Monday, January 4, 2010

SETIAP AWAL TAHUN....






THAT BANGKAI : THE BIGGEST SHARE GOES TO THE RAJAS OF THE JUNGLE.

THEN COME THE VULTURES.

THE REMAINS ARE ONLY FOR THE LITTLE PEOPLES.




SETIAP AWAL TAHUN…..


Setiap awal tahun orang akan merungut.Nak buat adjustments sana dan sini.Mereka merungut tentang budget.Budget persekolahan anak2 umpamanya.Budget makanan,kerana barang naik harga.Yang tua2 pula,yang dah bersara berbudget pula tentang perubatan.Badan semakin lemah,mudah saja diserang penyakit.Menunggu ambulans yang lajunya berkali2 terasak kiri-kanan jalan.Membimbang jadinya,kerana takut pemandunya ngantuk.Lebih2 lagi jika mabok.


Bukan semua rakyat senang linang.Banyak yang papa kedana.Hidup merempat.Ini yang para pemimpin tak paham.Atau mungkin buat tak tau.Depa cuma syok dok canang,Negara kita maju.Mereka jarang sekali melencong ke hulu.Tengok dulu sebelum cakap.Jangan dok syok membuat kebajikan dengan wang rakyat.Nanti Negara jatoh bankrupt.Buatlah kebajikan dengan duit sendiri.Ni lebih lokek dari tangkai jering.Pemimpin lebih terok melayani nafsu mereka.Kereta baru,rumah baru dan bini pun baru.Itu tak salah,tapi belajarlah berkhenaah.Belajarlah bertawadhok.Susah nak dapat orang sebegitu di dunia yang dah sarat dengan ‘bangkai’.Sarat dengan risiko.


Manusia memakan’bangkai’ bagaikan anjing2 serigala.Bagaikan sang singa.Bagaikan pak rimau.Membaham dengan terpelahap.Dengan penuh biadap.Tanpa segan silu di persada dunia.Dunia nilainya ter kurang dari sehelai sayap nyamok.Kita cuma boleh melihat.Kita cuma boleh tengok.Tapi kita boleh berpikiaq menentukan yang mana orinya dan palsunya.Untuk dapat jabatan dan harta,mereka korbankan kebenaran.Dalam qalbu , mereka nampak kelabu2.Kebenaran berjerubu dan kelabu.Dajjal akan datang di ambang sore.Mengabui pandangan makhluk.Memikul surga neraka di kiri kanan.Dengan rakus memandangnya,mudah mempelahap tanpa ragu…..nauzubillah.


Di awal tahun.Di bulan Januari.Tahun depan datang lagi.Mungkin lebih hebat lagi.Tak sunyi , tak bermimpi , dah tau realitinya.Semestinya begini.

1 comment:

YB said...

Salam ayahanda,

Kalau sudah hidup bertuhankan kemewahan, segala pertimbangan berasaskan wang. Soalah tiada wujud erti ikhlas, adil, dan amanah difikiran.