Wednesday, February 17, 2010

HARI KEKAWAN DATANG,SUHU PANAS MEMBAKAR


Ini gambar hiasan saja.Bersama kekawan guru tahun 1960an semasa gathering 'Jom Balik Sekolah' di Sekolah Menengah Sik tanggal 5 Desember 2009.Tengok gambar ayahanda masih handsome kan.

Di bawah ni cerita lain pula.12 hari ayahanda tak boleh online.Streamyx punya buat hal.



HARI MEREKA DATANG


Dengan nama Allah,99 kesemuanya.

Di awal bulan Rabiulawal,cuacanya panas menyucuk dan membakar sehingga ke tulang sum-sum.Langit membiru tanpa tompok2 awan.Ku memberitau kekawan yang hadir ke rumah ku bahawa suhunya lebih panas dari Makkah.Mencecah 38-39 darjah C,berbanding dengan cuaca 31-32darjah di Makkah.Kesian ku memerhati tetamu2 mulia ku.Muka merah kepanasan dan aku tak berupaya membuat diri mereka se comfort dan in the best hospitality.Maaf pada Kak Shidah dan keluarganya.Maaf pada ayah zain juga bersama keluarganya.Ku tidak ada air-con,yang ada ialah kipas-con.Kipas-con cuma boleh memindahkan kelompok angin yang sama panasnya.Maaf diatas ketidak selesaan bersama ku dan mak wan,juga bersama Ihsan.


Memang kini ialah musim summer di tempat ku.Malamnya pula dingin dan winter lah musimnya.Summer di sianghari,berwinter pula bila gelapAda kalanya minyak kelapa boleh membeku.Sekarang no more minyak kelapa,orang kampong pun dah tak memasaknya lagi.Jadi aroma gorengan dengan minyak kelapa dah tak dapat dirasai lagi oleh lubang hidung.Rasa2nya panas akan menikam lagi di hari ini.Sedikit sebanyak dengan pengalaman yang ada aku dapat membuat tekaan.Di kota2 besar juga mengalamani situasi yang sama.Rumah2 batu membakar sampai kesiangnya.Air-con dan angin-con berdengung 24 jam.Ku dapat rasai tempat ku lebih sejuknya di waktu malam kerana di kelilingi oleh pokok2.


Di hari mereka datang aku cukup sedih.Mereka panas.Luar rumah panas.Dalam rumah pun serupa juga.Aku juga turut bengong berbual.Panas menghimpit setiap juzuk tubuh ku.Maaf ku pada mereka kerana ini adalah ketentuan dari Allah.Walau bagaimana pun ku ucapkan banyak terima kasih kerana sudi datang.Datang lagi jangan serik.Everybody is always welcome.


Sekurang2nya ikatan kekeluargaan antara kita menyejukkan hati sanubari dan meluhurkan kemanusiaan.Berhabluminanass juga memerlukan kesabaran.

15 comments:

sonata anak kancil said...

salam ayahanda - kebanyakan negeri mengalami musim summer! tapi pagi ni kat tempat saya ade hujan renyai2...sejuk la sikit....kala malam? hu hu hu...ber air-con jawabnya! kalau ber winter seperti tempat ayahanda best la...sini same aje siang malam...redha - redha...alam akhirat lagi panas!

KAMATO said...

Salam ayahanda, nampak gaya kita kena bersabar sampai pertengahan bulan depan

Anonymous said...

Salam ayah,

Seronoknye hanis dengar cerita mama shida & AZ pi umah ayah...nie yang buat hanis pon tak sabar nak p umah ayah...

ayah, salam rindu hanis buat mak k...

aznaz said...

salam aayahanda...


panas atau sejuk bukan jadi ukuran..yang penting mereka ikhlas untuk mengunjungi ayah dan mak..syukur dan terimakasih pada kak shidah dan ayah zain...moga allah swt sahaja yang dapat memebalas jasa anda berdua...insyalah..

sampaikan salam pada mak dan anak anak gemilang....

syukran

waslam

Ayah Zain said...

Salam Ayahanda,

Kepanasan yang melanda itu tidak kami rasai dengan layanan ayahandan,bonda dan anakanda Ehsa. Kalau idak kerana jemputan di Baling, dan anak-anak ada urusan, pasti saya akan bermalam di rumah ayahanda.

Kalau ayahanda tak keberatan, saya akan datang semulapada cuti sekolah mac nanti. nak jalan sepuasnya di tanah tumpah kelahiran saya di Kepala Batas, alor star

Unknown said...

salam ayahanda...

masa zaman kanak2 dulu ummi memang pakar masak minyak kelapa , petang2 mesti tolong tok n tok wan belah buah nyior n mesin , pastu perah n peram santan semalaman ,pagi esoknya sirin kepala santan n rebus hingga pecah minyak ..
bila musim sejuk seronok tengok minyak nyior membeku dlm botol2 kaca .

tentu seronok AZ n kak Sidah menjadi tetamu kpd ayahanda kan.. musim buah apa kat Sik sekarang ?

