yang banyak memudaratkan hidup manusia.

Friday, December 25, 2009

GAMBAR GATHERING OLDBOYS / OLDGIRLS / OLD TEACHERS 1965-1970 AT SMK SIK













We the staff (former staff) and students ( 1965-1970 ) of Sekolah Menengah Sikhad met on the 5th December,2009.The gathering attended by 300 or so had aspecial prayer for the soul of Tuan Syed Bakar.He was 'The Father of EnglishEducation cum Secondary Education in Sik'.As I had wrote ,he opened both schools(English School Sik and Sekolah Aneka Jurusan now SMK Sik) from nothing : not achair,not a desk , not even a piece of chalk.

Previous staff rushed as far as KL to attend the ceremony.Special mention shouldbe made to Dato' Latiff Mirassa and Prof Dr.Asma Yusof.Mr.Ramalingam had tocancell his wedding ceremony ( his 35th)just for the sake of the ceremony.So isChef Liza,cancelled her trip to Morocco just to meet her former teachers.And many skipped the kenduris at their own towns and kampongs.Pak Lah who had justunderwent his by-pass also attended with Kak Timah ( who still walks likecharlie Chaplin because of attrithis).

To all,thank you very much.I should congrate Hj.Azmi Haji Kassim ( a Brindsfordian) and Hj.Ahmad bin Long ( first teacher-student of Tuan Syed at RTCJitra) for making the ball rolling.Thanks too for all the ex-students.The foodyou all served was astonishing.

Thursday, December 24, 2009

KURSUS CURI









KURSUS MENCURI


‘Curi’ ialah profession kuno.Dulu syaitan mula mencuri berita2 di langit.Lepas tu hebahkan kealam nyata dengan pelbagai tipuan.Semuanya cerita negative.Tak mestinya curi benda.Macam2 boleh di curi.Anak2 muda mencuri pandangan gadis2 jelita.Sekodeng juga kerja curi.Dulu ada sebuah cerita mencuri bau.Bau enak masakan dicuri sehingga sipencuri menjadi gemok.Ada kerja curi yang memberi manfaat.Mencuri masa membuat kerja faedah adalah kerja positif.Aku suka mencuri udara bersih di pinggir hutan.Di Bandar udara kotor.Tak sapa nak curinya.Di malam bulan mengambang aku cuba2 curi pandangan ke langit.Indahnya tak terkira.Hanya punggok yang boleh menilainya.Tiada kata seindah bahasa…itu kata P.Ramlee.Tiada jelingan secantik rupa….ini aku yang kata……cikgu mas kawan blogger ku dah pasti tertarik dgn kata2 ku itu.Jelingan kemanjaan.


Kini kursus curi dah sampai ke kementerian.Dah sampai ke kerajaan.Itu yang aku tau.Yang tak tau belambak.Kalau tak ada kursus macam mana depa boleh curi enjin kapalterbang.Terkini 3 kereta perdana V6 kerajaan Terangganu pula hilang Kursus curi dah sampai ke tahap bank.Kursus curi dah sampai ke tahap internet.Baru ni emel kawan ku di ceroboh.Emel sampai ketanganku.Memohon duit ribu2 kerana dia terkandas di luarnegara.Aku contact dia.Terkejut dia.Jadi jangan pandang ringan dalam apa hal pun.Yang jadi pencuri bukan sebarang orang.Orang besar2.Orang pandai2.Pegawai2 besar.Bertaraf menteri pun banyak.Mengaji pula bertaraf tinggi.Berguni2 degree.Sama2 tau lah.Pasai tu depa tak sokong potong tangan si pencuri.Kerja ni bermungkinan jatuh syirik.


Setiap hari aku mencuri kasih isteri ku.
Setiap malamnya aku tidor dalam lena.
Setiap siangnya aku terbeliak biji mata dengan jaganya.
Setiap detik ku pinjam hidup ku dari Illahi.
Setiap ketika aku menanti2 yang belum tibanya.


AKU RASA2 BEGINI.........bukan begini












Ku pinjam gambar ni dari blog leenoh.Ku rasa cukup tenang kalau boleh memiliki 'banglo' secantik ini.Kalau boleh diletakkan di tengah2 hutan rimba yang tebal.Di tepinya ada sebuah carok.Airnya mengalir bersih.Aku buatkan tempat mandi dan tempat mendapat air bersih.Udaranya nyaman,tak perlu kipas angin dan air con.Aku boleh memburu ayam hutan,pelandok dan rusa.Aku buat barbique.Buah dan dedaunan cukup banyak.Aku bolen makan selazat rasa di setiap masa.Tapi pembangunan akan menceroboh hidup ku.Raksasa pembangunan dari parlimen meruntuhkan keamanan ku.Musnahlah segala yang ada.
AKU RASA2 BEGINI……….DAN BEGINI


Dalam kelamkabut cuti sekolah ni.Dalam suasana membawa anak dan cucu ke klinik untuk berkhatan.Dalam sibok beraya haji.Sibok juga nak sambut sanak-saudara nak balik haji.Wah,wah ada lagi.sambutan Ma’al Hijrah.Nak beli baju sekolah.Nak daftar anak-cucu ke sekolah.Ada yang kena berpindah tempat kerja.Ada juga orang melayu nak sambut hari natal.Nak sambut juga happy new year 2010.Semua itu cukup meletihkan.Lari ke sana,hambat ke sini.Habeh berkecelamok.Bila aku memikirkan semua ini,aku rasa cukup mengah.Tenaga ku kurang,stamina ku ada di tahap minima.Aku tak bersedia membawa diri dalam sibokan itu.Aku remain silent.Tak boleh ikut rentak zaman kini.Cukup complicated.Hidup tak se simple dahulu.Dulu tenang.Tak lah tension sangat.Tak dak sapa nak tekan.Menghirup udara secukup rasa.Mencari harta sikit saja.Makan pun se ia sekata.Tak lah kelaparan.Kalau ada pun nak beri jiran merasa.Tak lah giler sangat nak berhari natal dan berhappy new year.Itu bukan hak kita. Silap2 langkah boleh jatuh syirik…nauzubillah.


