Friday, September 30, 2011

POKOK LETUP


 Inilah rupa pokok letup.....tumbuh subur di tepi tebing sungai........buahnya dijaga rapi dengan kelambunya........tak macam janggus , bijinya di biar keluar........semua bahagian menjadi ubat yang mujarab........tapi kini telah pupus.......di srengenge pun dah lama tak pernah jumpa......dulu di kawasan rumah cikgu Ya leman bercambah2 banyaknya.........kini wallahuaklam.




 Bila kelambunya kering itu tanda buahnya dah masak .....boleh dipetik untk di makan.....sedappp....baik untuk usus.........daunnya boleh dipetik dan celur sekejap untuk ulam sambal belacan..........orang tua2 dulu cabut pokoknya dengan akar2nya...........di rebus semuanya.......airnya dimunum untuk mengobat penyakit berak berdarah.


Cukup cantik buahnya.........fiber terbaik untuk usus............jagalah makanan supaya berak kita lawas........kalau najis tu 'cantik' menandakan badan kita sihat.........






ANTARA IBRAHIM LIBYA DAN MAT INDERA.....SELEPAS DAN SEBELUM MERDEKA


 Al-syahid Ibrahim Libya hidup kembali selepas Tunku Muzaffar Shah menulis Memali : A Policeman Remembers............kita perlu membacanya supaya sejarah tulin ditegakkan semula........sejarah perlu sangat ketulinannya.........mana boleh diandai2kan peristiwa yang telah berlalu..........betulkah arwah membawa ajaran sesat ?....astaqfirulah

Al-hafiz Mat Indera hidup semula selepas Mat Sabu mempertikaikan peristiwa di Bukit Kepong...........arwah pula dicap sebagai penderhaka dan di bunuh...........betulkah arwah seorang komunis ?........astaqfirullah

Antara arwah berdua............arwah Us.Ibrahim diserang oleh polis umno.........arwah Al-hafiz Mat indera menyerang polis british............satu berlaku selepas merdeka dan satu lagi berlaku sebelum merdeka






MEMALI : A POLICEMAN REMEMBERS



MEMALI : A POLICEMAN REMEMBERS by Tunku Muzaffar Shah
(Malaysiakini 29/9/11)



Seorang bekas pegawai kanan polis yang terlibat dalam peristiwa Memali mendakwa keputusan pegawai atasannya di Bukit Aman untuk menangkap pemimpin PAS Ibrahim Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya sebagai 'tidak bijak'.

NONEBekas ketua polis daerah Baling, Tunku Muszaffar Shah Tunku Ibrahim dalam bukunya 'Memali: A policeman remembers' berkata keputusan tidak bijak itu dibuat dengan campurtangan politik serta kerana memandang rendah ketabahan pengikut Ibrahim.

Peristiwa berdarah pada 19 November, 1985 menyebabkan kematian Ibrahim, 13 pengikutnya dan empat anggota polis, selepas percubaan kali kedua untuk menahan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Muszaffar menulis bahawa pegawai-pegawai tertinggi di Bukit Aman sepatutnya tidak menuruti arahan daripada pemimpin politik mereka dan menolak permintaan yang tidak selaras dengan norma-norma atau prosedur polis.

"Budi bicara dan tindakan polis tentang bagaimana mereka harus melaksanakan tanggungjawab perlu mengikut situasi pada peringkat akar umbi," katanya.

NONEPada masa itu, pihak polis diletakkan di bawah jagaan Tun Musa Hitam dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri. Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kejadian itu adalah perdana menteri.

Menurut Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada bulan Februari 1986, kerajaan cuba memberikan justifikasi bagi menangkap Ibrahim di bawah ISA dengan menuduh beliau menubuhkan Gerakan Revolusi Islam yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan persekutuan dengan kekerasan.

Walaupun Muszaffar tidak membekalkan apa-apa dokumen mengenai contoh campur tangan politik itu, katanya, Musa telah mengeluarkan arahan khusus semasa percubaan pertama pada 2 September 1984 untuk menangkap pemimpin PAS berkenaan.

