Sunday, February 28, 2010

ISH , ISH , ISH..............TERPEGUN


Dalam ribu2 barangan di supermarket ,semuanya ada tarikh mati.Expirery date.Sebenarnya semua makhluk Allah ada tarikh expire sendiri2.Ada dulu ,ada kemudian.Sama lah seperti dok kata ‘qullul nafsin za ikatul maut’.


Mati ialah satu nikmat.Nikmat boleh bertemu Allah.Nikmat boleh merasai pemberian Allah di surga.Surga , dimana tak boleh kita imagine.Tak sampai akal nak imagine surga.Bila mata melihat surga kita terpegun…..ish,ish tak pernah aku tengok.Bila telinga mendengar bunyian di surga…….ish,ish tak pernah aku dengar……..ish,ish tak pernah terlintas dalam hati ku.Tu dia Allah nak balas kat orang baik.Jadi raja dalam surga.We have so many chances.Jadi just nice,to obey Allah.


Masa mengheret aku menjadi tua.Mengheret aku ke expired date.Dan kita semua pun sama2 saja…..Allahuakbar.
WALLAHUAKLAM.

HIDUP NI SELALUNYA BEGINI @ BEGITU


Dengan nama Allah,99 semuanya.


Dalam kejaran hidup kini,bebagai-bagaian harus ditempohi .Di setiap ketika , hidup menjadi masaalah utamanya.Tanyalah sapa saja,masing2 dengan masaalah tersendiri.Tiada ada sesapa yang sunyi dari masaalah.Kerja memberi masaalah.Duit ringgit memberi masaalah.Anak-pinak dengan masaalah persekolahan.Masaalah yuran,masaalah tempat tinggal.Masalah kawan-kawan.Tekanan kerja banyak mendatangkan masaalah saikoloji.Sekaligus tekanan darah naik mendadak.Masalalah rumah tangga suami-isteri juga tidak sunyi dalam hidup.Sebutkan apa saja,lebih2 lagi masaalah kesihatan membuat hidup risau,pilu,sedih tak kemana.Nak ragaeh hidup dan nak rongkai semua itu bukanlah senang.Hati resah gelisah,membuat hidup gundah-gulana.Tak ketentu siang atau malam,tak ketentu pagi ataupun petang.Hidup turut menjadi tak ketentuan juga.Tak keruan jadinya.


Kena pandai membonceng hidup ini.Larian hidup seperti naik turun bukit.Kekadang dia juga merempit.Kekadang dalam gear satu,tak selalunya menderas dalam top gear.Lariannya kekadang menyulitkan.Menterjah ke lautan dalam.Menerjah ke lautan api.Menerjah di sahara gurun yang panas,dan dingin di waktu malamnya.


Hidup seperti juga Le Tour berbasikal menjelajah sudut2 dunia.Berbagai ditemui.Gunung –ganang.Panas dan hujan.Kejar mengejar kekadang laluannya sempit.Tanpa pedoman mudah tersungkur di jalanan.Mundah tersungkur kedalam gaung.Boleh menemui maut.Maut ada di mana2 saja.Sebegitu juga kemungkinan ada pada bila2 masa.Setiap makhluk Allah ada expirery date.Tiada sesuatu ada yang kekal ,kecuali Allah.
Kejarlah kesenangan melalui susah-payah diri sendiri.Jangan sekali mencari kesenangan melalui susah-payah orang lain.


Wassalam.

Saturday, February 27, 2010

NAMRUD VS. SEEKOR NYAMUK


Dengan nama Allah,99 semuanya.


Dalam minggu ni banyak kenalan yang meninggal.Dan orang tua2 lebihan umurnya hingga 90 plus….termasuk nenek Datin Asnija dan mak saudara anaknda Hanis ………dari Allah mereka datang dan kepadaNya mereka kembali….Al-Fatihah.