Mengapa perlu promote jahiliah lama.Kita ada yang baru.Pasai tu tabi’i kita haru-biru.Sampai enjin kapalterbang pun di serbu dan di lelong.Bom pun di curi untuk meletup altantuya.Senjata pun di sapu,dibawa ke hutan sauk,Perak.Yang lainnya banyak lagi,cuma kita saja yang tak tau.Sapa bertanggongjawab ? Tentu ada menterinya,tentu ada pegawainya,tentu ada komplotnya.Tak terjadi,kalau tak dak mereka2 yang bersepakati.Ia tak jadi sendiri.Mereka berlindong sesama sendiri.Tanya sapa pun tak mengaku.Semua jawab tak tahu.Itulah tandanya manusia dah jadi hantu.

Wednesday, December 23, 2009

LEMBU PUN LEBIH AKALNYA

















SIAPAKAH KITA ?

Puas aku merenung tentang dunia kita ni.Bukan besar sangat.Kalau banding dengan planet2 yang besar2 tu , dengan yang lain2 yang tak aku tau , bumi ni seperti habok.Kecik sangat.Puas aku merenung tentang diri ku dan manusia lainnya,Kecik sangat.Kerdil sangat .Tak dak apa2 special pun tentang diri ini.Hidup di bumi yang sementara ni , bermegah dalam bumi yang sempit ni.Sekali-sekala nampak kebodohan.Juga nampak kepalsuan hidup.Manusia tak pandai nak mentadbirkan diri.Kehulu ke hilir tak kenal hakikat hidup.Kita ada pedoman,kita ada hala tuju tapi memeranakan diri.Hidup kita ini pasti.Dan mampuih pun juga pasti.


Orang tua macam aku,katanya dah lama makan garam.Itu keegoaan saja,tak dak sebiji benda pun.Orang tua macam aku hanya hidup menghitong hari.Tak lama lagi mesti sampai ke destinasinya.Orang tua macam aku,tak lah tua mana.Orang dulu hidup mereka beribu tahun.Aku satu abad pun belum tercapai.Ibadad orang dulu lebih hebat.Sifat mereka bersih.Hati mereka jujur.Mereka berkorbankan jiwa dan raga.Manusia kini membolot untuk perut masing2.Hak dia,dikatakan hak dia.Hak orang pun dikatakan hak dia.Di gomoi , ditelanjang dan di rogol sehingga habis nafsu.Kelazatan tak juga tercapai.Nak dan nak lagi,walaupun tau akan mati.

Monday, December 21, 2009

GATHERING DARI ALAM MAYA KE REALITI


Tu gambar CL.Dia dah balik ke Kay Ell.Ni dah dok sedia dengan CM nak buat gathering semua para bloggers dan peminat2 silent readers PDKM.Sila ambil perhatian:-
Tarikh : 10 Januari,2010
Tempat: Masjid Muadz Setiawangsa,KL
Jam: 2.00 hingga 5.30 petang
Sila hubungi cikgu mas .
Insyaallah kalau tak keuzuran aku akan hadzir.

PERKAHWINAN ANAK SAUDARA DI KEMBOJA

Please click

Majlis perkawinan anak saudara di Kemboja

Sunday, December 20, 2009

AS SIMPLE AS ABC



















HIDUP YANG TAK SAPA MENGERTI , MATI YANG TAK SAPA TAHU

Aku bagaikan tak berpijak di bumi nyata.Di lambong2an ke situ-sini.Tak erti apa itu di sana.Tak paham apa ini di sini.Bagaikan bermimpi yang tak bersiri.Habeh lintang-pukang .Seketika bagaikan berdiri.Sesaat bagaikan tak tersedarkan diri.Bagaikan sekalanya mimpi ngeri.Mimpi ngeri di alam misteri.Payah nak mendapat erti.Susah nak buatkan ilusi.Nak memahami bukan lagi perkara secondary.Nak dapat mendalami bukan ada dictionary.Habeh resah gelisah.Putus hubungan dengan alam nyata.Tak sapa yang tahu aku di sini.Merenung,merenungkan diri.Menghisab,hisabkan hati.Habeh helah yang dapat aku sulami.Habeh kerenah , habeh daya , habeh segalanya.Miskipun ia sukar pergi,datang ke mari menjadi2.Memporak-perandakan setiap urat dan nadi.Longlailah segala struktur di diri , setiap juzud2nya.Mememdam gelisah yang tak terperi.


Merenungkan nasib diri.Merenungkan jatidiri.Hujan lebat bukan cuma sehari.Kemarau panjang tersekat terjadi.Awan berarak ke sana ke mari.Membawa restu dari Illahi.Penoh kocek ku isi.Tidak satu pun aku membaziri.Semua aku capai dengan tangan kanan dan tangan kiri.Ku bawa ,tak kepada sapa pun nak ku beri.Walaupun monyet.Walaupun kepada babi.Walaupun pak menteri yang busuk hati .Mereka semua memerhati.Ada sambil duduk,dan ada sambil berdiri.Nyah dari sini.Phoooraaah.Ini hak sendiri,dan takkan aku beri.Jangan buat gaduh.Negeri ini nafsi-nafsi.Dulu.Dulu bolehlah kamu kebas.Kamu buat harta sendiri,walaupun itu duit royalty.Walaupun itu duit PPRT.Habeh kamu curi dan masok dalam akaun sendiri.Bolehlah masa itu ,kamu baik dengan perdana menteri.La ni baru hang reti.Tapi hidup sebenarnya bermula di sini,kamu sengaja buat tak ngerti .Kamu sangka dunia ini abadi.Rupanya hujan di waktu pagi.Senja gelap di selaputi salji.

