Gambar hiasan : ORANG MELAYU SEDANG MENGGALI KUBUR
Yang Menang dan Yang Tewas: Penyundalan Sejarah.
ENTRI ASAL DARI BLOG SAKMONGKOL
Kita
mahu ucapkan tahniah kepada Mat Sabu. Kerana telah berjaya
menggelabahkan orang UMNO dengan versi persejarahan Malaysia. Versi
sejarah yang di nyatakan oleh Mat Sabu dalam suatu ucapan ialah bahawa
bukan orang UMNO sahaja yang boleh mendakwa mereka berjuang menentang
penjajahan. Mat Indera yang mengepalai serangan keatas balai polis di
Bukit Kepong Muar pun adalah wira. Mat Indera pun menentang pendukung
pemerintahan penjajahan.
Pilihan
contoh yang di gunakan Mat Sabu untuk menyampaikan mesej nya, adalah
unfortunate. Sebab yang mati dalam serangan tersebut ialah polis Melayu.
Yang menyerang pula ialah pengganas bangsa Cina. Ia adalah resipi
perbalahan kaum yang cukup enak. Resipi ini kegemaran parti politik
seperti UMNO.
Pengunaan
serangan Bukit Kepong sebagai contoh dengan segera di gunakan sebagai
bukti bahwa Mat Sabu menyanjung komunis. Orang UMNO dan orang Melayu
semua tahu, Mat Sabu tidak melakukan demikian. Tapi ia mesti di
politikkan sebagai suatu yang besar kerana inilah peluang
UMNO menunjukkan ia merwirai dan menjuarai bangsa Melayu. Yang mati
ialah Melayu. Yang membunuh ialah Cina. Saya percaya, jika polis yang
mati itu berbangsa cina, mana Mat Sabu akan di biarkan.
Bagaimana
penentang2 Mat Sabu react? Mereka telah melakukan overkill. A series of
overkill bahkan. Versi persejarahan Malaysia oleh Mat Sabu di nyatakan
dalam suatu ucapan. Ucapan bukanlah suatu perlakuan akademik yang
teknikal. Jadi kenapa suatu ucapan mahu di beri layanan yang luar biasa?
Jawapan
nya ialah, ucapan Mat Sabu itu membawa implikasi politik kepada UMNO
sendiri. Ia nya akan menyebabkan KAJIAN SEMULA keatas peranan UMNO dalam
menuntut dan berjuang untuk kemerdekaan. Apa yang sebenarnya UMNO
lakukan? Tidak ada orang UMNO di tangkap British. Tidak ada orang UMNO
yang di penjarakan. UMNO menyudahkan larian yang di mulakan oleh parti2
lain.Pusingan terakhir yang UMNO sudahkan ialah sabsidi dari parti
politik lain.
Namun
oleh sebab sejarah di tulis oleh mereka yang menang, maka hanya peranan
UMNO yang di perbesarkan. Tapi UMNO lupa, bahawa di mana mana negara,
pengulang-kajian sejarah atau historial revision di lakukan. Pembukaan
dan perjumpaan Amerika sekarang di lihat sebagai proses penaklukan
keatas suatu bangsa yang di bunuh dengan penyakit, pencabulan, rogol,
rompakan dan keganasan. Mereka yang dahulu di lihat sebagai mangsa yang
tewas, hari ini di hidupkan kembali dan di beri tempat yang
wajar dalam sejarah. Mat Sabu melakukan ulangkaji persejarahan nya
sendiri. Mat Indera jangan di lihat sebagai CT.
UMNO
tidak boleh mengambil risiko peranan nya di sangsikan. Ini lah modal
politik mereka yang terbesar. Selagi UMNO dapat memonopoli peranan dan
kedudukan sebagai satu satu nya pejuang kemerdekaan, kesetiaan orang
Melayu keatas UMNO tidak akan goyah. Musnahkan monopoli tersebut, modal
terakhir UMNO mengekalkan legitimacy sebagai wkail mutlak orang Melayu
turut musnah.
