Friday, February 26, 2010

TERJAHAN BULANAN


TERJAHAN BULANAN


Sebulan sekali aku akan terjah ke Sungai Petani.Itu memang rutin ku ,rutin bulanan.Setiap akhir bulan.Hari ni 25 Febuari,aku terjah se awal pagi.Dan memang aku tak bersedia pergi dengan Iskura ku.Aku dah tak larat memandu,dan memang aku tidak ada kapasiti lagi memandu.Kat traffic-light aku gelisah dengan hijau,merah dan kuning.Segala gerak tangan dan kaki dah kurang berjalan otomatiknya.Kadang2 signal kanan,jadi kiri.Petik wiper,keluar lampu.Aku pakai driber.Aku naik Maraliner.Anak2 pun nasihat biar bersara semuanya.Tapi makan dan beribadat jangan bersara,teruskan.Nak lintas jalan pun aku jadi macam jakun .Aku cari perlindongan dari orang yang nak melintas.Bair pun seorang nyonya muda ,aku akan ikutnya.Sambil2 bercakap dengannya.Lepas tu bye-bye,see you again.


Jabatan2 yang sering aku kunjungi ialah Jabatan Sumber Manusia,Pejabat Pos dan tak kecuali TMnet.Ketiga2 pejabat ini letaknya berdekatan.Matlamat aku mencari kawan lama ,kalaulah bertemu.Ataupun anak2 murid ku yang bekerja disitu ataupun ada urusan di situ.Pegawai2 di JSM dah banyak yang kenal aku,Aku Tanya mereka tentang kerja2 kosong untuk anak2 muda.Di Pejabat pos aku pergi membayar segala bil2 aku.TMnet ialah tempat complain aku tentang streamyx..Setiap bulan aku ada masaalah.Dengan cablenya,dengan potnya,dengan modemnya dan dengan rebatenya.Hari ni aku dapat modem wireless baru.Sebagai oldtimer aku dapat layanan diraja.Raja Srengenge.Kalau jumpa kawan aku akan lama di Sungai Petani,gebang itu dan sembang ini.Kalu tidak pi dengan bas itu,balik pun dengan bas itu juga.


25 comments:

My Life said...

salam ayahnda,..

selamat menyambut maulidur rasul buat ayah dan mak serta family yg lain..

semoga bertambah amalan kita dan kita sentiasa dalam redha ilahi...
doakan azie yer ayah dan sampaikan salam buat mak...

jaga kesihatan yer ayah...

aznaz said...

salam ayahanda..

Salam maulidur rasul 1431...

alahamdulilah..seronok bangat ayah kan kalau pergi pekan sg petani tuh...pasti gembira jumpa semua kengkawan ayah...

syukran

waslam

Unknown said...

salam ayahanda..

salam maulidur rasul , solawat dan salam buat baginda rasul junjungan ..

kalu dulu2 ummi balik kampong dah sewajibnya mesti melalui pekan Sg Petani , tp sekarang cuma melalui papan tanda PLUS je ,Sg Petani selatan dan Sg Petani utara .

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam ayahanda,

salam Mulidur Rasul

Ayah Zain said...

Salam Ayahanda,

Lama tak mai umah ayahanda ni kerana berkursus di Jawi selama seminggu. Masa berkursus wifi hanya ada kat temoat kursus. Kat Bilik tak ada wife. Jadi tak sempat nak menyinggah kat umah kenalan PDKM.

Seronok baca aktiviti bulanan ayahnada ini. Anakanda zain mendokan ayahanda sentiasa sihat walafiat. Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Salam Maulidur Rasul buat ayahnada yang disayangi

Ayah Zain said...

Salam ayahnada:

Pembetuluan : wife tu sebenaranya wifi. hehhehe

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam mylife,

Kat madrasah dekat umah ada majlis kenduri maulid hari ni.

Jamuan sebelum jumaat.

wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam CL,

Kekadang ada jumpa kawan lama.Banyak dah kembali ke rahmatullah.

Kekawan cina yang berniaga pun dah passing business kat anak2 mereka.

Kelmarin ada jumpa member Iskura.Bual sikit2 saja,kerana dia ada appointment kesihatan.

