Wednesday, January 13, 2010

JAZAKALLAH KHAIRON KATHIRO

GATHERING BLOGGERS IKATAN DARI PDKM

4 hari dah berlalu.Nostalgia indah tercatit di setiap blog rakan PDKM.Baru pagi ini ayah membuat Le Tour menjelajah blog2 rakan / anaknda2 semua.Semua rasa gembira,alhamdulillah.Tidak terkira bagaimana nak perikan rasa indahnya.Terselit saja di sanubari,hanya boleh mimpikan sendiri2.Menceritakan peristiwa2 tak sama dengan perasaan yang tercetus dalam diri.

Meneliti gambar2 dari blog anaknda semua,mencerminkan ke tulus ikhlasan diri masing2.Perhatilah dan telitilah.Enak bukan saja memandang,tapi terasa cukup manis mencuitkan hati.Menanam kan satu memori yang tak habis2.Nampaknya kenalan kita di alam maya,sama saja di alam realitinya.Bukankah ayah dah kata 'kita semua dah lama berkenalan,sejak dari alam zuriat lagi.'Kita cuma TERlupa.Dan hakikat kita pun begitu.Bukan Melayu mudah lupa,tapi semua insan dah begitu.Allah sebutkan kita ni insan.Insan ertinya pelupa.

Binatang lebih pelupa dari kita.Tak kenal ibu dan bapa.Ibunya sendiri dibinikan.Anaknya sendiri dirogolkan.Hidup di kampong boleh memerhatikan semua ini.Kerana di kampong binatang2 ternakan di bela dengan bebas.Ayam,itik,lembu dan apa saja.Kita juga bebas memerhati gelagat hidup mereka.Pagi2 lagi boleh lihat anak kambing kerabat ibunya sendiri.Kita bimbang manusia bila menuju ke arah kebinatangan....nauzubillah,pohon Allah lingdungi kita semua.

Akhir kata Ayah dan mak berterima kasih banyak pada semua kerana sudi bersahabat dengan orang tua.Layanan mesra,senyuman manis,ucapan ikhlas dan menyediakan juadah2 yang istemiwa.Ayah dan mak dan anak2 dan menantu2 ayah makan cukup banyak.Di beri lagi bawa balik ke rumah.Guru ayah berpesan," makanlah banyak2,kalau ianya halal".

Tahniah pada presiden cikgu mas,hanis,kak noor,che pit dan semua AJK.Juga tak ketinggalan kepada photographer peribadi CL.Kamu semua berjaya.

JAZAKALLAH KHAIRON KATHIRO

WASSALAM

13 comments:

YB said...

Salam ayahanda,

Kalau yg tua gembira dah tentu si muda juga gembira. Harap ayahanda sentiasa gumbira (kata p ramlee)biar yg muda jua gumbira..allahuakbar.

S said...

salam ayah dan mak wan,

terima kasih pada Allah yang telah menemukan saya ngn mak wan.

sinomosa said...

Salam Ayahanda,

Sy hanya pandang ayahanda dari kejauhan saja..
Bukan sombong tapi segan rasanya..
Apa2pun salam ukhwah ayahanda dan mak wan..

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam YB
salam S
salam sinomosa
salam semua

Dalam minda ayah masih belom boleh mengkonsepkan wajah manis anaknda2 semua.Nama dan gambar wajah terpisah jadinya.Jadi terpilih2,yang mana satu.

Jadi nak mintak presiden kita tuliskan nama semua rerakan PDKM
di bawah gambar kumpulan dan juga group.Ini memudahkan buat semua.

Anyway thanks seribu kerana sudi singgah dalam le tour PDKM.

Ceria2lah selalu kerana agama kita Islam ialah agama optimistik.
Tiada unsur pesimis dalam diri Islam.

Anonymous said...

Salam ayah & emak,

Syukur kepada Allah ketemukan hanis bersama ayah & mak...gembira tak terkata...hanis minta maaf pada bonda sbb lewat p salam & jumpa bonda...hanis tak perasan langsung bonda masuk... semoga Allah ketemukan kita kembali selepas ini...

Umi Azuddin said...

