Thursday, January 21, 2010

IA MENGUSEK KU 'IN PERSON'


GAMBAR BLOGGERS PDKM ( SEBAHAGIANNYA SAJA)
THE HAPPENINGS : WHEN THE NIGHT IS OUT


Akhir2 ini ,biasalah dikatakan begitu.Tapi ia belum lagi berakhir.Ketikanya belom berakhir.Yang akhirnya ialah akhirat.Akhir yang tidak berakhir.Abadan-abada.

Kininya di sini.Kekininya aku meng-umpamakan diriku sebagai senja yang sedang merangkak ke malam.Dan malamnya menantikan senja.Senja berlabuh di pinggiran malam.Dan bila malam bertambah malam kuang berbunyi sayup2 di kaki rimba.Desiran angin mengusek kalbu yang gundah-gulana.Titikan embun malam menyejukkan bagaikan menghiriskan sampai ke jantung.Aku sedari dari lena yang tak menentu.Aku bingong memikirkan hidup yang cukup sekejap.Dalam persiapan yang cukup lama.Dan aku belum mengerti makna-makna yang tak jelas ertinya.Malam mengesot lebih berhati2.Banyak kewaspadaan.Meneliti dan merenungi.Menghisab dan membilang keping2an yang berselerak serata jalanan.Berterbangan di angin yang lalu.Menggayut pada setiap awan.Bukan di sini,di situ.


Tak lama lagi malam akan tinggalkan bibit2 syahdunya.Tak lama lagi malam akan menjauhkan diri.Malam bersepi bersama kegelapan yang akan dirinduinya buat sedetik cuma.Buat memori diri sendiri.Fajar menyinsing menyambut pagi.Malam pergi tanpa kesedaran diri.Tanpa hati ,tanpa budi.


PS: catatan buat diriku yang dah masak ketuaannya.
Ilham datang mengusek ku ‘in person.’

8 comments:

Ayah Zain said...

Salam Ayahanda,

waduh, tika dinihari membaca barisan ayat ayahanda ni terasa menusuk kalbu. Anakanda pun dah berada dipinggiran senja, tak tahu bila nak berlabuh.

Namun kini untuk berlabuh tidak kira waktu senja, waktu pagi,boleh, tengah hari pun boleh berlaku. Tak kira masa dah.

hajah zainab bt abdullah said...

Salam Ayahanda,

seperti kata AZ, waktu berlabuh boleh berlaku bila2 saja...cuma persediaan untuk berlabuh tu yang perlu difikir..

SiNoMoSa said...

Salam Ayahanda,

Tumpang singgah disini.
Salam ukhwah.

My Life said...

salam ayahnda.

waktu berlabuh ,berlabuh tanpa kita sedari....

Anonymous said...

Salam tuan,

I am touched!

S said...

salam Ayah,

hari lebih sihat?
Alhamdulillah.

begitulah sifat makhluk
sementara Al jadeed
tapi kematian adalah
satu permulaan
bukan akhiran.

saya baru 3hari kehilangan mak menakan dan pak menakan.

smoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka, amin.

Ayah Zain said...

Salam Ayahanda,

andai ku tahu bila sampai ajalku ...............,lagu unggu ni memnag menyentuh jiwa lah ayahananda

ya Allah ya Tuhan ampunkan dosa-dosaku

Hanis said...

salam ayahanda,
syahdunya n3 ayahadan nie...hanis mendoakan semoga ayah & mak sentiasa berada dalam lindunagn Allah hendaknya...& diberi kesihatan yg baik...

salam rindu untuk emak...