Saturday, December 19, 2009

DARI TANAH SUCI



SELAMAT TAHUN BARU 1431 DARI THE HARAMAIN,DUA TANAH SUCI

KU TANGISI NGALAMUNAN KU YANG MEMBENGONGKAN RASA DI AWAL MUHARRAM 1431



KU TANGISI NGALAMUNAN KU YANG MEMBENGONGKAN RASA DI AWAL MUHARRAM 1431



“Aku sering memberontak dalam diri.Aku pandang dan lihat.Aku tengok dan aku perhati.Kekadang aku nampak.Kekadangnya aku terselindong.Perit gelora membanting rasa.Memusnah segala yang ada.Pelik rasanya diri ku sebegini.Mengapa bobrok jadinya semua aktiviti.Nak ku peri,tak aku erti.Menjadi bengong,otak dibaluti pelbagai kekusutan.Aku tak erti semua ini.Pengetahuan berlari jauh sekali.Membuat aku bisu untuk berperi.Hentakan melodi yang ganas adalah tanda pasti akan datang yang sia-sia.Aku ingin menjadi angin,jangan paksakan aku ikut hasratmu.Aku hanya mau di sini.Dan ingin sekali mendongak ke langit untuk mereka-reka bentuk awan.Pagi adalah kehidupan,dan petangnya tak terjadi kematangan.”


Ngalamunan aku di atas cuma untuk menyorot detik2 manusia yang lari jauh dari kemanusiaannya.Setiap tahun menyambut Maal Hijrah yang tak bawa kemana.Kita semakin hari semakin tak kena.Ada2 saja yang tak kena.Aku jadi bengong memikirkan semua itu.Bengong yang membawa lara.


Dari 1 Muharram ke 1 Muharram ,tak habis2 dengan impian dan angan2 kosong.Sambutan Maulid Nabi,Mikraj Nabi,Nisfu Syaaban tak memberi sengat.Berlalu tanpa menambah keberkatan.Ramadhan banyak mendapat sekadar lapar dan dahaga.Promote majlis berbuka,promote sedekah dengan cek panjang sedepa.Bila berhari raya disambut dengan lagu dan tarian.dengan muda dara berpakaian membuka aurat.Hingga nampak pangkal buah-dada.Mendedah daging mantah yang mengiorkan.Sebulan berpuasa ,sebulan juga kita berhariraya.Begitu hapraknya kita.


Tibanya musim haji bertalbiahlah kita seserak suara.Bermunajatlah kita di merata tempat,juga di depan Kaabah.Bila balik lintang pukang segalanya.Janji kita ,” Innal hamdan,Wa nikmata,La kawil mulk,La syarikal la.” Tinggal janji kosong.Kita puji tak kena tempat.Dengan nikmat yang kita dapat.Kita membelakangkan kerajaan Allah , dan langsung syirik padaNya…..nauzubillah.


Wallahuaklam.

Friday, December 18, 2009

1 MUHARRAM 1431















1 MUHARRAM 1431


Selamat menyambut tahun 1431 H.Yang dah berlalu terus berlalu.1430 hilang lenyap entah ke mana.Apa yang dah kita bikin ? Adakah sama dengan apa yang ikrarkan semasa sambutnya dulu.semasa larinya 1429 ? Banyak yang tak sama . Banyak yang kita auta.Macam ketika malam tiba,matahari lari dari wajah belahan bumi.Macam debuan angin mengusir debu2 di jalanan.


Dunia sarat dengan resiko.Dunia menjerubu ke segenap pelusok.Ke segenap penjuru.Memenuhi segala ruang dan liku.Rohani rosak.Jasmani tempang.Tidak ada yang manis.Semua pahit2 belaka.Tidak ada yang cantik2.Semua setan2 belaka.Dari ufuk ke ufuk tiada ada nostalgia yang happy.Semua jadi durjana.Tidak sedikit orang mengorbankan kebenaran demi mendapat jawatan dan harta.Ingin memiliki dunia semuanya.


Hubaya2.Awas.Check diri.Check hati.Check gerak-geri.Biarkan saja mereka yang tak erti.Tak mau ambil erti.Mereka tak peduli.Buatkan kita sakit hati.Biarkan si luncai terjun dengan labu2nya.Biarkan.Biarkan.Diri sendiri jangan begitu.Nanti jadi hantu.Dah 1431 Muharam berlalu , dunia tetap layu.Jangan jadi macam pemimpin Melayu.Banyak masih tak sedar diri.Lupa diri.Lupa negeri.Masing2 nak cari populariti.Peghabis duit berlori2.Duit rakyat.Duit Negara.Duit curi.Duit royalty.Duit PPRT.Kecoh kiri dan kanan.Kecok depan @ belakang….kita cari nujum pak belalang.Kita korek ,nanti kita jumpa harta ‘karun’ keluar berjela2.Biar sumpah tok guru mengcungkil setiap pusara penoh bernoda.Kita selongkaq dan selongkaq.
( GAMBAR DI ATAS : MUSLIMIN DI RUSSIA)

Thursday, December 17, 2009

UNITY IN DIVERSITY





















KELBAGAIAN KITA


Dari satu kita di belbagaikan.Itulah tanda2 kebesaran Allah.Dari belbagai dan berbagaikan lagi dan lagi.Even anak kembar pun ada berbagai2 perbezaan.Each and each own.Masing2 berdiri tersendiri.Dan dipisahkan lagi dengan warna kulit dan bahasa.Warna pula bercampor berbagai camporan.Bahasa pula ujud berbagai loghat.Jadi kau ialah kau.Aku ialah aku. Dia ialah dia.Tidak ada yang sama.Masing2 berbeza.Gambar lilitan luruh di ibujari jadi lebih mudah mengenali seseorang.Datangnya kita bagaikan air turun dari hulunya.Air di muara tak sama datangnya dari yang di hulu.Bagai asap rokok membumbung terangkat ke atas.Bagai bau tepong dimasak hangit menyengat segar ke lubang hidung.Yang terbau ialah yang dahulunya.Yang kemudiannya ialah yang terlambat hangitnya.


