Tuesday, February 2, 2010

PAPARAZZI AND MAMARAZZI

PAPARAZZI DAN MAMARAZZI
PDKM : ADA PENEMUAN TERBARU


Ini paparan detik2 keTERJAHan anaknda CL dan anaknda Nazir ke negeri Jeha dan Lahuma.Tak dak sapa pun tau ,maupun CM sendiri,yang pintar membuat kejutan2 sebelum ini.Mungkin dia sibok dengan latihan sukan sehingga terlepas pandangnya.Ataupun mungkin CM ada talian dengan paparazzi dan mamarazzi di utara semenanjung ni.Atau mungkin tidak.Dan ingin ayahanda bocorkan rahsia tersohor nih.


Sebelum itu Abang Megat telepon ayahnda,bertanya agak2nya bila CL dan Nazir akan tiba.Ikut perhitongan ayahnda pukul 4 petang.Kemudian CL beritau berada di Tol Sungai Dua.Ayah beritau CL masok Tol Gurun,belok kanan.Dari situ 25-30 minit akan sampai ke Sik.Orang muda ambil masa 20 minit saja.Laluan sejauh 30 kilometer.Laluan yang paling banyak traffic-light di Kedah.Laluan luarbandar.12 traffic-lights.

Hampir pukul 4 : Ayah dan mak tunggu depa di persimpangan jalan.Sudah semestinya bersama IS-KURA ( kereta beetle ayah).IS-KURA mudah menarik perhatian orang.Seperti di duga sebuah kereta vios hitam bergerak perlahan dan menjatuh cerminnya,menoleh ke IS-KURA .Tak terkata ayah,CL yer,yer,yer.Sebuah lagi kereta berhenti di belakang vios,jaraknya 15 meter.Tak tau pun kereta sapa.Tak nampak pemandunya.Ayah hanya lemparkan senyuman dan melambai mesra.Vios ikut IS-KURA dari belakang.Kami meluru ke rumah Jeha dan Lahuma.Ayah dan mak sambut mereka penuh mesra.Gembiranya tiada kira-kira atau apa saja jenis matematik.Hanya Pure matematik.


Seorang anak kecil berbasikal,dan ada sebuah kereta mengikutinya dari belakang.Budak kecil itu membelok balik sebelum sempat ayah menanyainya sesuatu.Dalam benak ayah ini mestinya Abang Megat dan Kak S.Ayah pergi sambut di kereta.Benar mereka ialah seperti yang di sangka.Ayah jemput duduk di pinggir dapur supaya mudah dan cepat boleh makan dan minum.Tak jemput pun masok rumah.


Abang Megat memaklumkan dia mengikuti Vios tu ,kerana dah pasti CL dan Nazir.Masa CL dan Nazir berhenti sembahyang di Mesjid,paparazzi dan mamarazzi menunggu dalam kereta.Bila iskura dan vios meluncur ke laman rumah Jeha dan Lahuma,Abang Megat ikut perlahan jauh di belakang.Lepas tu hilang pandangannya.Mana Vios,mana iskura.Tak Nampak.Abang Megat terus pergi dan pergi hampir2 1 kilometer.Tak jumpa2 pun.Memohon pertolongan.Budak kecil memberi khidmatnya.Sampai hari ni ayah belum ketemukan budak itu.Cuma nak ucapkan terimakasih.


Selepas mendengar cerita,CL bernafas lega.Katanya,nasib baik tak de isu hangat.Kalau tidak meletop pula .Apakata CM ? Nak tau rahsia boleh berhubung dengan Kak S.Mamarazzi baru di utara kini.



Maaf semuanya dan semuanya.Kurang menarik kerana baru mencuba dalam bidang detektif.




25 comments:

YB said...

Salam ayahanda

Nampaknya GPS pesen lama tiada tandingnya diluar bandar. Pasti sampai dan siap hantar kat depan org dicari. Khidmat budak kecil.

aznaz said...

salam ayahanda..

wahhh tak sangka cheq..kat utara pun ada PAparazi dan Mamarazi...hmm cl dah takleh nak menyorok agaknyer..hehehehe..
best gak baca gaya penulisan ayah...

waslam

S said...

salam ayah n mak,

hahaha... CL tak sedar pun yg dia diintip oleh papa n mamarazzi....

CL dah kata pada papa n mamarazzi utara, biarlah rahsiaaaaa nohhhhh...

papa n mamrazzi dah ucapkan terimakasih bebanyak pada anak baik tu, bersopan dan berhati mulia.

paparazzi tanya pd anak soleh tu
" abang tang mana rumah cikgu Mat Isa ngn mak Wan?'

anak soleh tanya "ustazah Wan ka?"

mamarazzi " ya,ya, ya Ustazah Wan".(nasib baik mamarazzi dah merisek cerita semasa gazering PDKM ritu.)

anak soleh "jom saya bawa p situ"

papa n mamarazzi amat tersentuh ngn budi pekerti anak soleh tu.
tak sempat tanya nama, anak soleh tu belalu dengan cepat.
tapi sempat mamarazzi mengucapkan terimakasih padanya.

kalau ayah jumpa anak soleh tu,tolong sampaikan salam kak S n abg Megat pada dia dan juga mak ayah dia.
Assalamualaikum !

smoga Allah mencucuri rahmat pada anak soleh tu sekeluarga.
smoga anak soleh tu cmerlang dunia akhirat. amin.

sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
smoga jumpa lagi dimasa depan
kuasa Allah tak siapa tahu.

rindu kat mak n ayah.

ijoi said...

Salam ayahanda

Kami semua pun semakian rindu untuk ke sana.

