Sunday, December 6, 2009

YANG GLAMOURNYA IALAH CIKGU



Honda tua ni cukup glamour.
Ia menjadi milik blogger kickderfilla.
Masih boleh masok trek.
Masih boleh memikat si janda dan anak dara.




POLITIK KITA DAH BERCELARU.POLITIK KITA DAH LINTANG-PUKANG.



Isu politik ialah isu camca-murba.Aku hanya tulis pasal politik,aku tak bermain politik.Politik semasa cukup bercelaru . Politik tak berteraskan agama ialah palsu.Ia tak membawa kemana2.Tak bermanfaat sikit pun.Belum ada politik yang mengsejahterakan rakyat dan negara.Orang main politik pun macam kera kena belacan.Macam juga berikan bunga pada si kera.Kerana haloba,ekonomi negara jadi tenat.Masyarakat punah.Masing2 membolot tanpa segan dan silu.Tak kenal dosa dan pahala.Di baham dan di ratah macam ereng ( vaulthiers….tak pasti ejaannya betoi ke tidak) .Itulah jadinya bila tak kenai tauhid.Tak berteraskan tauhid habeh semua terbengkalai.Rosak akidahnya.Rosaklah segalanya……nauzubillah.


Aku lebih gembira berdialog dengan hutan belantara dari berceramah politik.Aku cukup gembira dengan sungai dan pokok.Gunung-ganang juga membuat aku gembira dari melihat bercelaru dan berserabutnya politik yang cukup busuk.Langsung tak berasosiasikan kepada makna kehidupan.Aku akan gagal kalau bermain dengan politik yang haprak ini .Menjadi cikgu bawa kejayaan.Main politik belum tentu.Bila pencen cikgu masih di panggil cikgu.Pencen politik orang panggil phooraahhh.Bukan semuanya,tapi majority gitulah.Bila cukup tua bekas pelajar masih gemar menyapakan cikgunya.Orang jueh mulut kat orang politik yang tua.Walaupun dah pernah jadi menteri.Pikiaqlah beribu kali bila nak berpolitik.Boleh lah jadi glamour sat.Lepas tu berserabut otak.Banyak jadi queen-control.Di suruh duduk,duduk.Di suruh bangkit,bangkit.Jadi cikgu pencen,bini cukup kasih.Dia jamu lepat pisang,bengkang ubi kayu,dia jamu cucur keria,dia masak apa saja nak makan.Tose pun sanggup buat.Aku tau Pak Lah kawan ku suka makan tose.Best la dia kerana Mak Timah pakar memasak.

2 comments:

Anonymous said...

Bini Orang politik mana sempat buat cucur keria pak cha..

Tapi pak cha ni kalau join politik pun bagus jugak. Apa salahnya. Mak wan masih sempat lagi buat keria dan lepat kat pak cha.

Dont worry maa...

NGINAP SRENGENGE said...

sdr.anonymous,

Tak sebiji habok pun minat.

Please 'perjelmakan' sapa orangnya.
Semoga boleh jalinkan salitulrahim.

Bolehlah kita kenal-mengenali.