Dari kepelbagaian tulah kita tertipu.Mudah ditipu syaitan.Kita paham kita terpisah2.Kita lupa kita ni dari satu .Kita bernegara.Kita berbangsa.Kita terpisah dengan kepercayaan masing2.Terpisah dengan warna kulit.Terpisah dengan bahasa.Dunia yang kecil dirincik2 sehingga halus.Jadi terpisah dengan kepelbagaian.Berasingan terus.Tiada lagi bangsa manusia.An-nas bagaikan tak ujud.Kita lupa segalanya.Bukan saja lupa pasai diri.Tapi hingga lupakan penciptanya.Kita lupakan Yang Maha Menjadi.Kita ingat kat dunia saja.Kita ingat pada diri sendiri.Jadilah kita individualistic.Egokan diri sendiri.Yang percaya pada teori Darwin,megah dengan akalnya.Kera berakal.Kera2 inilah yang memutar-belitkan setiap liku2 yang ada di dunia ini.Habis sesat tak dapat mencari punca keluar.Hingga sanggup masok ke ‘lubang biawak’.

MUSIM KEMARAU






MUSIM KEMARAU


Dulu masa kecik2 boleh lari laju dan boleh berjalan pun laju juga.Lari2 anak kecik cukup menakjubkan.La ni bila dah tua,umur lebih dari subsidinya berjalan pun seperti rumah usang.Kereot-kereot bunyinya bila saja lantainya di pijak.Tersilap pijak terjereloh masok celah lubang.Gitulah perjalanan hidup seorang insan yang sudah bertambah usianya.


Kini aku mencari kehidupan sendiri.Ku cuba dampingi serapatnya dengan Maha Pencipta.Ku dapat melihat alam begitu baik buat manusia,wajar sangat manusia berbaik-budi dengannya.Nak ambil sesuatu darinya,ambillah.Ambil seperlu saja.Dulu manusia di daerahku saling mencari dan menerima darinya.Saling tau diri dan saling memelihara.Kini manusia berkonflik bukan saja sesama manusia,tapi berkonflik dengan alam dengan lebih dahsyat lagi.Manusia ber’kemarau’ dan manusia ber’musuh’ dan manusia juga me’rogol’ alam di segenap penjuru.Alam menjadi bengis pada manusia.Alam membuat manusia hidup tak senang.Dengan banjirnya.Dengan belahan buminya.Dengan anginnya, taufannya.Dengan gelora2nya di setiap sudut.


Kini di daerah ku ‘srengenge’ hinggalah ke ‘high chapparel’ mula pula musim kemarau.Kemarau mula menyapakan diri.Terik matahari lebih terasa menusuk kedaging.Puncaknya boleh memeritkan rasa.Tunggu bulan januari dan februari.Pada ketika tu matahari betoi2 di atas kepala.Parit dan sungai akan kering airnya.Ikan dan segala hidupannya akan mati kepanasan.Manusia juga akan gelisah.Dapat merasa dari hasilan tangan manusia sendiri.YOU REAP WHAT YOU SOW.

Wednesday, December 16, 2009

HAPPY HOMECOMING


DIUCAPKAN SELAMAT PULANG PADA ANAKNDA MAZLIE DARI TANAH SUCI.
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431.
INSYAALLAH DAPAT BERTEMU KEMBALI.
WASSALAM

HERE COMES WINTER

















HERE COMES WINTER


Sebagaimana Negara si hemisphera utara akan menyambut winternya tak berapa lama lagi,begitu lah juga negeri2 di utara Malaysia Utara : Perlis,Kedah,PP utara turut sama merasai sejuknya pada waktu malam dan awal siangnya.Siangnya pula berbahang panas seperti juga di Arab Saudi ( semasa dengannya).Sejuknya hingga sampai ke tahap minyak nyiok membeku.Yang berbeza Cuma tiada saljinya.


Dimusim inilah dedaun getah akan gugur.Dan terus membuat pemilik kebun berjaga2 supaya jauh dari terbakar.Dimusim inilah juga bunga buah2an akan mula menghulurkan diri.Durian akan berbunga,semua akan berbunga.Se awal2 berbunga ialah pokok kopi.Yang lainnya bergilir mengikut ketetapan dari Allah.


Musim ini kalau zaman dulu,kanak2 akan berpesta di sungai.Pesta mandi sungai cukup seronok.Sungai dulu bersih,tak tercemar seperti sekarang.Orang dulu cukup perihatin.Mereka menjaga sungai sepanjang tahun.Orang kini mencemarkan sungai.segala sampah-sarap di buang ke dalam sungai.Sungai menjadi lemah.Sungai mengalir lesu.Tiada tenaga,tiada ceria.Dulu biasa saja kami kanak2 berdialog dengan sungai.Kini tiada siapa lagi nak berdialog dengannya.Bila terlalu tenat,bila2 masa saja hujan lebat berlakulah banjir.Sungai memuntahkan segala mak-nenek yang dibuangkan ke dalamnya.Biar padan muka manusia.

Tuesday, December 15, 2009

LIFE AND DEATH


















PENYAKIT TUA


Bila tua berbagai penyakit menimpa diri.Sebab tu sesapa saja bila bertemu dengan orang tua akan bertanya tentang kesihatan.” Apa khabar Pak Long,sihat ?”, “Apa khabar Pak Cik ,sihat ?”.Sebenarnya tak dak orang tua yang sihat.Ada2 saja penyakitnya.Ada yang serious, dan ada yang kurang seriousnya.Ada penyakit jasmani ,ada penyakit rohani.Ada yang dah mula nak pekak.Ada yang mula nak buta.Ada yang tak boleh makan itu dan makan ini.Ada yang rindu pada anak cucu.Kalau aku nak sebut memang banyak kerenah2nya.Sebab ketuaan diri memang ada pada diri.Penyakit lupa tu dah sebati dengan diri.Sat lupa itu,lepas tu lupa pula ini.Sebenarnya tak dak orang tua dalam dunia yang 100% sihat.Orang muda pun tak boleh maintain 100% fit.Semua ada penyakit.


