Wednesday, January 27, 2010

DI HARI INI dan mungkin esok tiada lagi

GAMBAR INI IALAH HIASAN SEMATA.......UNTUK MEMBERI INGATAN SAJA


DI HARI INI dan mungkin esok tiada lagi

Hari ini I want to feel free.Aku nak releks minda ku.Aku nak renung jauh2 ke alam atas sana.Nak tengok beburung melayang2 di angkasa sana.Nak ku renungkan awan2 yang berarak ke sana ke mari.Ke hulu ke hilir.Pandangan ku tak dapat menembusi jauh kesana.Tapi di sana ada berbagai lagi.Macam2 makhluk ada .Cuma yang dapat dilihat ialah yang nyata saja.Mata hati boleh melayang lebih jauh.Tapi hakikat sebenar masih terlindong.Ku renung,ku renung.Selagi ku renung selagi kerdil ku rasai diriku.


Malam ini aku releks lagi diluar rumah.Dalam diri , aku memikirkan kebesaran Allah.Keindahan malam lebih teruja dalam diri.Bulan cerah menheningkan suasana.Ribuan bintang berkelip2 menakjubkan.Malam cerah beribu bintangnya dan bulan yang satu .Sebiji tahi bintang menjunam jatuh,kemudian hilang .Deruan angin malam mendesirkan bunyian dedaun bergeseran.Memberikan satu irama pada sebuah lagu yang tak bernama.Tiada ada gangguan malam.Apa nak ada di kampong dalaman.Tiada ada deruman kereta.Jauh sekali budak nakal merempit.Cuma ada bunyi cengkerik.Cuma ada seloka dari katak di dalam semak.Sekali sekala suara kuang bersambutan di rimba ..Sekali angin berembus,relaian daun2 kering berdesir bunyi gugur ke bumi.Itu kerja mak wan besok hari,menyapu dengan cakar besi.Mak wan cukup cemburu dengan daun2 kering di sekitar laman rumah.Kepada ku dia tak cemburu.Kerana dia tau,she is the only ‘wan’.The ‘wan’ and only one.


Embun jantan mulai menitik , sudah jauh malamnya.Tapi belum cukup larutnya.Ayam jantan Pak Long Wan Ngah belum mulai kokoknya.Aku ingin secawan teh O.Sudah tersedia di sisi ku.Mak wan melayani ku.Hanya kami berdua di umah usang ini.Anak2 semua di tempat kerja masing2.Tiba2 telepon berdering.Satu berita sedih.Seorang kawan ku pula meninggal lagi.Inna ilah…….rojiun. Aku menghitong mereka2 yang dah kembali dengan jejari.Tinggal tak berapa orang lagi.


Malam dingin.Aku tidur berselimutkan kain kemili.Aku bangun awal pagi,Alhamdulillah,aku masih hidup lagi.Mungkin ada telepon berdering lagi.Seorang demi seorang akan pergi.


QULUL NAFSIN ZA IKATUL MAUT




16 comments:

Ayah Zain said...

Salam ayahanda,

sedih pulak membaca bisikan hati ayahanda itu. Terus masuk ke dalam naluri ku. aku membayangkan yang aku juga sudah dipinggir senja tetapi masih terasa awal pagi.

Terima kasih n3 ayahanda yang mengingatkan aku bahawa aku bukannya di awal atau tenghari tetapi sudah meniti senja. Namun ...............

My Life said...

salam ayahnda

terima kasih atas entry nie..

shami2 said...

Salam ayahanda...

Sayu membaca tulisan luahan hati sanubari ayahanda....
Menusuk dalam jiwa..raga..anakanda
Sampai gugur air mata....tanpa diduga...

Hidup didunia ini terasa sungguh menyeksa jiwa..
ingin segera kembali padaNya..
dalam penuh redha..dan keampunan dariNya
Kapan kita semua akan kembali padaNya
Kalau saya yang usia muda ini tak tertanggung rasa...
Inikan pula ayahanda ...
walaupun kita berbeza usia...jejak kah umur saya keusia ayahanda ...
Mampukah saya menunggu lamanya masa..
Cukupkah masa yang ada buat beramal menampung dosa dan mendapat keampunan dariNya...