NONEDalam buku itu, Muszaffar berkata Musa telah mengarahkan Bukit Aman untuk memastikan bahawa pihak berkuasa tidak menggunakan kekerasan semasa menangkap Ibrahim dan berundur sekiranya mereka menghadapi rintangan.

Dengan diketuai oleh ketua daerah polis cawangan khas, pihak berkuasa menuju ke rumah Ibrahim di Kampung Charok Puteh pada jam 2:45 pgi hari berkenaan tetapi berundur mereka dihalang oleh puluhan penduduk yang bersenjatakan buluh runcing dan senjata lain.





Thursday, September 29, 2011

SAHABAT KU......TULIS PASAI MEMALI







Kami sering berjumpa kerana sama2 bertugas di Kedah..................pernah jadi OCPD di Gurun dan di Baling..........dan Tunku terlibat secara langsung semasa peristiwa Memali.........dan sekarang Tunku telah menulis kes itu dalam bukunya MEMALI A POLICEMAN REMEMBERS.....Srengenge belum membacanya............syabas Tunku

ISLAM YANG BAGAIMANA BOLEH MENENTANG KOMUNIS ?









http://farm7.static.flickr.com/6156/6194466024_6ae5d58036_z.jpg

Oleh : Abi Salma

Majalah : Suara Islam (Suara Rasmi Parti Islam SeMalaysia), Bilangan 4, 15 Sya’aban 1377 H / 6 Mac 1958

Penganjur-penganjur, pemimpin-pemimpin telah menjadi kebiasaan mereka untuk bercakap dan berkata : Bahawa Islamlah yang boleh menyelamatkan kita dari komunis.

Sebagai orang Islam sebenarnya kita akui dan kita cukup tahu bahawa perkataan itu memang benar. Tetapi untuk memahamkan akuan itu kita harus tahu pula Islam yang bagaimana yang boleh menentang faham komunisme yang sesat itu.

Adakah Islam dengan ayat-ayat Al-Quran semata-mata yang kehendak-kehenadak, perintah dan ajaran-ajarannya tidak diikuti atau adakah Islam dengan hadis-hadis Nabi yang tidak diisikan dengan amalan dan tidak diikuti dengan perbuatan. Atau adakah Islam yang membiarkan rakyat hidup menderita, lapar, sakit dan jahil ? Maka dengan Islam yang seperti ini orang-orang menepuk-nepuk dada dan melaung-laung bahawa Islam boleh menyelamatkan rakyat dari serangan komunis ?

Kemudian kalau kita menung-menung dan amati-amati lagi maka kita dapati pula orang-orang yang menepuk dada dan menaungkan keagungan Islam untuk menentang komunis itu – setengah-setengahnya – sewaktu mereka membuat laungan itu mulutnya masih dan sedang berbau arak atau merekalah juga yang sentiasa kelihatan berkeliaran di dalam park-park. Tetapi merka sebaliknya tidak tahu jalan untuk ke masjid. Kalaupun kadang-kadang kelihatan mereka ada bersembahyang tetapi ialah semata-mata untuk menambahkan pembohongan kepada Islamdan kepada Allah.

Islam memanglah benar boleh menyelamatkan penganut-penganut samada dalam hidup di dunia ini atau pun di akhirat dan boleh menyelamatkan daripada kemungkaran komunis iaitu bila ajaran-ajarannya diikut dan diamalkan dan dilaksanakan seluruhnya dengan benar-benar dan amanah.

Tetapi sekiranya didikan dan ajaran Islam dibuang dari sukatan pelajaran sekolah. Sekiranya undang-undang Islam dihapuskan dari lapangan perundangan negara. Sekiranya aturan pentadbiran harat benda secara Islam dicampakkan dari masyarakat. Sekiranya rancangan pembaikan masyarakat yang diarahkan Isam itu diserang. Dan sekiranya keseluruhan Islam itu diketepikan dari pemerintahan, arahan dan pemimpinnya… Kemudian dilaung dan diagung-agungkan bahawa ‘’Islamlah yang akan menyelamatkan kita daripada komunis’’, maka ini adalah suatu nifak yang terang-terang, olok-olok dan suatu jenaka layaknya.

Firman Tuhan, maksudnya: “Dan Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah dusta.”