Penyakit ni anugerah Allah.Dia beri supaya kita sedar diri.Kita kena redho diatas segala pemberian Allah.Sakit boleh memberi keinsafan diri.Ia juga boleh melupuskan dosa,kalau kita redho.Bila sakit ,dosa2 akan merayap keluar.Dosa akan keluar dari badan,sebab tu kita rasa sakit.Dosa tak boleh di basuh dengan sabun.Tak boleh dikikis dengan pisau.Sakit tu bukan kerana apa , kerana dosa.Bila dosa terlampau banyak manusia akan dibakar dengan api neraka.Bila dah habis dibakar,baru boleh masok surga,itupun kalau ada iman.Kalau tidak Abadan-abada dalam neraka.

Sehari dua ni penyakit malas menimpa diri ku.Malas segala2nya.Nak menaip rasa cukup malas.Malas nak ke majlis2 kenduri ,kerana kenduri banyak di musim cuti ni.Malas membaca.Malas sungguh2.Tapi bila tiba waktu makan,malas hilang.Balon cukup2.So, to live or not to live.Living is great.Death is greater.Living after death is the greatest

Sunday, December 13, 2009

CIRCUMCISE





CIRCUMCISION


Aku bukan keturunan seorang mudim.Dan aku cukup ngeri di majlis2 persunatan.Dan aku heran macam mana aku berani bersunat masa kecik dulu.Anak2 lelaki ku semuanya aku ‘swasta’ pergi bersunat.Orang upahan ku membawa mereka di majlis bersunat.Aku releks di rumah.Aku rasa cukup ngeri.3 atau 4 hari mereka attend merawat anak2 yang dalam ‘pantang’.Bila dah semboh baru aku berani memberi servis ku.Cuma dulu dan kini jauh bezanya cara bersunat.Kini majority bersunat di klinik doctor.Kalau nak ikut cara dulu lebih lebihlah meriahnya.Kini no one knows,diam2 pi ke klinik.3 hari lepas tu dah boleh pakai seluar,dan yang kahak tu dah mula bermain bola.


Dulu banyak pantang larangnya.Makan pun ada yang boleh dan ada yang tak boleh.Sekarang semua depa kebas.Dulu ayiak pun ada had nak minum.Sekarang no more.Ubat yang doctor beri kena minum ayiak banyak. Dulu dibalut dan dibungkus,la ni boleh menjengok tengok dunia luar,dan mendapat fresh- air .


Kelmarin aku dapat peluang melihat anak2 bersunat di klinik.Seorang cucu ku turut serta.Aku heran pula pasai apa aku berani sekarang.Dari awal sampai akhir aku bersama dalam operation theatre.Aku melihat kaedah2 baru dan peralatan baru.Aku di sisi doctor dan dia menerangkan aku cara2nya sambil dia membuat operasi.Oleh kerana cucu ku ni gemok sikit,kerja2 bersunat tu lebih rumit sikit.Ketekunan dan kesabaran doctor ialah punca kejayaan mereka.So this is once in a lifetime experience.Thank you doc.


Ikut doctor orang tua pun boleh modify,kalau nak.Ikutnya ia boleh menambah kejantanannya.Uummmphhnya akan meningkat . Cuma kalau gatainya lebih ,bolehlah try dalam seumur hidup.Tapi kalau dah tua ,tak usahlah.Malu kat anak cucu.Malu bukan boleh berselindong di sebalik sebatang jari.Kena jaga ‘water-face’.
" DON'T DROP YOUR WATER-FACE"..............a direct translation

Saturday, December 12, 2009

BUKANKAH SYAITAN DAH BERJANJI.........










BUKANKAH SYAITAN DAH BERJANJI……..


Syaitan dan yahudi mempunyai perhubungan yang licik untuk merosakkan aqidah umat manusia.Inilah cabaran umat manusia yang muslim kini.Bukan setakat perbalahan sesama sendiri dalam bab2 aqidah dan ilmu.Tapi yang paling terok melalui politik.Ada berbagai jenama politik yang tak islamik.Dan ada yang berkosmetik.Dan ‘berbogel’ terus pun ada.


Kalau mendalami ilmu aqidah kita akan bertemu istilah2 seperti : muktazilah , syiah , khawarij , qadariah , jabarriah , jahmiyyah , mu’attiah dan berbagainya yang bercanggah dengan Ahlil Sunnah wal Jamaah.


Kini timbul pula kumpulan2 : sekularisma , liberalisma , pragmatisma , kapitalisma , sosialisma , komunisma , ahmadiah , nasionalisma dan berbagainya.Semua itu adalah pegangan ajaran yang terdahulu dari sudut kecenderongan dan kefahamannya.


Liberalisma ialah jelmaan muktazilah.Nasionalisma ialah ajaran ‘asobiyah’ yang disebut Rasullulah sebagai’ bukan dari kalangan kami’.Yang lainnya juga bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Semua tau bahawa janjian syaitan hendak menyesatkan anak cucu Adam a.s.Waspada lah dan awas.

Wednesday, December 9, 2009

NAJIB DAH TERLEPAS PANDANG


Aku terserempak di laman web : http://selamatkanumno.blogspot .com. Aku pun heran mengapa jadi begini.Minum arak ni raja segala maksiat.Cuba baca dari sumber aslinya dibawah ni.
Lihat gambar diatas? Apakah yang anda dapat saksikan? Gambar diatas diambil oleh Bernama sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Thailand bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, Abhisit.Persoalannya, mengapakah Najib membenarkan gambar seperti ini disiarkan oleh Bernama? Bukankah ini akan menjadi peluru bagi parti pembangkang terutamanya PAS? UMNO tidak boleh biarkan gambar-gambar sebegini dijadikan peluru oleh parti pembangkang untuk menjatuhkan kita.Fikir-fikirkanlah.
Astagfirullahi Azim

SEPAT RONGGENG,PULUT TANAK





KITA SELALU MELETAKKAN SEDAP ITU PADA MAKANAN , TAPI YANG SEDAP TU TERTAKLUK PADA TEKAK KITA.