Apa
perlu di lakukan? Celakakan Mat Sabu- itu misi baru penyokong UMNO.
Namun, dalam zaman ini dengan ujudnya kebebasan bersuara dan memberi
pendapat di laman web, mencelakakan Mat Sabu tidak semudah
ABC.Permintaan meminta Mat Sabu mohon maaf, akan di 'pantatkan'.
Dengan
membayangkan bahawa bukan UMNO sahaja yang boleh mendakwa mereka
sahajalah yang berjuang untuk kemerdekaan, asas kesasihan UMNO menuntut
kesetiaan mutlak dari terutama nya orang Melayu, akan musnah. Bangsa
lain sudah sejak 2008, mempersetankan UMNO. Jika kesetiaan mutlak UMNO
itu retak, dan kita tahu bahawa survival UMNO hari ini bergantung semata
mata keatas keupayaan nya ‘mengikat’ fikiran orang Melayu, masa depan
UMNO itu sendiri amat muram. Menyedari perkara ini, UMNO sudah bertindak
dengan overkill.
Suatu
cara yang mudah ialah mengkomuniskan Mat Sabu. Overkill yang di lakukan
ialah melibatkan PAS bersekali dengan Mat Sabu. Jadi kita lihat
percubaan meluaskan pendirian Mat Sabu sebagai juga pendirian PAS.
Disini lah kebodohan penentang Mat Sabu. Ianya meletakkan PAS, yang hdup
mati politik mereka ialah Islam sebagai penyokong komunisme? Mana lah
ada kebodohan yang melebihi ketongongan yang mahu meletakkan PAS yang
bergerak atas landasan Islam sebagai penyokong komunisme? Adakah
UMNO mempunyai cukup bekalan mempertahan dakwaan mereka bahawa Mat Sabu
dan PAS itu penyokong komunisme? Kepada saya ini overkill yang UMNO
tidak akan menang.
Kemudian
kita ada cara muslihat yang menjadi kesukaan pihak lawan yang kehabisan
modal penghujjahan. Discredit keperibadian lawan mereka. Maka kes moral
Mat Sabu yang lama, di siarkan kembali. Nyonya mercenary Jocelyn Tan
dari akhbar star mengungkit kembali kes khalwat Mat Sabu seolah olah kes
tersebut akan menghapus kontroversi dan ancaman keatas golongan
berkuasa. Apa pun yang boleh di fahami dan di terjemah dari kes khlawat
Mat Sabu itu tidak bermakna Mat Sabu tidak mampu memberi kredibiliti
keatas versi sejarah Malaysia nya. Mat Sabu’s morality issue does not
destroy the possible legitimacy and validity of his version of history.
Ertinya, walaupun kita cuba mendiskreditkan peribadi Mat Sabu, ianya
tidak akan menyekat kesangsian umum keatas monopoli puak UMNO keatas
sejarah Malaysia. Tambahan pula, membawa isiu moral kedalam perbincangan
politik akan mendedahkan pimpinan UMNO kepada isiu yang serupa. Dalam
keadaan ini, pemimpin UMNO harus menyedari signifikens perpatah
Inggeris- mereka yang mendiami rumah kaca, jangan membaling batu. Cerita
moral pimpinan UMNO lebih dari 30 juzu’.
Masuk
pula Dr Mahathir ke dalam gelanggang. Dr Mahathir telah hentam PAS
kerana menghina Tunku Abdul Rahman. Kita sedia maklum, dalam soal
menghentam Tunku Abdul Rahman, bidang ini di kuasai oleh Dr Mahathir. Dr
Mahathir lebih dahulu menghentam Tunku Abdul Rahman dan biasa nya
condemnations keatas Tunku di lakukan oleh Dr Mahathir diatas pentas
PAS. Ketika itu , Dr Mahathir senditi tidak laku dalam UMNO. Hari ini Dr
Mahathir membela Tunku dan kondem PAS kerana mengangkat martabat
pejuang kemerdekaan yang bukan dari UMNO.