UNDILAH , JANGAN TIDO


" Malaysia sebuah negara yang cukup indah , tapi mempunyai bermacam-macam masalah"

UNDILAH , JANGAN TIDO

Pemimpin kita banyaknya syiok2 sendiri........self-indulgent.......cepat gayat apabila dijadikan YB.......mula nak itu dan nak ini........selepas hari mengundi lari ,lari , lari dari pengundi..........ada yang tambah isteri

Sejak dulu hingga kini asyik bermain dengan slogan dan gagasan...........banyak sangat slogan dan aku benci mengingatinya.............bila baru terpilih mulalah dengan cita-hatinya..........baik aku ungkit yang terdekat.........Islam Hadhari......bukan nak cari duit berjuta.......nak cari Shafie,nak cari  Gazali........koridor utara ,selatan dan timur........hampeh pun tak dak

Lepas mai jenama baru pula.....1Malaysia.....Rakyat didahulukan.......Pencapaian di utamakan......Pelan transformasi kerajaan GTP.......Pelan transformasi ekonomi ETP.......KPI........NKRA......Mansuh ISA.......blurr blurr blurrr...............semua itu menunjukkan weak government........weak people are not sincere.

UNDILAH , JANGAN TIDO
UNDILAH , JANGAN TIAM-TIAM

"Walau apa pun terjadi.......Malaysia negara kita......Malaysia perlukan kita semua"





BIODATA IBLIS

Nama : Iblis
Gelar : Laknatullah ‘Alaihi (semoga Allah melaknatnya)
Lahir : Sebelum diciptakan manusia
Tempat tinggal : Toilet dan rumah yang tidak disebut nama Allah ketika memasukinya

Singgasana : Di atas air
Rumah masa depan : Neraka Jahanam, seburuk-buruk tempat tinggal
Agama : Kafir
Jabatan : Pimpinan Umum orang-orang yang dimurkai Allah dan sesat
Masa Jabatan : Hingga hari Kiamat
Karyawan : Setan jin dan setan manusia
Partner dalam bekerja : Orang yang diam dari kebenaran
Agen : Dukun dan paranormal
Musuh : kaum muslimin
Kekasih di dunia : Wanita yang hobi telanjang dan pamer aurat
Keluarga : Para thaghut
Cita-cita : Ingin membuat semua manusia kafir
Motto : Kemunafikan adalah akhlak yang paling utama
Hobi : Menyesatkan manusia dan menjerumuskan ke dalam dosa

Lukisan kesayangan : Tato
Mata pencarian : Mencari harta yang haram
Makanan favorit : Bangkai manusia (ghibah)
Tempat favorit : Tempat-tempat najis dan tempat maksiat
Tempat yang dibenci : Majlis ilmu dan temat-tempat ketaatan
Alat komunikasi : ghibah (menggunjing), namimah (adu domba) , dan dusta


  Tipudaya:
1. Memoles kebathilan
2. Menamakan Maksiat dengan nama yang indah
3. Menamakan Ketaatan dengan nama yang tidak disukai
4. Masuk melalui pintu yang disukai manusia
5. Menyesatkan manusia secara bertahap
6. Menghalang-halangi manusia dari kebenaran
7. Berlagak sebagai penasihat


Kelemahan :
1. Tidak berdaya di hadapan orang yang ikhlas
2. kekalahan menghadapi orang yang berilmu
3. Lari dari suara adzan
4. Lari dari rumah yang dibacakan al-Baqarah
5. Menyingkir dari orang yang berdzikir kepada Allah
6. Menangis ketika melihat orang bersujud kepada Allah

http://www.kaskus.us/





Wednesday, September 28, 2011

NAMEWEE PULA KECAM UTUSAN


Dah lebih 2 minggu siang dan malam di dua bulan mulia utusan berperang dengan Mat Sabu.
Sebelumnya bom sana-sini pasai DSAI.
Kini Namewee jadi sasaran utusan.



Cari kawan biar seribu............tapi lawan jangan dicari............walaupun tidak sebulu , diam lebih baik dari berperi..........








