Friday, December 18, 2009

1 MUHARRAM 1431















1 MUHARRAM 1431


Selamat menyambut tahun 1431 H.Yang dah berlalu terus berlalu.1430 hilang lenyap entah ke mana.Apa yang dah kita bikin ? Adakah sama dengan apa yang ikrarkan semasa sambutnya dulu.semasa larinya 1429 ? Banyak yang tak sama . Banyak yang kita auta.Macam ketika malam tiba,matahari lari dari wajah belahan bumi.Macam debuan angin mengusir debu2 di jalanan.


Dunia sarat dengan resiko.Dunia menjerubu ke segenap pelusok.Ke segenap penjuru.Memenuhi segala ruang dan liku.Rohani rosak.Jasmani tempang.Tidak ada yang manis.Semua pahit2 belaka.Tidak ada yang cantik2.Semua setan2 belaka.Dari ufuk ke ufuk tiada ada nostalgia yang happy.Semua jadi durjana.Tidak sedikit orang mengorbankan kebenaran demi mendapat jawatan dan harta.Ingin memiliki dunia semuanya.


Hubaya2.Awas.Check diri.Check hati.Check gerak-geri.Biarkan saja mereka yang tak erti.Tak mau ambil erti.Mereka tak peduli.Buatkan kita sakit hati.Biarkan si luncai terjun dengan labu2nya.Biarkan.Biarkan.Diri sendiri jangan begitu.Nanti jadi hantu.Dah 1431 Muharam berlalu , dunia tetap layu.Jangan jadi macam pemimpin Melayu.Banyak masih tak sedar diri.Lupa diri.Lupa negeri.Masing2 nak cari populariti.Peghabis duit berlori2.Duit rakyat.Duit Negara.Duit curi.Duit royalty.Duit PPRT.Kecoh kiri dan kanan.Kecok depan @ belakang….kita cari nujum pak belalang.Kita korek ,nanti kita jumpa harta ‘karun’ keluar berjela2.Biar sumpah tok guru mengcungkil setiap pusara penoh bernoda.Kita selongkaq dan selongkaq.
( GAMBAR DI ATAS : MUSLIMIN DI RUSSIA)

5 comments:

cikgu mas said...

salam Maalhijrah untuk ayahanda yg diingati..

Dunia sarat dengan resiko.Dunia menjerubu ke segenap pelusok.Ke segenap penjuru.Memenuhi segala ruang dan liku.Rohani rosak.Jasmani tempang.Tidak ada yang manis.Semua pahit2 belaka.Tidak ada yang cantik2.Semua setan2 belaka.Dari ufuk ke ufuk tiada ada nostalgia yang happy.Semua jadi durjana.Tidak sedikit orang mengorbankan kebenaran demi mendapat jawatan dan harta.Ingin memiliki dunia semuanya.

Ke sini saya sering `terpana` dengan bait kata penuh makna dari insan seperti ayahanda yg kaya dgn pengalaman dan sarat dengan telatah dunia .

semoga satu hari kita mampu bertemu,insyaallah..

NGINAP SRENGENGE said...

salam cikgu mas,

insyaallah,kita akan berjumpa.Anaknda CL dah berada di depan mata.Ingin sekali menatap rupa.Rupa insan dari Tanah SUCI.Banyak berkorbankan doa untuk kita semua.

Moga tahun baru membawa wadah baru.Wadah yang tak bercelaru.Tak berharu-biru.

Wassalam.

Anonymous said...

Salam Maalhijrah untuk tuan dan famili.

"Let them fool some of the people some time.but they can't fool all the people all the time." Just wait and see.

NGINAP SRENGENGE said...

salam tuan/puan,

Only fools , fool the people all the time.

What a bloody fool they are.

Wassalam.

Dessian64 said...

Salam tuan sekali lagi,

If all those fools become a fool,
what a great bloody fool he/she will be!!