Selamat menyambut maulidur Rasul

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Saalam ummi,

Pekan asal Sungai Petani dah sunyi.Pembangunan pesat di sebelah utaranya.Ayah suka ronda2 pekan asalnya,kerana ada rindu2an kat situ.

salam maulidur Rasul

wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam Hajjah zainab,

salam Maulidur Rasul.

Doakan semoga sihat walafiat.Orang dah pencen ni tau2 sajalah.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam AZ,

Tadi singgah kat blog AZ.Rupanya dah habeh kursus.

Selamat dalam menunaikan segalanya d dunia ni.Moga mendapat balasan di akhirat.

wassalam.

sonata anak kancil said...

salam ayahanda

salam maulidur rasul

seronok baca kisah ayahanda ni...rutin bulanan - saban bulan melepas rindu dendam jumpa members seangkatan....

Rosma Majidee said...

Salam Ayahanda,

Berapa usia ayahanda? Ayah dan mak saya 71 thn. Sekarang ni tinggal berdua saja di Kpg. Seronok baca catatan ayahanda. Saya doakan ayahanda dan isteri sihat selalu.

rezeki said...

salam ayahanda

salam maulidur rasul buat ayahanda sekeluarga

saya dh 20 tahun tak ke SP he he banyak dah berubah rasanya

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam sonata,

Kat Sp ada banyak members.Banyak juga yang dah kembali ke rahmatullah.Yang tinggal pun jarang dah keluar.Ikut nasib kalau boleh jumpa depa.

salam maulidur Rasul.

Teringin sangat nak buat gathering kat Banggol Derdap.Jalinan salitulrahim adalah ubat mujarab rohani dan jasmani.Di tuntut sangat oleh agama.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam Rosmawati Majid,

Thank you for visiting my blog.Umur ayah perhitungan hijrah dah pun 70 jumlahnya.Mak 62 tahun.Tinggal berdua,kembali asal.

Doakan sihat sekeluarga.
Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam rezeki,

Kalau jadi gathering kat banggol derdap,silalah mai.

Ambil cuti,rehat2 dengan kekawan.Boleh melegakan rohani dan jasmani.

SP dah banyak berubah.Taburan pekannya banyak menyusahkan rakyat.Bila pejabat2 tak dibina setempat.

Salam maulidur Rasul.
wassalam.

Atikah said...

Salam Ayahnda..

Salam maulidur rasul buat ayahanda n bonda sekeluarga...

Semoga Allah memberikan kesihatan n kesejahteraan buat ayahanda dan bonda...

Anonymous said...

Dear pak cha,

Memang betul cakap pak cha, perancangan pekan dan bandar sangat menyusahkan masyarakat. Kata mereka ia bandar sistematik, tapi bagi kita rakyat biasa ia cukup membebankan.
Itulah masalahnya bila keperluan rakyat tidak didahulukan.

kotastar said...

Sdr Mat Isa

Walaupun dah lama, pi ke Sp pun tak memandu VW lagi tapi sebenarnya blog sdr dah cukup classy. Penuh dengan feedback, kemesraan dari rakan dan kenalan jauh dan dekat. Lebih lebih lagi diilustrai dg gambar yg hebat. Taniah. Satu kejayaan hebat.

ijoi said...

Salam ayahanda

Rindu dgn ayah dan mak. Semoga sihat sejahtera

Kak Sidah said...

Salam Ayahanda,

Salam Maulidur rasul buat ayahanda dan bonda, semoga ayahanda dan bonda dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan.

Best tu kalau buat gathering kat rumah ayahanda, jgn lupa saya ye ayahanda.

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

Mereka melayan Ayahanda seperti layan diraja, kerana ingin membalas jasa yg telah Ayahanda semaikan

kirim salam kat bonda

Wassalam

KAMATO said...

Salam ayahanda, salam maulidur rasul

Anonymous said...

salam maulidul rasul ayah & bonda...anakanda doakan ayah & bonda sihat selalu hendaknya..

seronok baca aktiviti bulanan ayah...insyallah, nanti kita p sama2 pekan SP ye ayah...