ROTI PUNGKOQ



Dulu orang panggil roti benggali............orang benggali pun tak buat dah roti ni...........syarikat roti yang buatnya.............berbagai jenis........berbagai perasa..........tak sama roti dulu-dulu..........dulu tepong adunan pun bertaraf sebagai fibre, kerana kekasaran.....sekarang tepongnya cukup halus dan refined........tak sedap................sekali sekala saja jumpa fesyen lama.


Tadi aku dapat brand baru ..........isinya kasar tapi tak kasar macam dulu.......jenis ini pembekal aku dan aku panggil roti pungkoq.........sebab bila dikampoh dua dia nampak macam pungkoq..........sedap di cicah dengan teh O panas..............itulah selera orang tua.





TANAH AIR API DAN ANGIN






 Sapa yang buat tanah ? Tanah berapa lori yang hang contribute kat bumi ini ? Dah tu pasai apa bermegah sangat , sombong sangat............berlagak macam kita tuan bumi ini.........kalau tak mengaku Allah yang punya.....pi,pi,phorah.....nyah dari bumi ini




 Sapa yang buat air ?  Air berapa ribu gelen hang contribute kat bumi ini ? Setitik air pun tak boleh buat nak berlagak.......buatlah kata campor oksigen dan hydrogen H2o jadi air........awat tak buat..........buat kat tanah2 gurun , makmorkan tanah di sana



 Sapa pula yang buat api ( cahaya matahari) ?  Kalau tak dak cahaya matahari mampuih habis semua makhlok



 Tu angin ( udara) sapa punya bikinan? Dok hirup udara free setiap detik....tu pun dok jadi haprak lagi......berapa banyak dah hang supply udara kat bumi ni ?  supply kentut ada la........tu pun busuk hangit.

Tok sah lah dok berlagak dok kata undang2Allah tak sesuai di bumi ni..........dok cari pasai nak tertolak aqidah.........nauzubillah..........













Tuesday, September 27, 2011

NAFSU DUNIA MENGGUGAT AQIDAH

Dunia berada di zaman fasik
Zaman anak-cucu dajjal
Aqidah dipersenda tanpa segan-silu

NAUZUBILLAH...........



Karton ini pun memperlikan hudud
Bagaimana pula aqidahnya ?






Sejak 92 hingga kini PM masih tak terima hudud Allah...................astaqfirullah
 Ramai alim-ulamak berdiam diri.............tegorlah,walaupun pahit.








Monday, September 26, 2011

MANUSIA YANG SIA-SIA


 Ada berbagai pakej dalam hidup manusia.
Sejak dari azali telah ditentukan pakej masing2.


 

 Benih kita tak tau untung nasib diri.
Kita lupa keadaan semasa benih dulu lagi
Kita lupa semasa dalam perut ibu kita
Kita lupa semasa kecil dulu
Malah kita lupa hingga kini
Hinggalah kita diberi nama manusia ( orang yang sia-sia)
Kita dipanggil insan ( pelupa)
Inggeris memanggil human-being ( orang tak sempurna)
Kecuali dengan taqwa barulah kita ada nilai


 Tanpa taqwa we are nobody
Sedar2 dah ada dalam alam ini
Dah terikat dengan alam
Cantiknya alam ini
Akan ditelannya seluruh alam ini
Kumpul kekayaan
Nobat kuasa  walaupun di padang pasir
Bina istana besar
Bukan satu bukan dua
Nafsu dah jadi raja




 Tiada cantik seindah bahasa
Inilah surganya
Tentunya tergoda

Jangan biar dunia memasuki hati
Ia fana , ia tiada
Cuma ditayang sekejap saja
Menguji minda

Bodoh tua bila takut laksana hudud
Bodoh tua bila tak jemu dengan dunia
Bodoh tua jauh diri dari ulamak
Bodoh tua kalau ulamak jadi ular dalam semak








Sunday, September 25, 2011

CUCU-CICIT LAHUMA BERAKNYA SIKIT


 Tak lama lagi srengenge akan tinggal nama saja.
Pembangunan membawa perubahan............ya pembangunan fizikal
Mental,emosi,sosial akan melanda di segenap penjuru alam srengenge.
Hilang budaya lama,hilang struktur lama dan hilang segala2nya.
Cuma boleh merenung jauh bila bayu petang membawa berita.
Bila terang bebulan menghinggap di atas kepala.
Panas terik mantari akan menikam setiap lubang bulu roma.
Membawa kegilesahan dalam diri.
Tiada kedinginan bila berteduh di pepohon rendang.

