Gambar Di atas : Di kiri ialah Abang samad.
................................Penolong CL di Safwah.
MY AMBITION OR MY LAIBILITY
Umur seperti juga air yang mengalir.Umur seperti juga masa yang berdetik.Seperti juga darah yang mengalir.Cuma yang berbezanya ialah air ada pusingan kembalinya Begitu juga cecair darah akan kembali semula kejantung untuk membersih dirinya..Tapi masa cuma bertukar ganti.Umur terus meluru hingga roh dicabut keluar.Roh menepati masanya.Tiada terdahulu dan tidak terkemudian.Walaupun sesaat.
Manusia mempunyai banyak ambisi (ambition).Nak buat itu dan ini.Hingga lupa umur dah tua.Gigi pun dah tak dak lagi.Terlupa akan mati.Terlupa akan akhirat.Yang dahsyatnya terlupa pada Rabbul-Jalil.Jarang sekali manusia lupa pada makan.Jarang lupa pada harta.Tak lupa lansung pada takhta.Membuang air besar dan kecil payah nak lupa,sebab ada isyarat yang Allah beri.Lupa ialah satu penyakit.Sukar nak diubati.Lebih2 lagi jarang2 sekali mengingatinya.Yang dah jadi rutin,payah dilupai.Ia dah sebati.Lupa membuat kebajikan sangatlah malu.Membuat dosa menjadi seterunya.Ingat2lah selalu.
Tak enak telinga mendengar.Tak sedap mata memandang.Tak terlior bila dirasa.Bila dihidu tak juga berbau.Cubit2an tak juga dirasai.Bila tersepak tak rasa sakit.Mulut tak rindu nak berkata.Telinga tak berhajat nak dengar.Setiap hari menghitong waktu.Siang mengganti malam.Pagi meluncur ke petang.Jam menghitong minit.Minit dilengkapi dengan saat..Apa nak jadi semua dah jadi.Apa nak berlaku semua dah sempurna.Biar akhir qalam bisa melafaz asyhadu.Biar syaitan menggeletar pilu.
3 comments:
salam ayahnda,
smoga kita mendapat Husnulkhatimah.
InsyaAllah.
Salam Ayahanda,
semoga kita tidaklupa kepada yang maha mencipta, Allah Rabul Jalil.
semoga ayahanda n bonda dalam kesihatan sihat sejahtera untuk beribadah kepada Allah
semoga kita sentiasa ingat bahawa usia semakin pendek!
Post a Comment