KAMATO said...

Salam Ayahanda, tulisan ayahanda cukup menyentuh, terima kasih memberi ingatan pada kita semua

sonata anak kancil said...

salam ayahanda - satu peringatan kepada saya agar ingat sape aku saya atas dunia ini....ntah bila2 masa kita boleh tiada...!

Kasmin said...

Salam ayahanda,

Sebak dan terpukul diri ni rasanya bila membaca n3 ayahanda yang ini.
Betapa kerdil diri ini rasanya dan tidak dapat menahan curahan airmata yang mengalir tapa disedari. Seperti ayahanda, saya yang muda ni dan semua pembaca tapa disedari menghitung hari juga entah bila dan dimana kita akan dijemput, apakah kita sudah membuat persiapan yang cukup? entahlah. Terima kasih ayahanda kerana memberi perigatan yang sangat halus tapi menyentuh disanubari.

rezeki said...

salam ayahanda

alhamdulillah, kita diberikan lagi nikmat pagi ini untuk menghirup udara di bumi Allah ini.

sesungguhnya kematian itu pasti datang, mungkin esok, mungkin lusa mungkin tulat, hanya Allah sahaja yg mengetahuinya

bila kita akan dijemput, tak kira muada atau tua, janji Allah tentang kematian itu benar

semoga kita dapat mengisi hari2 yang mendatang dengan keinsafan dan ketaqwaan, insyallah

semoga kembalinya kita nanti dalam keadaan tetap iman dan memegang kalimah "lailahailallah muhamadurasulullah" insyallah

Anonymous said...

Salam ayahanda,

n3 ayahanda cukup menyentuh hati hanis..hanis mendoakan semoga ayah & mak sihat & sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

p/s: ingin sekali berada di suasana malam seperti di rumah ayahanda....salam rindu

YB said...

Salam yahanda

satu per satu, saudaraku, rakanku, jiranku pemimpinku, pergi dahulu, tandanya aku akan menuruti kamu, cuma waktu belum ketemu.

S said...

salam ayahnda,

smoga kita mendapat husnul khatimah.
insyaAllah. amin.

Atikah said...

Salam ayahnda...

Sebak baca n3 ayahnda....

ijoi said...

Salam Ayah
Sy menangis membaca N3 ini. Sy menangis yah...

ijoi said...

Salam ayahanda

Khutbah Jumaat hari ni juga menyuruh bertakwa berkali2. Ingat mati, buat baik sebanyak2nya. 3 golongan, yg kanan, yg kiri, yg ke-3 (golongan para nabi, para soleh, sedikit amat golong mutakhir masuk)

Wan Rusyaini Wan Mohd said...

Salam Ayahanda,

Jangan la cakap macam tu. Sedih pulak Wan. Ya, kita semua akan dijemputNya satu hari nanti cuma belum tahu bila dan bagaimana.

Wan doakan moga kita semua ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin

Wan Rusyaini Wan Mohd said...

Salam Ayahanda,

Minggu ni tiga kali wan mimpi pelik. Pertama, Wan pakai jubah Mekah warna hitam, Wan peluk arwah nenek Wan. Sedih sangat suasana tu. Wan rindu sangat pada nenek. Nenek Wan tersenyum . Dia sihat dan ceria.

Kedua, Wan mimpi Wan pakai jubah putih, bersiap-siap untuk satu majlis, Jubah ada kesan darah di klain.

Ketiga, Wan mimpi semalam, Wan solat pakai telekung putih bersama-sama kawan-kawan masa kat U dulu. Yang imamkan solat adalah sahabat Wan iaitu Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman yang sekarang sedang belajar di UK sambung Phd bersama isteri dia iaitu kawan wan jugaj, Noraslina Jusin.

Adakah masa Wan hampir tiba?

Wan Rusyaini Wan Mohd said...

Salam Ayahanda,

Terima kasih kerana sudi ziarah blog wan (catatanperibadirusyaini.blogspot.com).Tak sangka Ayahanda sudi menjenguk wan di sini. Syukran Jazilan Kathiro