SEPAT RONGGENG,PULUT TANAK


Peminat seni zaman dulu gemaq sungguh beronggeng.Ronggeng memang popular,bila ada fun fair,ronggeng lah menjadi tempat tumpuan.Masa kecik2 dulu aku bercita2 nak beronggeng bila dewasa.Tapi hasrat tak tercapai kerana aku malu.Malu nak bergedik di atas pentas.Aku pun tak pandai muzik.dah tentu tak pandai bergedik.Satu alat muzik pun aku tak pandai nak main.Suara pun sumbang.Awal2 lagi ditolak masuk koir sekolah.Cuma pandai menyanyi dalam bilik air.Memang semasa di asrama dulu menjadi rioh rendah kerana semua menyanyi.Di masa tu lah masing2 nak cuba bakat.Aku pun buat testing suara ku.Memang tak menjadi.Kekawan kata macam suara katak puru.Bernostalgia di bilik mandi zaman sekolah dulu cukup takjub-menakjubkan.


Tiba2 ikan sepat mendapat gelaran sepat ronggeng.Aku pun tak tau pasai apa.Apa kaitannya dengan ronggeng.Sudah tentu ada pasainya,Cuma kita tak dapat mencari puncanya.Apa pun sepat ronggeng sedap bila di goreng.Buat sarapan pagi,makan bersama dengan pulut tanak ditabur dengan nyiok kukur.Sambil makan ,sambil hirup kopi O panas.Zaman dulu ini lah makanan istemewa.Belum ada lagi roti canai dan teh tarik.Nasi lemak pun belum popular.Ikan bilis pun belum popular.Dan tak pernah aku kenai ikan bilis zaman dulu.Aku lebih kenai gunung-ganang,bukit-bukau,dan semua penghuni di dalamnya.Termasuk sekenit dan tungau.Sekenit dan tungau,orang la tak kenai.Bila2 pun manusia ni tak kenai semuanya.Bodoh tu perangai dulu dan sekarang.Tok sah lah nak sombong.Tok sah lah nak perasan.
Wallahuaklam

Tuesday, December 8, 2009

PEOPLE GROW HAPPIER AS THEY AGE




SI CUCU INI BERGEMBIRA DENGAN MAHA PENCIPTA.

KITA PUN GEMBIRA MENITI KE WAJAHNYA.















PEOPLE GROW HAPPIER AS THEY AGE


Bukan senang nak bergembira kerana happiness is a complex thing.Biarlah aku menulis begini.Bi-lingual : Melayu dan Inggeris.Kata orang manglish.Bila belajar melalui disiplin sastera,kita belajar menulis berbagai cara.Kata setengah2 orang,gaya separuh gila. Semasa dok mengajar di Sekolah Menengah Sik dulu,in the staff-room was a thick book,dekat 3 inci tebalnya.Tajuk buku itu ialah ‘Bahasa Tukang Kayu’.Aku cukup tertarik with the book.Tak tau dah berada di tangan sapa.I hope Pak Lah ( my silent reader) can trace its whereabout.Banyak isu2 yang tercatit di dalamnya dan dalam bahasa yang payah nak di kunyah.Wah dah menyeleweng aku ,dah lari dari tajuk.


They say happiness is partly inherited.Correct,some inherit the happiness their parents handed over the wealth.But happiness is not just that.Money can’t make you happy.Begitu juga kata2 money can’t buy me love.Jadi benarlah it is a complex thing.Semuanya terletak di hati.Semuanya terlekat di minda.Tiada ada penyamaran.Cannot just talk.Cannot just feel.Ia datang direct dari a place of nowhere.Ia satu anugerah.Anugerah Allah saja memberi kegembiraan.Tak boleh saja2 kita bersengeh ,bersenyum kalau tidak tersemat di dalam jiwa.Senyum dan bersengeh berakar di dalam.Tak boleh tampal2kan di luar.Happiness is not the work of pasteing.Bukan kerja macam computer,can copy and then paste. Some say older man is more happier than older woman.


We must learn how to walk forward.No happiness exist to a man with 2 perfect legs,but who however never learned how to walk.Perlu ada perubahan.Cara berpikiaq.Cara bertindakJangan jadi manusia degil.,ego,berpikiran sempit.Don’t be conservative and individualitic.Biar ada system delivery at top gear.Aku gembira cuma sebagai seorang blogger yang cetek ilmu.Yang tak berharta.Yang masih bertegur sapa dengan hutan belantara,dengan pokok dan sungai,dengan bukit dan gunung.Aku gembira bersama alam yang akan aku tinggalnya bila Allah menjemput aku.Untuk bergembira bersama nikmat Allah di sana.Di sana , tempat Abadan-abada…..alhamdulillah.
Nasihatku pada yang tua2 bersama ku : Let us downsized our lifestyles

Sunday, December 6, 2009

YANG GLAMOURNYA IALAH CIKGU



Honda tua ni cukup glamour.
Ia menjadi milik blogger kickderfilla.
Masih boleh masok trek.
Masih boleh memikat si janda dan anak dara.




POLITIK KITA DAH BERCELARU.POLITIK KITA DAH LINTANG-PUKANG.



Isu politik ialah isu camca-murba.Aku hanya tulis pasal politik,aku tak bermain politik.Politik semasa cukup bercelaru . Politik tak berteraskan agama ialah palsu.Ia tak membawa kemana2.Tak bermanfaat sikit pun.Belum ada politik yang mengsejahterakan rakyat dan negara.Orang main politik pun macam kera kena belacan.Macam juga berikan bunga pada si kera.Kerana haloba,ekonomi negara jadi tenat.Masyarakat punah.Masing2 membolot tanpa segan dan silu.Tak kenal dosa dan pahala.Di baham dan di ratah macam ereng ( vaulthiers….tak pasti ejaannya betoi ke tidak) .Itulah jadinya bila tak kenai tauhid.Tak berteraskan tauhid habeh semua terbengkalai.Rosak akidahnya.Rosaklah segalanya……nauzubillah.


