Wednesday, January 6, 2010

MENANTINYA HARI GATHERING


TODAY IS 6th JANUARY
WAITING FOR THE 10th
MENANTI HARI GATHERING


Ini cuma mimpi serakah seorang tua.
Ini juga igauan di bilik mandi.
Ini juga apa2 saja yang belum terjadi.
Merenung siang,merenung malam.
Menghafal dengan jari,membilang sejurus tadi.

Datang juga silih berganti .Hari2 begitulah.Hari berlalu penuh kesedihan.Kampong ku yang tenteram di datangi musang.Juga babi hutan bermaharajalela.Angin segar meniup sepi.

Tiba senja merangkak ke malam.Saat begini dan sepertinya akan terus berlalu.Kekadang bantaian angin meranapkan pokok2 tebu.Dedaunnya tersangkut di runtuhan senja.Inilah kisah dari halaman rumah ku.

Lama sekali buat ku berpikiaq.Mungkin sekali lagi akan ku lupai kan malam.Bila malam bertambah malam.Si galak mula berkokok.Punggok pula merindui bulan.Pengemis tua lena merengkok di jalanan.

Sampai kefajar aku tersedar dalam jaga.Aku tertidor dalam jaga.Rupanya siang bertambah pagi hingga ke tangahari.Sinar mentari membakar lagi.Cuma tinggal 3 hari lagi.

Hidup itu kefahaman tentang masa lalu,mengerti masa depan.Semua mimpi boleh dibawa kemana2.Itulah mimpi tanpa ketidoran.Jangan ulangi kesalahan yang lalu,terlalu banyak kesalahan di masa depan.

Berilusi di pagi , tengahari dan setiap hari.Andainya habis siang , malamnya datang sendiri.

3 comments:

manzlie said...

salam ayahanda..

anakanda az;ie juga memnghitung hari untuk bertemu dgn ayah..rasa tak sbar rasanyer..insyalah..moga aayah dan bonda siaht serta selamat sampai nanti disini..

waslam

My Life said...

salam...
dear ayahnda cik lie

insyaallah mudah-mudahan dipermudahkan semuanya....

مسافر_اسلام said...

Salam ayahda...seronok dpt jumpa dgn ayahda tempoh hari. Walau seketika kita bersua, tetapi amat baermakna.

syukran.