Sunday, January 3, 2010

WHAT IS THE TIME MR.WOLF?


















WHAT ARE YOU UP TO


Masa terus berlari.Tanpa henti.Non-stop.Dulu dirasai masa tak sepantas larinya.Kini cukup pantas ia berlari.Itu rasa kita.Tetapi sehari kuantitinya masih 24 jam.Kalau lajunya bertambah,dah pasti masa itu berkurangan.Kalau lambat tentunya masa bertambah.Kan gitu lojiknya.Tapi tetap juga 24 jamnya.Apa peliknya? Peliknya kita rasa masa bergerak pantas.Seminggu rasa sehari.Sebulan rasanya seminggu.Kan gitu kita rasa.Time will keep on rolling.So,another new year is already here.Rasanya dia punya acceleration yang berganda.Momentomnya meningkat.Laju dan laju lagi.Sehingga tak sempat membuat sesuatu.Puas aku dok pikiaq.Apa makna semua ini.Allah bersumpah : Demi masa manusia adalah dalam kerugian.Sebab ruginya ,manusia cuba mengejar waktu.Lintang-pukang kita hambat-hambatan.Tak cukup waktu.Masa hilang begitu saja.Banyak kerja buat terbengkalai.Banyak tak memberi manfaat.Habis langsai.Tak sapa berkeupayaan menyimpan masa.Kelmarin tak datang lagi.Hari ni akan pergi hingga kesudahannya.Besok mari dan pergi.Cukup waktu pergilah ia.Kita pun akan pergi,kerana kita terikat dengan masa.Ada masa lahir dan ada masa mati.Kita akan pergi dan tak kembali lagi.Bila kita tak tau.Dalam sekejap masa 2010 dah pergi.Dalam sekejap masa 2011 dah muncul pula.Time waits for no men.Masa itu hidup,cuma manusia yang akan mati.So,jangan jolly masa.Time and time again,manusia juga yang lupa.Manusia diberi masa yang samarata.24 jam sehari.Semua memilikinya.Semua mendapatnya.Tak kurang dan tak lebih.

5 comments:

Imran Paris said...

Ayahanda, benar apa yg di kata, sepintas masa berlalu, kita tak mengerti apa yg diusahakan terkadangnya.

Masa tetap 24 jam, dulu saya sibuk, skrg ni lg sibuk dgn tugasan dan tanggungjawab. Bgmp pengalaman membuktikan kata2 ayahanda tu benar. Dulu wp kurang sibuk saya rasa masa berlalu terlalu pantas tak sempat buat apa pun kkdgnya, alhamdulillah kini, disebalik kesuntukan masa, saya usaha dekatkan diri dgn Allah, alhamdulillah masa terasa lebih pjg dan bermakna.

Ayahanda, betul kata ayahanda, kita selalu sibuk dgn benda yg tiada maknanya tiada manfaatnya hingga masa serasa begitu singkat. Yakinlah, jika kita cuba dekatkan diri dgn Al Quran dan Pencipta, masa 24 jam akan lebih terasa bermanfaat.

Pukul brp Datok Harimau...hehehehe

Lisa said...

Sesungguhnya hidup kita adalah sepatutnya "Demi Masa..".

Terima kasih di atas ingatan dan peringatan.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

anaknda imran,

Thank you for visiting my blog.
Allah Maha Adil.Demi masa everybody gets 24 hours a day.

Alhamdulillah,kita diberikan iman dan Islam.

Doa ayahnda utk sekeluarga...moga dalam kasih-sayang dan kecintaan Allah.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Dear ocean girl,

Thank you.
Doakan semoga sihat dan dapat kasihsayang Allah.

wassalam.

Umi Azuddin said...

Salam Ayahanda,

Semua orang dapat 24 jam sehari, yang membezakannya ialah KEBERKATAN masa tersebut...wallahua'alam.

VpeaceV