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anaknda sonata,

Memang panas pada hari tu cukup maksimum.Kesian pada tetamu ayahnda/bonda.

wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam kamato,

kelesuan merangkak mendadak bila panas terik di umur yang tua.Kita boleh lihat musim haji di musim panas.Orang2 tua menemui kekalahan,lebih2 lagi kurangnya minum air.

Seumpama pokok juga di musim panas,daunnya relai-berderai.Warna hijau menjadi kekuningan.Manusia pula pucat lesi,macam gelap-mata nak pitam.

wallahuaklam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam hanis,

Musim panas ni bila jumpa aiskrim yang CL tayang tu,memang best.

Tak tau lah Kak Shidah dan Ayah zain tu seronok tak.Panas hari tu memang tak terduga.Kesian kat depa dan keluarga.

Hari tu mak hanis dan bonda sembang panjang dalam telepon.Apa ceritanya ? mungkin ada rahsianya.
Ayah teka2 saja.

Sila datang.Ajak CM dan semuanya.Cerita mamarazzi ni belum tammat lagi.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anaknda CL,

Tapi kesian la kat depa,panas hari tu mula menerjah sejak awal pukul 11 lagi.Ayah boleh lihat keresahan mereka.Panas di teropika lintangan khatulistiwa berbeza dengan panas di kawasan hemispera utara.Di Mekah bulan julai lebih menggigit.
Astaqfirullah......

Panas dunia terlalu ringan dibandingkan dengan panas neraka Allah.Pohon kita semua dijauhi Allah.

wassalam.
Salam dari mak dan anak2 CL di Rumah Gemilang.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam Ayah zain,

Selamat datang pada bila2 masa.Satu yang paling seronok ialah AZ boleh bertemu dengan Abg. Zakaria (suami Kak Shidah).Rupa2nya ada ikatan kekeluargaan.

Itulah yang saya selalu ingini.Ikatan kita semua bermula di zaman zuriat lagi...alhamdulillah.

Kat umah kenduri di Baling tu dah tentu jumpa gulai umbut batang pisang.Itu resepi rasmi daerah Baling dan Sik.

Jumpa lagi.Thank you for coming .Pohon segala kebaikan dari Allah.

wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam ummi humaira,

Santan tu kalau tak diperam,ditanak terus,boleh menghasilkan "taik-minyak" kelas satu.Aromanya mengkagumkan.Boleh buat teman nasi panas di pagi hujan lebat turun.Lepas tu di sulam seli dengan kopi O buatan kampong.

Sekarang dah tak jumpa lagi.

Bila balik kat kedah.Pusing ke kanan lepas tol Gurun.

Wassalam.

Wan Rusyaini Wan Mohd said...

Salam Ayahanda,

Memang betul sekarang ni suhu tinggi betul. Panasnye sampai ke malam. Tapi Allah ni Maha Adil dan Penyayang, biasanya bila pagi sampai petang panas, malam dicurahkanNya hujan yg mendingin. Sejuk sikit. Allah masih sayang pada kita semua. Kalau dibagiNya panas sampai malam, tentu gelisah tak dpt tido. namun jika itu yg telah Allah tetapkan utk kita, alhamdulillah mungkin kifarah dosa-dosa dan yg penting dihidupkanNya kita lagi utk terus beribadat padaNya. Alhamdulillah.

Bila panas begini tergambar panasnya api neraka. Takut tak terhingga. Ampunkan kami Ya Habibi.... Amin.

Ayah Zain said...

Salam Ayahanda,

Masa kami sampai dah petang sangat, tak jumpa pulak umbut kelapa tuh. Tapi bapak pengantin dah kepenatan, namun masih erat pelokan kawan lama kegembiraan tidak disangka orang jauh nun di selatan benua sampai ke rumah dia. Dia kata saja-saja sms.

Ayahanda: Tidaklah panas sangat masa tuh ayahanda, seronok menjamu selera buah tembika dan mee banggol derdap. Ingatkan mee rebus tapi ayahanda kata bukan. jadi saya panggil Mee banggul derdap aje.

Kak Sidah said...

Salam Ayahanda,

Tak de lah terasa panas sangat, kami seronok betandang kerumah ayahanda, dilayan begitu seperti balik kerumah ibu dan ayah sendiri, saya pun masa tu dah janji dgn kawan, kalau tidak ingin juga bermalam kat rumah ayahanda, rasa tak puas, lain kali kami datang lagi.

Terima kasih atas layanan ayahanda dan bonda. Saya baru sampai kl .