Salaam ayahanda,

Saya ingin mohon maaf kerana saya juga hanya merenung ayahanda dari kejauhan sahaja dek kerana rasa segan yang menebal dalam diri untuk menyapa ayahanda. Namun saya sempat bertegur sapa dengan bonda yang sungguh peramah dan mesra. Alhamdulillah. Semoga ukhuwwah di antara ahli keluarga PDKM ini terus berkekalan. Amin.

Salam buat bonda.

VpeaceV

aznaz said...

salam ayahanda dan Bonda..

1. Jutaan terimaksih kerana sudi mai dari sik ke majlis PDKm nih..alhamdulilah..kami semua mendapat semangat yang kuat dari ayahanda
2. Juga jutaan terimaksih pada ayahanda kerana sudi membuat buat banner untuk anakanda..bersusah payah ayahanda ..terharu di bautnyer..insyalah.ayah taakan lupa dalam ingatan dan doa anakanada..
3. ayahanda adalah ikatan kuat pada kami sesama insan di dalam PDKm nih..moga alalh swt memebrkati ayah dan bonda ..

waslam

Wan Rusyaini Wan Mohd said...

Salam Ayahanda,

Wan seronok sgt jumpa ayahanda dan berborak pasal tepung pelita. Ingat wan tak? Wan rindu pada Ayahanda sebab perwatakan ayahanda macam arwah tok wan. Miss u!

Ada wan cerita pasal ayahanda dlm blog peribadi wan, http://catatanperibadirusyaini.blogspot.com

KAMATO said...

Salam ayahanda, moga kita jumpa lagi dilain masa

sonata anak kancil said...

salam Ayahanda - hari tu tengok dari jauh je ....kesungguhan dan kegigihan Ayahanda dari Sik , memberi semangat menjejaki Ayahanda.

Ayah Zain said...

Salam ayahanda,

Salam ceria kepada ayahanda
pertama kali az berbicara
di pagi jumaat yang mulia
moga ayahanda sihat sejahtera.

CL menyambut wajah ceria
CP pula bijak berpengacara
ayahanda bonda rasa gembira
anakanda pula tumpang bersama

Chik Att said...

Salam Ayahanda ...
Selama ni mengenali ayahanda melalui blog CL saja .
Betul tu ..... apabila zaman semakin beransur dan insan mula meniru tabiat binatang .... maka jalan kehancuran itu semakin dekat ..... Nauzubillah ..... moga kita menjadi umat yang tunduk dan patuh pada tuntutan-NYA....

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam semua anakanda sekeliannya,

Maaf ayahanda terlewat membuat 'le tour the blogs',dan lambat meng-update n3 dari blog sendiri.

8 hari berada di KL umah nanda ayah.Banyak kerja kat sana.Selepas gathering meninjau kedudukan anak ayah kerana baru diposting bertugas di Pandan Jaya.Then membuat rawatan kesihatan ayah dan mak kat anaknda angkat ayah kat Subang Jaya.Cuma sempat membuat 3 sessi rawatan dengannya.

Balik pagi ahad.Bas pula rosak kat Bidor.Melepak kat tepi lebuhraya 3jam.Nasib baik mak membawa bekal nasi dan mee goreng.Bas2 lain tak boleh beri laluan untuk para penumpang kerana penuh.Tapi nasib baik ayah dan mak dapat tumpang bas dari Melaka.Lain2 penumpang dok tunggu rezeki masing2.Nak tunggu bas dari KL lambat.Katanya bas2 hari tu semua beroperasi ke destinasi masing2.

Sembahyang jamak akhir kat Simpang Pulai.Anak ayah kat Sungai petani mai pungut ayah dan mak untuk balik ke Sik.Sampai umah 10 malam.

Terhibor ayah dan mak mendapat pengalaman baru....alhamdullillah.Rancangan Allah sejak azzali yang kita tak tau.....syukur selamat walaupun penat.Penat kerana umur dah tua.

Kalau nak bercerita,banyak ceritanya.Hingga bertemu lagi.

Dok tunggu bila rakan2 nak mai bersama CL ke Sik.Tolong beritau awal,takut ayah ke tempat lain.

Wassalam.