Saturday, February 27, 2010

NAMRUD VS. SEEKOR NYAMUK


Dengan nama Allah,99 semuanya.


Dalam minggu ni banyak kenalan yang meninggal.Dan orang tua2 lebihan umurnya hingga 90 plus….termasuk nenek Datin Asnija dan mak saudara anaknda Hanis ………dari Allah mereka datang dan kepadaNya mereka kembali….Al-Fatihah.


Hujan kini telah mula menjinakkan diri.Setiap petang mendung akan melangit,dan pada malamnya menyiramkan titik2 halusnya.Sekali-sekala ada lebatnya.Di musim ini di tempatku sedikit bahaya dengan munculnya ular2 yang kepanasan.Mereka keluar untuk menikmati hawa sejuk.Tapi bilangannya dah tak banyak.Pastikan torchlight ada di tangan jika mau berjalan malam.
Besoknya bila angin bertiup,ribuan daun akan gugur.Dan seminggu lagi pucuk2 baru akan kembang.Musim inilah kerja aku dan isteri menyapu sampah di halaman rumah.Besoknya aku ajak isteri kutip duit,ribu2 di halaman rumah.Aku jadi kaya serta-merta.Duit banyak di halaman rumah.Petang aku bertemasya membakar daun2 kering itu. Menebal asap menerjah ke langit.Berkepul2.Berlari ke sana kemari mengikut lenggokan hembusan angin petang.Segala unggas dan nyamuk akan kelemasan asap dan mati.Tak perlu lagi semburan dari klinik kesihatan.
Bila hujan lebat nanti mereka yang masih hidup akan bertelor semula.Dan mereka akan membuat hidup kita tak selesa.Merekalah tentera2 yang sukar manusia melawannya.Bukankah Namrud telah tertewas dengan serangan seekor nyamok ?
HAPUSKAN NYAMOK,AKU BAKAR DAUN KERING.

7 comments:

Ayah Zain said...

Salam Ayahanda,

wow, ayahanda kutip duit ribu-ribu kemudian baiar pulak. hehehhe (gurau)

Yer la, kematian tetap tiba, setiap kali teringat mati, hati rasa kecut, sayu kerana amalan tak berapa cukup, dosa pulak banyak

YB said...

Salam ayahanda

serampang 2 mata, bakar sampah bunuh nyamuk. Jimat duit sheltox..

Atikah said...

Salam Ayahanda...

Saya kalau kat kg pun cam tu... dekat nak magrib bakar ler daun2 kering untuk mnghalau nyamuk...

sonata anak kancil said...

Salam Ayahanda & Bonda : masih sihat ayahanda dan bonda menguruskan kawasan rumah...seronok buat kerje2 ni seme...serampang 2 mata - untuk buat exercise - lepas tu bakar halau nyamok - pas tu orang kata...kasi perasap kawasan rumah petang2 hari!halau macam2 mende....

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

Kata2 orang tua dulu2
kalau tak ada perasap
tanaman tak menjadi

ada ke sesuai untuk zaman la ni

kirim salam kat Bonda

Wassalam

S said...

salam,
ayah n mak,

3 dalam satu,
bakar sampah, halau nyamuk dan riadah.

Alhamdulillah.

Anonymous said...

salam ayah,

seronoknyaa...hanis dah lama tak buat aktiviti mencakar daun2 kering & bakar sampah nie....