Hujan kini telah mula menjinakkan diri.Setiap petang mendung akan melangit,dan pada malamnya menyiramkan titik2 halusnya.Sekali-sekala ada lebatnya.Di musim ini di tempatku sedikit bahaya dengan munculnya ular2 yang kepanasan.Mereka keluar untuk menikmati hawa sejuk.Tapi bilangannya dah tak banyak.Pastikan torchlight ada di tangan jika mau berjalan malam.
Besoknya bila angin bertiup,ribuan daun akan gugur.Dan seminggu lagi pucuk2 baru akan kembang.Musim inilah kerja aku dan isteri menyapu sampah di halaman rumah.Besoknya aku ajak isteri kutip duit,ribu2 di halaman rumah.Aku jadi kaya serta-merta.Duit banyak di halaman rumah.Petang aku bertemasya membakar daun2 kering itu. Menebal asap menerjah ke langit.Berkepul2.Berlari ke sana kemari mengikut lenggokan hembusan angin petang.Segala unggas dan nyamuk akan kelemasan asap dan mati.Tak perlu lagi semburan dari klinik kesihatan.
Bila hujan lebat nanti mereka yang masih hidup akan bertelor semula.Dan mereka akan membuat hidup kita tak selesa.Merekalah tentera2 yang sukar manusia melawannya.Bukankah Namrud telah tertewas dengan serangan seekor nyamok ?
HAPUSKAN NYAMOK,AKU BAKAR DAUN KERING.

Friday, February 26, 2010

TERJAHAN BULANAN


TERJAHAN BULANAN


Sebulan sekali aku akan terjah ke Sungai Petani.Itu memang rutin ku ,rutin bulanan.Setiap akhir bulan.Hari ni 25 Febuari,aku terjah se awal pagi.Dan memang aku tak bersedia pergi dengan Iskura ku.Aku dah tak larat memandu,dan memang aku tidak ada kapasiti lagi memandu.Kat traffic-light aku gelisah dengan hijau,merah dan kuning.Segala gerak tangan dan kaki dah kurang berjalan otomatiknya.Kadang2 signal kanan,jadi kiri.Petik wiper,keluar lampu.Aku pakai driber.Aku naik Maraliner.Anak2 pun nasihat biar bersara semuanya.Tapi makan dan beribadat jangan bersara,teruskan.Nak lintas jalan pun aku jadi macam jakun .Aku cari perlindongan dari orang yang nak melintas.Bair pun seorang nyonya muda ,aku akan ikutnya.Sambil2 bercakap dengannya.Lepas tu bye-bye,see you again.


Jabatan2 yang sering aku kunjungi ialah Jabatan Sumber Manusia,Pejabat Pos dan tak kecuali TMnet.Ketiga2 pejabat ini letaknya berdekatan.Matlamat aku mencari kawan lama ,kalaulah bertemu.Ataupun anak2 murid ku yang bekerja disitu ataupun ada urusan di situ.Pegawai2 di JSM dah banyak yang kenal aku,Aku Tanya mereka tentang kerja2 kosong untuk anak2 muda.Di Pejabat pos aku pergi membayar segala bil2 aku.TMnet ialah tempat complain aku tentang streamyx..Setiap bulan aku ada masaalah.Dengan cablenya,dengan potnya,dengan modemnya dan dengan rebatenya.Hari ni aku dapat modem wireless baru.Sebagai oldtimer aku dapat layanan diraja.Raja Srengenge.Kalau jumpa kawan aku akan lama di Sungai Petani,gebang itu dan sembang ini.Kalu tidak pi dengan bas itu,balik pun dengan bas itu juga.


Wednesday, February 24, 2010

SALAM PADA NABI S.A.W DAN KELUARGANYA

Thank you Nazir for permitting me to use this nice picture



Dengan nama Allah,99 semuanya.


Nafsu akan mengoyak2 dan metuntun kita kemana saja ia mau.Akan berkecai-berai dibuatnya.Puaslah hendaknya meronta2 , sebelum dapat kuasakan kita.Bukan senang melawan nafsu.Nafsu mudah mengizinkan jalanan.Ia merobek2kan iman.Ketebalan iman mudah baginya diperkosai.Habeh jadi keketot-kemetot.Nafsu akan eksploit , tiada yang impossible untuknya.


Sehari dua ni ku rasa tak selesa.Cuaca menjadi penyebab.Bagaikan mengejar mimpi,chasing dreams.Tiada ada dedication dan commitment untuk menulis blog.If I could measure my performance,it is down below par.Kalau main golf tiada birdie,tiada hole in one.Adakah benar kata ku itu ? Aku tak pandai bermain golf.Aku juga tak pandai dalam agama.Dan hanya agama akan membimbing kita.Jangan ada rasa agama tu dok control kita.Buat ini tak boleh.Buat itu tak boleh.Hakiskan rasa karut ini.Silap langkah ,terjatuh akidah…..nauzubillah.

Wassalam.
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL,12 RABIUL AWAL.