Jauh sekali nak dengar siulan puyuh
Dekat dengan riuhan lagu gila babi.



 Dulu srengenge tersergam hudoh macam hantu
Dulu srengenge nadi hidup Lahuma dan Jeha.
Dulu srengenge ialah pusat pentadbiran seperti putrajaya



 Srengenge diapit oleh Bukit Si Enggang.......di sebelah timur........puncak tertingginya menjadi penentu kiblat arah Kaabah..........rumah2 batu menelan semua eko-sistem..........paku2 alam habis tercabut.



 Di sebelah barat ialah Banggol Derdap.........bukit yang tinggal banyak hantu jembalang.........sampai kini susah nak cari makan...........semua gagal.........jangan hendak mencidingkan pelandok atau landak........nak tembak babi pun susah nak kena..........beberapa tahun lepas babi menyerang masok kampong...........habis rosak tanaman ....dipatah,disodok dan di tenggala........habeh jadi haramjadah



 Ni rumah berkembar setingkat.......mahai nak mampuih...........macam rumah dalam bandar..........tak seorang pun anak-cucu Lahuma/Jeha mampu membeli............kami tak pandai tinggal di rumah batu........payah nak bela kerbau dan lembu..............seunit RM 170K

 Yang ni lagi kami tak mampu.............kembar 2 tingkat...........RM 270K..........duit sebanyak tu tak pernah kami pegang............duit ada cuma boleh menyara sesuap nasi dan setegok ayiak kopi...........dan bolehlah kami berak seketol taik setiap pagi...........kami berak tak banyak,kerana yang kami makan semua jadi urat dan daging................berkat yang Allah beri.

Jeha akan bertambah gila kalau masih hidup..........Lahuma akan membuatkan Jeha beranak berpuluh orang lagi...............besok kita turun ke bendang lagi.
















SEJARAH DI REVISED DAN REVISITED


 Dah baca entri aku yang lepas pasai sejarah ?
Bertajuk STOP
Kalau tidak saudara/ri perlu membacanya
Kerana entri ini ada hubungkaitnya




 Kalau dituleh oleh orang tak pernah dijajah dan tak pernah merdeka,sejarah menjadi jalai kangkong.
Menyalar ke sana-sini mencari makan.....masok parit,keluar parit.....tak tentu hala jelajahnya........motif sejarah harus menuju ke depan...looking forward........hikayat2 lama masyarakat dulu adalah looking forward.............sindiran halus , mendidik sepanjang zaman.....bukan untuk membodek dan menjadi barua pihak yang berkuasa,yang zalim




 Itik ni sayang pada anak2nya........menjaga dengan kasih-sayang........ia tidak looking forward,membawa anak2nya ketempat yang bahaya.............habis terjatuh dalam longkang kecuali seekor terselamat.......


 Sejarah ialah benih kemanusiaan...........terimakasih Mat Sabu kerana menyedarkan sarjana2 yang dah lama tidoq lena.........sehingga kangkong menjalar masok ke lubang hidung dan punggung...........sejarah dulu penting untuk kini........sejarah kini penting untuk masa depan..........dia ada follow-up.

Al-quran ialah contoh terbaik menulis sejarah.........cerita dulu yang membawa ke muka keadilan Allah Azawajalla........

Wallahuaklam.



















Saturday, September 24, 2011

DI SEBALIK SENYUMAN MANIS PRAMUGARI.......SAMBUNGAN 3




YANG DILAKUKAN PRAMUGARI PADA SAAT DELAY PESAWAT



 





Eh nakal ni ....main panjat sana sini



Ngapa pula dalam lot bagasi ni...........nanti jatuh susah







Bahaya ni............jangan nakal2 di tempat ini






Kalau tak bermain nanti boring pula




Kan benda tu bahaya








Lebih baik pergi jalan-jalan............posing sana posing sini