Monday, July 5, 2010

AKU : THE GLOBE TREKKER

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Hari ni ku mulai secebis kisah lama.Kisah yang dah 60 tahun berlalu.
Kisah seorang budak hulu dengan gelagatnya yang tersendiri.
Kisah nakal dan adventurousnya.



(NOSTALGIA tahun 1950)

Aku masih di darjah dua . Aku dah mulakan 'globe trekker' . Paling jauh yang aku berani pergi ke Gurun . Dua kali naik bas , dua kali turun bas . Dari Sik menaiki 'The Yen transport Company' . Kepunyaan Nyak Gam . Bas kepala panjang , tempat duduk berkayu . Duduk sebelah menyebelah . Kona kiri orang kanan bangun . Kona kanan orang kiri juga turut terbangun . Naik sampai ke Kuala Begia . Kemudian kena naik feri ( rakit) ke seberang , ke pekan Jeniang . Sambung dari Jeniang ke Gurun naik The United transport Company ( UTC ) . Paling terkenal di masa tu sebagai bas Pak Salim . Sebelum sampai ke Gurun kena melalui satu kawasan paling bahaya . Dikenali sebagai kebun teh . Tempat masyhur dengan komunis . Pak Salim lalui sehari 2 kali sahaja . Dua trip sahaja . Gerun bila melintasi kawasan itu . Dah jadi trauma bila sampai kat situ . Muka jadi pucat . Badan menggeletar . Dan kote orang lelaki jadi kecut serta-merta. Yang pompuan pula mula nak terkencing . Pelik tapi benar .



Satu hari aku mintak pada mak aku seringgit . Dia tanya nak buat apa ? Aku kata nak gi Jeniang .Sebutan Jeniang pun aku belum betul lagi waktu itu . Aku sebut 'Geniang' . Nak buat apa kat sana ? Nak buat latihan globe trekker . Aku jawab bermaksud begitu la . Nak ikut Pak pilus . Pilus ialah dreber bas . Mak senang hati membenarkan aku pergi . Tapi dia pesan jangan mandi di sungai jeniang , kerana banyak buaya kat situ .



Pagi itu suasana jaong saja . Berbekal seringgit aku mula globe trekker ku . 15 sen tambang ke jeniang , bermakna aku perlu habiskan 30 sen untuk tambang bas pergi-balik . Aku rasa gembira macam anak Afrika dapat menaiki bas . Hebat macam orang boleh pi ke Mekah menaiki kapalterbang . Penumpang tak banyak . Perut bas Pak Pilus tak pun penuh . Aku dah tak perak ( bodoh) lagi . Bila sampai di Kuala Begia, aku turun . Disitu lah terminal bas . Berhenti dekat warong kecil kepunyaan Pak Mat Sampan . Pak Mat kenal aku , aku berkawan dengan anak2nya yang bernama Rais , Hijazz dan Ahmat . Pak Mat asal orang seberang .



Di warong Pak Mat aku minum kopi O (kopi asli) dan sebiji cucur kembong . Perutku berasa lega kerana tadi aku cuma makan sebiji cucur kodok . Aku dapati anak2 Pak Mat tiada di kedai . Cuma aku boleh berbual sekali sekala dengan Pak Mat . Dia sibok melayani tetamu . 15 sen aku bayar kat Pak Mat untuk kopi dan cucur kembong .



Lepas tu aku melangkah kaki ku ke Pekan Jeniang . Kena naik feri ( rakit) . Sampai di seberang sana aku rasa macam miami beach . Pantainya luas berpasir , dan di tepinya terletak sebuah sekolah rakyat . Bangunan kayu bulat . Dekat situ ialah pekan Jeniang . Di sungai penuh dengan feri ( rakit ) . Berpuluh-puluh . Rakit kehulu ke hilir membawa penumpang dari jauh . Rakit yang dijual di ponggah naik ke atas lori entak kemana di bawanya . Aku tak tahu ,kerana ilmu geografi ku belum sempurna . Aku lupa nak habar tambang naik feri . 5 sen sehala .



Di pekan Jeniang aku kehulu ke hilir . Bila berasa haus aku order ais kepai . Dua biji ais kepai aku balon . Sebiji 5 sen , jadi aku bayar 10 sen . Untuk mak di rumah aku beli 10 sen ikan tamban kering . Harganya murah dari Sik . Aku hitong2 ada 21 ekor tamban kering . Murah . Sedap digoreng , makan dengan pulut kukus dan kelapa parut . Orang Sik kata ‘nyor kuko’ . Aku juga beli roti akar nyior , warna merah macam akar nyior di lumur dengan gula . Keras . Aku juga beli rojak . Dibubuh dalam tin susu cap junjung . Diikat dengan tali buat macam tangkai . Harganya juga 10 sen . Aku kira duit ku . Aku cuma tinggal 5 sen selepas di tolak harga tambang bas dan feri , bila balik nanti . Lepas tu aku stop membeli .



Ikan kering di sebelah kiri ,roti akar nyior dan rojak di sebelah kanan , aku mengorak langkah . Aku akan pulang dengan bas pak Pilus . Aku harus sampai cepat , takut tertinggal . Tapi aku pasti Pak Pilus tetap menunggu ku . Aku terlebih dulu dah buat appointment dengannya .


5 sen yang aku buat saving . Aku bubuhkan dalam akaun tabung buluh ku .
SIKIT2 LAMA2 JADI BUKIT
Budak2 sekarang tak reti nak nilai 5 sen.


Salam melebar senyum……………srengenge berlagak macam Ian Wright dalam Travel & Living Channel 707

2 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ayahanda

catatan ayahanda tu separuhnya pernah saya alami

ais kepal
guna tin susu cap junjung
tabung buluh

he he
aman pd masa tu

Wassalam

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan,


"Classic Pak Cha."

Both of us really enjoy your impressive narration.