Monday, February 22, 2010

WORTH A LIVING

Gambar pinjam dari anaknda NazirAmin



SENYUM HARAPAN


Dengan nama Allah,99 semuanya.


Syukur Illahi kita diberi hidup.Kehidupan kita semestinya akan berterusan.Mati sekejap dan hidup semula selama2nya.Perlu dikenangi hidup kita semasa di alam zuriat.Antara kita tak sapa mengertinya.Perlu dikenangi hidup di dalam kandungan ibu.Dan kini kita hidup di alam nyata.Selepas ini kita akan berhijrah seterusnya.Hidup kini can be pretty tough.Kepelbagaian kerenah timbul dalam alam ini.Yang perlu kita tunggangi.Konsep hidup kita hanya mengabdi kepada Yang Esa.Tidak ada penyelesalan dalam hidup,walaupun kekadangnya life can be very cruel.Jangan silap langkah.jangan salah buat perhitungan.Pastikan pengabdian kita kepadaNya berserta dengan hidup.Sebenarnya hidup can be a good dream.Pandai2lah making it a good dream.


Tidak ada yang sia-sia di dunia ini.Ke sesiaan ada di dalam hati,bukan dalam hidup.Hidup adalah harapan.Biar kita beraja di hati.Milik hati yang baik.Raja kita menjadi lebih comel.Raja comel,rakyatnya turut comel.Raja yang haprak memusnahkan rakyat.Unforgiving to the soul.Didikkan hati,didikkan jiwa,didikkan nafsu,didikkan perasaan,didikkan segala impian,insyaallah berjaya nanti.Bolehlah kita bersenyum penuh harapan.Senyum harapan kata Hanis.

Saturday, February 20, 2010

EARTH HOUR 2009...repeated artile


EARTH HOUR 2009 (repeated article)


Semua orang boleh merasai kepanasan dunia.Global warming yang disebabkan oleh tangan2 manusia , kini kembali kepada manusia.You take what you give.Bila panas aku tergedik2 lari ke sana sini.Kipas angin tak dapat membantu.Cuma yang dapat membantu ialah bedak sejuk.


Setahun dulu satu dunia mengambil bahagian Earth Hour 2009.Mulai dari 8.30-9.30 p.m.Program ini kalau boleh dikatakan program dimulai sejak 2007 oleh World Wildlfe Fund di Sydney.Last year 5 juta mengambil bahagian.Tahun ni kami di Srengenge ke seluruhan penduduknya mengambil bahagian.100 persen participation.Malah kami bergelap sejak 7 malam sehingga ke 5 pagi hari ahad.Bukan satu jam tapi 10 jam.Kampong2 yang menghimpit Srengenge terang benderang,walhal kami dalam gelap gulita.We are born to be famous.Dulu Srengenge was made famous by our local Shahnon Ahmad melalui nobel2nya.Ranjau Sepanjang Jalan dikenali seluruh dunia.Diterjemahkan dalam tujuh bahasa.Difilemkan , dan aku pun tak pernah melihatnya , walaupun aku jadi penasihat lokasi , yang semua tau di buat 70 % shootingnya di Banggol Derdap.Banggol derdap itulah srengenge.Bukit Srengenge itulah Banggol Derdap.Kan bukit dan banggol itu sama saja.


Bercakap pasai filem RSJ , dulu aku banyak buat bantahan pada arwah Yusof bekas suami Puan Sarimah.Salah satu yang aku bantah ialah Sarimah tak layak memikul watak Jeha bini Lahuma.Sebabnya kerana dia cantik.Jeha tak secantik Sarimah.Dia anak kampong,hidungnya kembang,bibirnya tebal.Jeha tak dak masa nak uruskan dirinya.Dia orang kampong original.Tapi depa perlu heroin yang cantik sebagaimana niat mereka ialah meraih untung melalui popularity Sarimah.Nasihat ku tak menjadi dan aku lari dari mereka sedikit2,sehingga noktah.Kemudian datang pula satu badan perfileman nak buat pula filem dari nobel Rentong juga karangan Shahnon.Aku menolak dan tak memberi kerjasama.Malah Banggol Derdap tak mau membenarkan lagi menjadi lokasi shootingnya.Masa tu aku ada kuasa.Aku Pengerusi JKKK.Lani aku dah tak minat lagi politik.Dah 20 tahun lebih aku tak bayar yuran ahli.Aku suka membangkang.Kerana menjadi pembangkang membuat kita cerdik.Bukan senang nak membangkang.Orang bodoh tak boleh membangkang.Orang bodoh mudah jadi pak turut.