Aku lebih gembira berdialog dengan hutan belantara dari berceramah politik.Aku cukup gembira dengan sungai dan pokok.Gunung-ganang juga membuat aku gembira dari melihat bercelaru dan berserabutnya politik yang cukup busuk.Langsung tak berasosiasikan kepada makna kehidupan.Aku akan gagal kalau bermain dengan politik yang haprak ini .Menjadi cikgu bawa kejayaan.Main politik belum tentu.Bila pencen cikgu masih di panggil cikgu.Pencen politik orang panggil phooraahhh.Bukan semuanya,tapi majority gitulah.Bila cukup tua bekas pelajar masih gemar menyapakan cikgunya.Orang jueh mulut kat orang politik yang tua.Walaupun dah pernah jadi menteri.Pikiaqlah beribu kali bila nak berpolitik.Boleh lah jadi glamour sat.Lepas tu berserabut otak.Banyak jadi queen-control.Di suruh duduk,duduk.Di suruh bangkit,bangkit.Jadi cikgu pencen,bini cukup kasih.Dia jamu lepat pisang,bengkang ubi kayu,dia jamu cucur keria,dia masak apa saja nak makan.Tose pun sanggup buat.Aku tau Pak Lah kawan ku suka makan tose.Best la dia kerana Mak Timah pakar memasak.

Saturday, December 5, 2009

JOM KELIK SEKOLAH










JOM KELIK SEKOLAH





Tadi aku dan kekawan guru sejak dari 1960an dan bekas2 murid sejak tahun yang sama berjaya berkumpul di Sekolah Menengah Kebangsaan Sik dalam upacara ‘Jom Kelik Sekolah’ , ( Jom Balik Ke sekolah ).Bekas staf dan pelajar Sekolah Menengah Sik yang terpisah lebih dari 40 tahun dapat bertemu muka. Hari ini kami dapat bertemu kembali dan masing2 tak kenal hang dan aku.Ada bekas pelajar yang lebih tua wajahnya dari wajah guru.Ada guru yang masih awet mudanya.Ada pelajar dah mendapat title Dato’,dan gurunya memadai dengan membawa cucu ( supaya title dato’ juga dimilikinya ).Aku juga membawa 2 orang cucuku.Banyak pelajar yang berjaya dalam karier mereka. Yang hadzir semuanya berjaya,yang dah jadi arwah pun dah ada.Begitu juga guru mereka.Kepada mereka kita hadiah Al Fatihah.

Bekas staf ada yang datang dari jauh.Dato’ Latif Mirassa dari KL,begitu juga Prof Asma.Lah A dan Kak Timah dari negeri mami Pulau Pinang.Semasa ke sini mereka tinggalkan Pulau Mutiara kat Lim Guan Eng.Ramalingam dari Perak terpaksa membatalkan hari anniversary perkahwinannya ke 35.Alias salleh juga dari Kuala Kangsar.Kepada mereka kita ucapkan syabas kerana cinta SMS membuahkan hasil.Bekas pelajar Chef Liza (anak Pak Yamin) juga dari KL,terpaksa membatalkan flightnya ke Morocca,cuma untuk bertemu dengan cikgu2nya.Pada mereka yang yang tak tercatit di sini,aku pohon maaf.


Satu saja hajat kami tak tercapai.Kami gagal membawa Bapa Pendidikan Inggeris dan Menengah Daerah Sik.Beliau ialah Tuan Syed Abu Bakar.Sedihnya dia telah meninggalkan kami semua buat selama2nya. Kami adakan satu upacara khas untuk arwahnya.Riwayat hidup Allahyarham bolehlah anda baca dalam sebuah tulisan ku di website www.kirkbyites.net...... klik tahun 53/55….cari namanya dan klik sekali lagi. It is a true life history.


Kepada semua warga SMS yang hadzir diucapkan selamat pulang ke distanasi masing2 dan bernostalgia lah setakat yang rhot / larhat.

Thursday, December 3, 2009

PROF SHAHNON 10 TAHUN MENDAHULUI DR MAHATHIR



























PROF SHAHNON 10 TAHUN MENDAHULUI DR.MAHATHIR


Kacamata seorang sasterawan mendahului segalanya dalam dunia ni.Macam gerabak memotong kepala keretapi.Macam banjir mendahului sebelum hujan.Jadi tunggang-terbalik.Dulu bila Jules Verne menulis tentang angkasa lepas,banyak mengatakan dia berangan semata.Begitu juga bila Shahnon tulis buku SHIT,banyak yang membelasah beliau.Termasok kawan baiknya yang menjadi Menteri Penerangan waktu itu.Kawan yang menjaga kepentingan diri.Termasok sasterawan2 yang dok jaga perut.Sayang sangat depa tentang ketulan taik dalam perut.Tak mau teran keluar habis2an.


Kini bila tulisan Dr.Mahathir dalam blognya mengenai UMNO baru orang tau begitu busuknya diri UMNO.Walhal Shahnon dah menceritakannya dalam tahun 1999 lagi.Mendahului pandangan Dr.Mahathir.Ketulan demi ketulan dianalisakannya dengan daya ta’wilnya.Ketulan yang begitu montel dan kerdil yang sering bermain dengan lendir membisik tentang kebusukan yang bukan kepalang lagi.Satirenya terselindong berlapis2.Bezanya chedet cuma berterus terang menulis ‘umno busuk hingga keususnya’.Kini ketulan taik dalam angkatan baru menganga mulut sambil menghidu kebusukan yang terjelma.Dulu ada juga sasterawan tua menjengok menghidu angin busuk.Pelek tapi benar.

LOVE YOUR NATION


CINTAILAH NEGARA
SAYANGILAH NEGARA
Meneliti dari blog chedet pasal UMNO aku melihat kemerdekaan tanahair tidak memberi makna kepada generasi akan datang.Kemelut melandai keseluruhan juzuz2 kerajaan sehingga chedet mengatakan busuknya dah sampai ke usus2nya ( yang memang pun kandungannya itu busuk).Dan ini menambahkan lagi busuknya.Chedet memang mengetahui semuanya.Sebagai bekas orang nombor wahid,aku cukup percaya dengan ulasan2 yang diberikan.Perkara2 sumbang yang berlaku,perkara2 aib yang berlaku,perkara2 rasuah yang meniti di atas ,diatas di bawah telah menyimpang dasar nak mendaulatkan agama.Habis seluruh badan pertubuhan berlumur dengan dosa besar tersebut.Bukan saja busuk di dalam,bahkan di luarnya.Ada busuk yang nyata.Ada busuk yang jelas.Dan ada busuk yang ghaib.


