Saturday, July 17, 2010

AKU BELA KERBAU

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Tu muka aku sejak tua ni.
Dulu anak kampong.
Mengaji di bandar.
Bandar Sungai Petani.
Bandar Tanjung Malim.
Cheras,Kuala Lumpur.
Pernah kerja di Kuala Kubu Bharu,Rawang, Jeniang dan last balik ke Sik.


Masa kecik dulu tolong ayah bela kerbau.
Tolong kerat rumput,kumpul bubuh dalam kenarang.
Bila kerbau kenyang makan rumput,aku bawa pi mandi.
Mandi di sungai.
Aku gosok dengan badan kerbau guna sabut.Masa dia berendam aku main2 atas belakang kerbau.
Aku cukup sayang pada kerbau ku.
Tak macam kerajaan sayang pada rakyat;penaik harga barang.
Aku tak pernah tipu kerbau ku;tak macam kerjaan tipu rakyatnya.
Aku pastikan kerbau ku hidup damai;tak macam kerjaan buat rakyat keluh-kesah.
Aku tak hantar kerbau ku ke sekolah,tapi aku naik belakang kerbau pi sekolah.
Macam kerajaan naik belakang rakyat.
Aku lupa sejarah kerbau ku bila aku pi ngaji di bandar.
Macam pemimpin lupa rakyat bila mewah dan kaya-raya.
Biar rakyat bodoh macam kerbau.


Salam melebar senyum..............srengenge pun bodoh macam kerbau,kalau dok pilih depa juga.

5 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ayahanda


apakah boleh rakyat 'mengkerbaukan' pemimpin????

Wassalam

Chik Att said...

Salam Ayahanda ....

Itulah kita org bawah bawah ni .... depa kenyang ...... kita yang ternganga ........

support@safiudin.com said...

Salam Ayahanda,

mampukah kita mengubahnya?

walaupun..

kita laungkan,
kita proteskan,
kita mogokkan,
atau apa jua yang kita lakukan..

kita masih tetap 'terkorban'

kita ni mentimun, pipit atau seumpama dengannya.

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan,

Tunggulah durian menjadi tempoyak,masa tu mentimun akan tenyeh 'cukup-cukup.'

Anonymous said...

Sdr Rozali, PRU 13 ni kita sama2 kerbaukan pemimpin zalim! Mesti boleh I.Allah.