Friday, February 19, 2010

MISI KU BELUM TERTUNAI


MISI KU BELUM TERTUNAI
Dengan nama Allah,99 semuanya.

Malam yang hening dengan hembusan angin timur di musim kemarau cukup mensyahdukan.Ia membuat aku terkenang2 pada masa lampau.Banyak peristiwa yang hidup dalam memori.Aku cuba kembangkan layar memori dan imajinasi ku sejauh mungkin.Mengjangkau jauh di malam gelap.Ku biarkan ia terbang sebebasnya di ruang angkasa.Mengelilingi bintang2 yang beribu jumlahnya.Jauh,jauh ia pergi hingga ke infiniti.Tak berhenti2.Sehingga aku lali,tertidur tanpa mimpi.


Aku sedari di dalam malam itu. Dan aku tetap meneruskan aktiviti aku kini.Tiada lain ,membaca blog.Tiada lain,berbicara dalam blog.Dan tiada lain,selain menulis blog.Aku akan bergelut dengan misi aku,dalam dunia yang penuh ‘vulgar’ ini.


Cuba Tanya apa misinya .

MAKAN TAPAI:DAH PANAS BERTAMBAH PANAZZZZ


MAKAN TAPAI, OHhhhh ! SEMUANYA PANAZZZzzz


Paginya sejuk bila ditiup oleh angin timur.Inilah musim minyak nyiok beku.Kerana dah biasa mandi pagi,menyamankan dalaman badan yang panas.Berkepul2 nampak bagai asap keluar dari badan.Mengikut arwah orang tua ku : Mandi pagi cukup baik,lebih2 lagi sebelum subuh.Ini yang sering aku amalkan.Susah kita nak istikomah dalam hal2 yang kecil dan mudah.Seelok2nya minum segelas air sejuk sebelum mandi.Jangan tanya pasai apa,ini ialah juga sunnah Nabi saw.


Baru saja 11 pagi,tapi suhu dah mula menggigit.Terjahan sebegini dah berterusan sejak 6 hari dulu.Dedaunan sekeliling dah kecut kekuningan dan kerepot.Menunggu hembusan kencang dari timur.Lepas tu habis gugur menjunam ke bumi,macam kita semua sujud sejadah di Masjidilharam.Tersusun indah menutupi muka bumi.Begitu sekali mereka melaksanakan perintah Allah….masyaallah.Tapi yang banyak hapraknya ialah manusia.


Semalam mak bonda ku dah mula membungkus tapai.Pulut susu dibelinya dari Pekan Rabu Alor Setar.Diperamnya selama 24 jam,tapai akan masak.Aku dah belikan air kacang soya ‘drinkho’.Inilah amalan ku bila ada tapai.Sebungkus dua tapai diselamkan dalam air kacang soya berais.Kacau dan minum.Yang belum mencuba , why not make a try.


Dua gelas aku ‘membelasah’. Se jam kemudian aku rasa panasnya.Luar panas,dalam pun panas.But worth a drink.Yang belum aku cuba ialah makan bersama ABC.Why not with icecream yang CL tayang kat kita : just 2 riyals.Tapi pulut kukus di aron cukup lazat di makan dengan aiskrim.Percubaan aku sebulan dulu.


Orang siam suka makan pulut tanak.Kaedah menjaga kulit jadi cantik.Aku tau sedikit sebanyak kerana keturunan ku dari Pattani…..wallahuaklam.


Thursday, February 18, 2010

KRISIS KETELADANAN


KRISIS KETELADANAN


Ku mulai dengan nama Allah,99 semuanya.

Biar ku ceritakan dengan mudah.Apa guna ku buatkan payah2.Berbelit2 ,buat pening kepala saja.Aku mengigau sorang diri,di siang hari.Ternganga orang memerhati ku.Biar ku teropong dunia dari dekat.


Bangsa ku nampak semacam dah keringanan jiwa.Jiwa tak hebat.Ringan.Tak duduk di tahap kelas satu.Lebih2 lagi kurang memberi perhatian tentang misi moral anak2 muda.Jiwa dah berkeremot muka,berkeredut dahinya.Macam dah ku sebutkan,macam tubuh kehilangan kepala.Bangsa kita tak dak kepala.Maksud aku ialah kita tak ada pemimpin.Yang ada pun bukan nak memimpin,tapi nak membolot.