CM said...

salam ayahanda

CM dah tahu sejak hari sabtu,perjalanan ke Utara tu...


Kak S,CM dpt info dr CL dia diekori dan ada yg sekondeng,hahaha,,noti arrr..sebenarnya CL sedar tau..


seronok sungguh baca kisah Kak S dan ayahanda..James Bond tu..

Che' Pit said...

"Laluan yang paling banyak traffic-light di Kedah.Laluan luarbandar.12 traffic-lights"

betul tu ayah.. masa CP ke situ hujung bulan lepas, mmg rasa pelik sgt.. jalan x sesak, jalan kg, tapi sikit2 trafic light, sikit2 trafic light..

mama ju said...

Salam Ayahanda..

Boleh tahan jugak ayahanda ni..ada gaya paparazi jugak...

Anonymous said...

Salam Ayahanda,

Terima kasih atas layanan baru2 ni..

tak tau nak cakap apa2. insyaallah kalau ada rezeki lagi nak pi duduk kat perpustakaan ayahanda...

:)

wassalam

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam YB,

Ayah belum jumpanya.Banyak budak2,yang mana satu.

Pertanda akan menjadi manusia mulia kelak.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam anaknda CL,

Dok tunggu respons CM.
CM ada cara tersendiri.
CM bertindak secara mission impossibble.
Ala James Bond.

Nanti akhirnya PDKM jadi detektif series.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam Kak S,

Tentu ada banyak rahsia yang belum terbongkar.

Pastikan suspens ada di mana2 episod.

Paparazzi turut membantu , jangan bimbang , beras banyak di Bernas.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam ijoi,

mai lah,tapi bertau dulu.Kalau tidak lepas saja.

wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam CM,

Ayah tau CM boleh mendahului waktunya.
Bukan senang nak sekodeng...hehehe.

Anaknda Nazir pun cekap.DiTERJAH kesana kemari.Dia boleh siasat sampai ke dasar laut.

Jangan kuathir missi PDKM makin hebat.

Bila nak TERJAH ke Sik,sila bagi tau.Nak pasti Jeha dan Lahuma are available.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam Che Pit,

Traffic-light banyak memang menyusahkan misi sekodeng CM.
Laluan akan tersangkut2 di lampu merah.

Tapi CM cekap menyelit.

Bila mai jengok2lah Jeha dan Lahuma.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam Mama Ju,

Yang jadi cekap tu,pasai ambil kursus kat CM kita.

Jemput juga mama ju ke teratak Jeha dan Lahuma.

wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam Naziramin,

Ayah berbangga dengan kegigihan mu . Memang benar kata2 orang tua : Diam2 ubi, berisi.

Nanti ayah bersihkan bilik kazanah ayah....kita sama2 lepak kat situ.

Malangnya banyak dah dibuang,kerana tak terjaga.Rosak di baham waktu.Dia pun macam kita juga.Bila sampai masanya,tak siapa boleh membantu.

Anaknda boleh kamceng dengan CL,ayah rasa membuat anaknda berdua cukup hebat.

Terjahlah ke Banggol Derdap.Kita bukan orang lain,dah menjadi keluarga.

Wassalam.

Ayah Zain said...

Salam Ayahanda,

ermmm PDKM nak jadi siri dektektif? yooyoyoyoma. Tp CM memang hebat giler. Betul ler kata si afeez, CM ada ilmu sang kelambai

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam Ayah Zain,

CM kita memang hebat.Nanti siri detektif muncul,kita akan ke Fantasy Island.

Kita akan bertemu dengan MR.Rourke dan penolongnya orang genit bernama Tattoo.Setiap awal series itu bermula dengan Tattoo menjerit kuat," The plane,the plane".

Siri tu hebat,dah tak der sekarang.
PDKM pun hebat.

Wassalam.

S said...

salam ayah,

kita jemput semua mai rumah ayah.
pasal beras jangan bimbang noohhh.
kami banyak beras.
kita masak nasi kawah ngn gulai kawah umbut pisang.

CP teringin nak makan gulai umbut pisang.orang Sik memang terer buat gulai ni. kalu mak yg buat mesti sedap.

malam boleh lepak dengar cerita ayah tentang masa zaman malaya.

rezeki said...

salam ayahanda

tentu pertemuan itu meninggalkan 1001 kenangan manis buat ayahanda , bonda dan cl serta nazir


pssss pak itam dh tau plan cl 2 hari sebelum kunjungan cl ke banggol derdap , tapi pak itam tak mau pecah lubang ngeh ngeh

Catatan Peribadi Rusyaini said...

Salam Ayahanda,

Amboi! Ayahanda pun nak jadi paparazzi jugak ke? Not bad! Gaya tu dah ada... teruskan ayahanda! Ni mesti CM dan yg lain tu ajar Ayahanda ye! Oh! nakal ye!

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam ayah zain,

insyaallah nanti ayah belajar buat skrip dialog dulu.

wassalam

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam kak S,

apa khabaq abg megat?

Memang gulai umbut pisang resepi utama orang ulu.

Insyaallah ayah jemput semua mai.Se guni beras pun tak habeh.Kita buat kenduri keluarga PDKM.
Malamnya biaq depa tidoq atas tikar mengkuang.
Malamnya biar depa mimpi CL kat makkah sana.

Kita hiborkan depa marhaban dari anak2 yatim.

wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam rezeki,

kalau you ada bersama lagi meriahnya.

wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anaknda 'catatan peribadi rusyaini',

kekadang ayah pun nootii juga.Macam cm juga.Sama2 ckgu.

wassalam.