Yang aku bengang dan membuat aku semak-serabut ialah cerdik pandai agama turut menumpang di dalam,membisu seribu kata.Tak sikit pun memberi tunjuk-ajar untuk membersihkan diri.Tunggeng-langgang bersembahyang dan berhaji.Beribu hadis di kepala,mut-mit mulut bertasbih,bertahmid. Menghafal beribu ayat2 Al-quran.Tapi kaku dalam menegur dan menasihat.Setengah orang kata menjadi syaitan bisu.Aku harap depa semua mengkaji dan menelaah blog chedet yang bertajuk UMNO itu.Moga kemurkaan Allah dapat digantikan dengan kasih-sayang Allah.Moga kecintaan Allah dapat dirasai oleh kita semua.Kalau tidak doa Tok Guru akan menepati sasarannya.Pemimpin yang baik mensejahterakan Negara,pemimpin yang busuk membuat Negara menjadi bangkai.

Wednesday, December 2, 2009

FIRAUN MANIA


Kita dan kekitaan,kita dan kemuliaan.Bukan hak kekitaan,kerana kekitaan adalah untuk semua.Kita tak jadi mulia dengan apa yang kita miliki.Memiliki menjadi haloba.Memiliki menjadi individualistic.Memiliki menambah kan ego.Allah saja yang boleh ego.Allah saja yang boleh sombong.Kita tak berhak memiliki keegoan dan kesombongan.Cuma Allah saja yang boleh.Dia memiliki semuanya.Kita tidak.Jadi jangan ego dan jangan sombong. Ni tidak , dapat kuasa sikit pun dah mula kembang pungkur.Tunjuk belang sendiri.Eksyen lebih.Lupa daratan.Buat orang naik semak serabut.


Kita jadi mulia dengan apa yang kita beri.Berilah.Sedekahlah.Hadiahkan lah.Hulurkan lah.Jamukan lah.Semua itu kerja mulia.Dan mulia itu kembali kepada kita.Berilah dan mulialah kita.Ni tidak , duit royalty minyak pun tak mau bagi.Buat macam hak kita sendiri.Hilanglah mulia pada diri.Diri tanpa kemuliaan.Bila tak mulia hapraklah kita.Semacam dengan haramjadah.Semacam dengan Firaun.Semacam dengan Qorun.Tak dak sapa pun nak berikan nama anak mereka Firaun @ Qorun.Orang haramjadah pun tak mau berikan nama Firaun @ Qorun.


Tuesday, December 1, 2009

UMNO BUSUK HINGGA KE USUSNYA..........dari blog CHEDET



Bermacam2 yang busuk tapi sedap di makan.
Waima seperti belacan,seperti budu juga seperti durian.
Ini satu lagi cerita busuk yang aku petik dari blog chedet,mantan PM kita.
SILA BACAKAN DI BAWAH NIH.....
1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).
2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.
3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.
4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.
5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.
6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.
7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.
8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.
9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.
10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.
11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.
12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.
13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.
PS. Aku pun paste kan untuk pengetahuan umum juga.

'MY LIFE' KUNJUNGAN BERMAKNA





Hari Raya Korban tahun ni aku dan Mak Wan dapat bersama dengan semua anak ku dan semua menantu ku.Tidak ketinggalan juga semua cucu2 ku........alhamdulillah,semua itu adalah diatas restu Allah jua.Tiga hari kami raya bersama di Wakaf Zin,di rumah anak sulung ku.
Dengan pertolongan kekawan anak sulung kami,dan seluruh anggota keluarga,kami bertungkus-lumus mengadakan ibadat korban dan aqiqah sejak di hari wukuf lagi.Majlis aqiqah diadakan pada hari wukuf dengan sembilehan seekor lembu.Hari raya pertama 2 ekor untuk korban.Seterusnya 3 ekor untuk korban pada raya kedua dan seekor pada raya ketiga untuk korban juga.Di Kelantan majlis korban cukup meriah,majoritinya ada korban.Jadi ahli keluarga kena berganding bahu melaksanakannya.Daging di sedekah ke jiran2 dan ke Maahad Tahfiz dan sebahagiannya dibuat kenduri kecil2an.Alhamdulillah kerja menjadi mudah kerana tiada hujan yang turun walaupun sebelum itu hujan tak henti2 yang membawa banjir.Kasih sayang Allah ternyata jelas di mata kasar.
Anakanda Nur Azimah penulis blog hamnur.blogspot.com turut mengunjungi kami di Wakaf Zin.Kedatangan beliau cukup bermakna kerana dapat menjamah kenduri korban yang diadakan.Di samping itu dapat berkenalan dengan anak2 ku.Aku dan Mak Wan dapat hadiah istemiwa dari anaknda Nur Azimah.Terima kasih,jazakallah khairon kathiro .Gambar diatas ialah Nur Azimah ,aku dan Mak wan.Rupa Nur seiras dengan anak ku Kak Wa.
Wassalam. dari Wakaf Zin.

SWEET 17




SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN KE 17 UNTUK ANN


SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH


Gambar : Ann bersama bapanya Azlie.Azlie ialah anaknda angkat ku dan sekaligus rakan seblogger.Mula bertemu di alam cyber dan akhirnya di alam nyata di Tanah Suci.Titik pertemuan ku bersama isteri dengan Azlie membawa makna yang cukup nostalgik dan mengiringi sweetness dan keceriaan diri kami bertiga.Keberkatan Makkah menusuk ke dalam sanubari....alhamdulillah.
Syukran pada Illahi kerana Azlie juga telah selesai menunaikan ibadah hajinya.....moga mendapat haji yang mabrur.