Habis apa terjadi ? Keadilan habis terkoyak.Peribadi remok terbelah.Berkecai2 jadinya.Macam tembikai terhempas ke batu.Sebenarnya aku bukan orang yang alim dan bijak tentang sesuatu.Tapi aku takut satu hari nanti ,negara akan lumpuh.Kini pemimpin tak berupaya nak membendong gejala2 jahat.Kekadang mereka sendiri memperaktik yang jahat2.


Habis semua menjadi rapoh,hingga pillar2 pendidikan gagal melahirkan manusia yang boleh memanusiakan sesamanya.Inilah krisis keteladaanan yang ujud di depan mata.Cuba pikiaq macam mana nak melahirkan generasi masa depan yang lebih dinamik.


Mai cari cara2 nak membelenggukan ketidakjujuran,kerana bimbang sangat2 negara kita dihuni oleh manusia cannibal yang enak meminum darah sesamanya.Negara rimba mudah dieksploit oleh agen kannibalism.


Ku tak mau kebijaksanaan di atas kertas saja.
Biar ku tangisi seorang diri,selagi masih ada si airmata.

Wednesday, February 17, 2010

KEEP OUT


SEDIKIT HARAP,BANYAK RAGUNYA

Dimasa lalu, para raja, kaisar, sultan, presiden membangun monumen, piramid, candi, tembok besar, patung agar generasi-generasi sesudahnya mencatat dan ingat bahwa ia pernah hidup sebelumnya.Siapa tahu seratus tahun, limaratus tahun, seribu tahun setelah ini blog-blog yang tersimpan diberbagai media penyimpan digital……menjadi penemuan2 baru di kala itu.

Atau ketika planet ini hancur ditabrak meteor. Boleh juga terbakar akibat pemanasan global, atau bahkan meledak akibat perang nuklir yang tak terelak. Media-media penyimpan digital ini boleh ditemukan para aliens dan menjadi sumber informasi akan adanya kehidupan dan peradaban yang kaya di sebuah planet yang bernama “Bumi”…wallahuaklam.Sebagai muslim kita cuma boleh mentafsirnya melalui al-quran dan al-hadis.Yang dulu dan hari ini dengan masa mendatang.berjalan bertali arus.

‘Andaian’ tak selalunya menjelma.’Kalau’ pun tak memberi makna sebenar.Semuanya auta belaka.Muntahan tulisan juga adalah macam tubuh kehilangan kepala.

HARI KEKAWAN DATANG,SUHU PANAS MEMBAKAR


Ini gambar hiasan saja.Bersama kekawan guru tahun 1960an semasa gathering 'Jom Balik Sekolah' di Sekolah Menengah Sik tanggal 5 Desember 2009.Tengok gambar ayahanda masih handsome kan.

Di bawah ni cerita lain pula.12 hari ayahanda tak boleh online.Streamyx punya buat hal.



HARI MEREKA DATANG


Dengan nama Allah,99 kesemuanya.

Di awal bulan Rabiulawal,cuacanya panas menyucuk dan membakar sehingga ke tulang sum-sum.Langit membiru tanpa tompok2 awan.Ku memberitau kekawan yang hadir ke rumah ku bahawa suhunya lebih panas dari Makkah.Mencecah 38-39 darjah C,berbanding dengan cuaca 31-32darjah di Makkah.Kesian ku memerhati tetamu2 mulia ku.Muka merah kepanasan dan aku tak berupaya membuat diri mereka se comfort dan in the best hospitality.Maaf pada Kak Shidah dan keluarganya.Maaf pada ayah zain juga bersama keluarganya.Ku tidak ada air-con,yang ada ialah kipas-con.Kipas-con cuma boleh memindahkan kelompok angin yang sama panasnya.Maaf diatas ketidak selesaan bersama ku dan mak wan,juga bersama Ihsan.


Memang kini ialah musim summer di tempat ku.Malamnya pula dingin dan winter lah musimnya.Summer di sianghari,berwinter pula bila gelapAda kalanya minyak kelapa boleh membeku.Sekarang no more minyak kelapa,orang kampong pun dah tak memasaknya lagi.Jadi aroma gorengan dengan minyak kelapa dah tak dapat dirasai lagi oleh lubang hidung.Rasa2nya panas akan menikam lagi di hari ini.Sedikit sebanyak dengan pengalaman yang ada aku dapat membuat tekaan.Di kota2 besar juga mengalamani situasi yang sama.Rumah2 batu membakar sampai kesiangnya.Air-con dan angin-con berdengung 24 jam.Ku dapat rasai tempat ku lebih sejuknya di waktu malam kerana di kelilingi oleh pokok2.


Di hari mereka datang aku cukup sedih.Mereka panas.Luar rumah panas.Dalam rumah pun serupa juga.Aku juga turut bengong berbual.Panas menghimpit setiap juzuk tubuh ku.Maaf ku pada mereka kerana ini adalah ketentuan dari Allah.Walau bagaimana pun ku ucapkan banyak terima kasih kerana sudi datang.Datang lagi jangan serik.Everybody is always welcome.


Sekurang2nya ikatan kekeluargaan antara kita menyejukkan hati sanubari dan meluhurkan kemanusiaan.Berhabluminanass juga memerlukan kesabaran.

Thursday, February 11, 2010

KALAU KITA CINTAI NEGARA


KALAU KITA CINTAI NEGARA

Dengan nama Allah, 99 semuanya.

Ku tutupi langit ini dengan awan mendung hitam.Ku heret segala lampu dan cahaya ke sudut kiri kanan.Negara ku terselit di tengah2.Tak sapa dapat melihatnya.Aku malu mempamerkan Negara ku yang bergelabah dengan berbagai kerenah.Busuk menusuk kesetiap lubang hidung.

Aku masih lagi pongoih dengan perkara2 yang aku ceritakan dalam N3 ku dulu.Aku bangang dengan robohnya pembangunan bangsa.Aku dengan ribuan sesalan bila Negara berubah menjadi rimba.

Aku cinta pada Negara,seperti suami mencintai isterinya.Seperti ibu mencintai anaknya.Juga seperti cintainya seorang budak pada Singapura bila di langgari ikan todak.Bukan seperti pelarian yang berjawat ekor bila portugis memperkosakan Melaka.

Tuesday, February 9, 2010

STILL MUCH LOVED


KU MULAI DAN KU SUDAHI


Dengan Nama Allah, 99 semuanya.

Ku mulai dengan tawa dan senyum,

Bagaimana kadang2 aku tak mengerti,tapi aku suka.Tak terasa menderita.Mungkin kerana aku mengikut hati,tak ikut fakta,tak ikut logika.Justeru membuatkan matahati jadi buta.Hati termeteri duka-nestapa.Sebenarnya kita inheritage,dari Adam dan Hawa , bukannya evolusion dari berok dan kera. Tapi mengapa ya , kita sebegini guflahnya. Tak tentu hala,membolot segala kepuraan dan yang berunsur kedurjanaan.


Dulu kita merobohkan Kota Melaka.Portugis datang dengan 2 biji mata.Kita lari berjawatkan ekor.Lintang-pukang.Seperti anjing gila.Seperti babi buta.Macam dikejar ombak tsunami.Dulu mata kepala dan mata hati kita dah terbuta dan dibuta.Itu dulu,tapi kini mengapa sebegitu rupa.Tak pandai mengambil pedoman sejarah.Tak bijak mencari helah.Tak tau menari di tanah tinggi dan rendah.


Kini pembangunan bangsa dah roboh.Semua kena ingat.Pemimpin harus sedar,jangan pandai saja bercakar-mencakar.Haluan mereka harus berubah,sebelum penyakit menjadi lebih parah.Mau bijak menjaga pemikiran bangsanya.Mau bijak menjaga sopan-santun bangsanya.Mau lebih bijak membentok akhlak bangsanya.Penting sekali membimbing akidah diri bangsanya. Terlihatnya, bangsa ini juga tidak selamat di hari akhirat.Bimbang terjatuh ke lubang neraka….nauzubillah.


Payah nak selamat bila Negara berubah menjadi rimba.Rimba yang didiami oleh raksaksa buas.Menggoda segala dan sesapa yang lemah.Mereka hidup dalam zaman kezaliman yang cukup sistematis.Rakyat mudah menjadi latah.Lupa siapa aku , siapa kita.Mudahlah raksaksa meratah.Memaksa apa saja.Mengikut segala yang diarah.Menari di pentas tak pilih lagu..


Aku senyum dalam hiba.
Aku menangis dalam ceria.

Ku sudahi tanpa tawa dan beraliran airmata.
Ku sudahi dengan larian yang kecewa.
Ku sudahi sebelum di mulai.


WA AKHIRU WA AWAL LU

Thursday, February 4, 2010

COVER ALBUM BARU



Hari ni aku tak tulis skrip drama detektif.Hari ni aku exercise sikit.Pagi2 lagi aku dan mak wan buat exercise.Aku cangkul sana sini.Mak wan sapu sana sini.Bila keluar peluh aku rehat sebentar terus pi mandi.Selesai sunat Dhuha pi pekan Sik beli dua bungkus nasi.Satu untuk aku ,satu untuk mak wan.Hari ni tak payah masak.Makan nasi boleh kenyang sampai ke petang. Lepas tu pikiaq lain,apa nak makan.Kueh bakar dari kak as masih ada.Cukup sedap.Hari itu terlupa nak jamu CL dan Nazir.


Berdering telepon.
Hello ,assalamualaikom,sapatu.
Waalaikomsalam,ni ijoi…ayah ker..
Ya,saya ayah.
Ayah ijoi nak pi rumah hari sabtu ni.Ayah ada kat umah ker..
Sila,sila.Ayah ada.Mai lah.
OK ayah,ijoi pi,asalamualaikom.
Waalaikomsalam.

Apa aku nak beri kat ijoi ni.Buah keranji dah habis.Album PDKM pun juga habis.Aku start motor buruk ku,terus ke Sik sekali lagi.Keranji dah tiada.Cuma aku boleh pesan kat kedai printing buat lagi 5 buah album.Kali ni aku buat cover baru.Aku tukar cover gambar makwan dan kakas.Website rakan2 pun terlupa nak setkan…..maaf yer kalau tak tercatit.Cuba tengok gambar cover baru di atas tu.

Wednesday, February 3, 2010

DI SEKODENG


GAMBAR NI CUMA HIASAN BELAKA : DUA ORANG ANAKNDA ANGKAT KU
___________________________________________________________________
DI SEKODENG


Drama satu babak lakonan Abang Megat dan Kak As.Cerita ala detektif.Tayangan khas untuk rakan2 PDKM.
_____________________________________________________________________

Pengenalan : am (abang megat) , ka (kak as)

_____________________________________________________________________


Telepon berdering ,panggilan untuk am

am : hello,abang megat di sini…………OK………. .Betoi ka?………..Arahan diterima.Out and over.

am : As bersedia ,kita diarah keluar oleh ibu pejabat.Sekarang juga.Depa dah bergerak dan akan sampai dalam masa 4 jam lagi.Siapkan semua yang perlu.Zoom bawa sama.Mesti dapat yang terpanazzz.

ka : Kan semalam ayahanda dah beritau CL dan Nazir nak mai tengok Jeha dan Lahuma ? dan kita pun nak pi jengok juga Jeha dan Lahuma.

am : Tu lah .Boss suruh kita intip depa berdua tu.Kot2 depa bawa cm dan hanis,noor…… bersama.

ka : Semalam kan ayah tepon…..Apa lagi ayahanda bagi tau ?

am : Tak dak apa pun.Cuma ayah jangka pukoi 4 depa sampai.

(sampai di Gurun Abang Megat dan Kak As memerhati di sekeliling ,kot2 kereta WPC 6403 dapat di kesan.Mereka bergerak perlahan,tetiba kereta yang dinanti memotong dengan lajunya)

ka: Tu dia depa………..Kita ikut dari belakang.

am : Betoi ka nombor itu ?

ka : Betoi la tu.Nombor plate wilayah…… bukan kedah……Tu di belakang tu,macam ada pompuan tengah tidoq.

am : OK ,kita ikut,,,,,,,,,.Tapi waspada supaya mereka tak kenai kita.

(Sampai di Batu Lima kereta black vios tu berhenti.Dua orang jejaka keluar menuju ke masjid Al-Safwan.Abang Megat perlahankan keretanya dan berhenti jauh dari masjid .Mereka tunggu dalam kereta)

am : Sah…….Memang depa…….Pandai cari masjid , nama pun sama dengan hotel dia bertugas.

(Selesai sembahyang mereka bergegas masok kereta dan terus meluncur laju.Abang megat dan Kak As menjejaki mereka dari belakang.Sampai disatu persimpangan sebuah kereta berbentuk kekura ada menunggu di situ.Seorang hero tua memberi arahan supaya ikut kereta kura itu.Abang Megat melambatkan sedikit.Biar mereka bergerak dulu supaya jejakannya tidak diketahui.Abang Megat ikut dari belakang.Mereka bergerak laju.Akhirnya Abang Megat tak dapat mengesan arah mereka tujui.)


am : Depa dah hilang.Kut mana depa pi.?

ka : Eh,sekejap saja dah hilang.Jom ikut depan lagi.Ikut lagi……..Dah tak ada…….Tadi ada dan sekarang dah tak ada.Macam iklan coklat,sekejap ade,sekejap tak ade

am : Aduh penatnya,kat mana nak kita cari mereka.?

ka : Telepon ayah.

am: Tak payah,kita minta tolong budak kecik tu.

SUSPENSE





Tuesday, February 2, 2010

PAPARAZZI AND MAMARAZZI

PAPARAZZI DAN MAMARAZZI
PDKM : ADA PENEMUAN TERBARU


Ini paparan detik2 keTERJAHan anaknda CL dan anaknda Nazir ke negeri Jeha dan Lahuma.Tak dak sapa pun tau ,maupun CM sendiri,yang pintar membuat kejutan2 sebelum ini.Mungkin dia sibok dengan latihan sukan sehingga terlepas pandangnya.Ataupun mungkin CM ada talian dengan paparazzi dan mamarazzi di utara semenanjung ni.Atau mungkin tidak.Dan ingin ayahanda bocorkan rahsia tersohor nih.


Sebelum itu Abang Megat telepon ayahnda,bertanya agak2nya bila CL dan Nazir akan tiba.Ikut perhitongan ayahnda pukul 4 petang.Kemudian CL beritau berada di Tol Sungai Dua.Ayah beritau CL masok Tol Gurun,belok kanan.Dari situ 25-30 minit akan sampai ke Sik.Orang muda ambil masa 20 minit saja.Laluan sejauh 30 kilometer.Laluan yang paling banyak traffic-light di Kedah.Laluan luarbandar.12 traffic-lights.

Hampir pukul 4 : Ayah dan mak tunggu depa di persimpangan jalan.Sudah semestinya bersama IS-KURA ( kereta beetle ayah).IS-KURA mudah menarik perhatian orang.Seperti di duga sebuah kereta vios hitam bergerak perlahan dan menjatuh cerminnya,menoleh ke IS-KURA .Tak terkata ayah,CL yer,yer,yer.Sebuah lagi kereta berhenti di belakang vios,jaraknya 15 meter.Tak tau pun kereta sapa.Tak nampak pemandunya.Ayah hanya lemparkan senyuman dan melambai mesra.Vios ikut IS-KURA dari belakang.Kami meluru ke rumah Jeha dan Lahuma.Ayah dan mak sambut mereka penuh mesra.Gembiranya tiada kira-kira atau apa saja jenis matematik.Hanya Pure matematik.


Seorang anak kecil berbasikal,dan ada sebuah kereta mengikutinya dari belakang.Budak kecil itu membelok balik sebelum sempat ayah menanyainya sesuatu.Dalam benak ayah ini mestinya Abang Megat dan Kak S.Ayah pergi sambut di kereta.Benar mereka ialah seperti yang di sangka.Ayah jemput duduk di pinggir dapur supaya mudah dan cepat boleh makan dan minum.Tak jemput pun masok rumah.


Abang Megat memaklumkan dia mengikuti Vios tu ,kerana dah pasti CL dan Nazir.Masa CL dan Nazir berhenti sembahyang di Mesjid,paparazzi dan mamarazzi menunggu dalam kereta.Bila iskura dan vios meluncur ke laman rumah Jeha dan Lahuma,Abang Megat ikut perlahan jauh di belakang.Lepas tu hilang pandangannya.Mana Vios,mana iskura.Tak Nampak.Abang Megat terus pergi dan pergi hampir2 1 kilometer.Tak jumpa2 pun.Memohon pertolongan.Budak kecil memberi khidmatnya.Sampai hari ni ayah belum ketemukan budak itu.Cuma nak ucapkan terimakasih.


Selepas mendengar cerita,CL bernafas lega.Katanya,nasib baik tak de isu hangat.Kalau tidak meletop pula .Apakata CM ? Nak tau rahsia boleh berhubung dengan Kak S.Mamarazzi baru di utara kini.



Maaf semuanya dan semuanya.Kurang menarik kerana baru mencuba dalam bidang detektif.