Tapi
bila Dr Mahathir menyetujui bahawa Malaysia tidak pernah di jajah,
sekali lagi, Dr Mahathir sebenarnya kondem Tunku. Sebab jika negara kita
tidak pernah di jajah, maka peranan Tunku dalam mencapai kemerdekaan
negara tidak ujud. Jadi perdana menteri kita yang pertama
sebetulnya tidak ada peranan apa apa dalam ‘kemerdekaan’ negara kita.
Oleh yang demikian, bagaimana Tunku Abdul Rahman boleh bergelar
kemerdekaan sedangkan ‘peristiwa merdeka’ itu sendiri tidak ujud.
Bagaimana Tunku jadi bapa kepada sesuatu yang tidak ujud? Bila
Dr Mahathir kata kita tidak pernah di jajah, dengan sendiri Merdekah!
UMNO itu suatu pembohongan dan helah UMNO untuk terus menghamba-abdikan
minda orang Melayu.
Hanya
untuk menundukkan pendapat Mat Sabu, kita sanggup menggadaikan maruah
dan prinsip? Kita jadi politikus dan professor pelacur? Kita sanggup
mengatakan bahawa negara kita tidak pernah di jajah dan kerana itu,
sesiapa dan mereka yang berkorban nyawa mempertahankan sebuah negara
yang tidak pernah di jajah itu apa? Kita menipu untuk membolehkan kita
berkata mereka adalah loyal subjects negara dan yang membunuh mereka
adalah petualang?
Kita lakukan ini semua, hanya untuk membuktikan perkara ini? Dimana moraliti pimpinan UMNO? Dimana sense of self respect kita sebagai orang Melayu? Tokoh2 pejuang kebangsaan Melayu yang kita agung2kan dan kita politikkan ketika masa runcing dan genting sebetulnya petualang?
Jika
Malaya tidak pernah di jajah dan zaman pemerintahan Inggeris sehingga
1957 menjadikan Malaya sebuah protectorate, maka semenjak tahun 1946,
yang di perjuangkan UMNO itu apa sebenarnya? Apa peranan UMNO sebetulnya jika demikian? Running dog atau anjing lumba untuk imperialism Inggeris?
Politikus UMNO dan professor penyokong nampak nya menggali lubang yang lebih besar untuk UMNO.
UMNO
itu dan UMNO ini. UMNO memperjuangkan kemerdekaan. Demikian bunyinya
fakta yang di tanam dalam benak kita. Buku sejarah pula membenarkan
fakta tersebut. Professor pula mempertahankan fakta tersebut.
Tetapi
tiba tiba, kita di beritahu, Malaysia , Malaya dan Tanah Melayu
sebetulnya tidak pernah di jajah. Perkara ini di nyatakan oleh seorang
bekas professor UM. Pendapat tersebut turut di sokong oleh Dr Mahathir
yang di anggap sesetengah orang, masih lagi PM Malaysia. Kepada saya,
kenyataan mutakhir Dr Mahathir mengenai kemerdekaan kita, mengonfirmkan
tanggapan saya, bahawa sesungguhnya Dr Mahathir sememangnya, boleh
berjalan di atas permukaan air. Like Jesus, he can walk on water.
Ini
menyebabkan semua orang berfikir. Adakah UMNO menipu kita selama ini
dan deskripsi bahawa kita di jajah sebenarnya suatu pembohongan UMNO
yang di perpanjangkan oleh UMNO untuk menghamba abdikan fikiran orang Melayu?
Tidak
ada perkara yang lebih menyatupadukan orang Melayu selain daripada
meyakinkan mereka, bahawa mereka berjuang untuk kemerdekaan. Tapi UMNO
kata kita tidak pernah di jajah. What does that make UMNO? UMNO adalah
Don Quixote yang menjadikan penjajahan kincir angin yang di khayalkan
sebagai seekor naga zalim.
Jika
British hadir hanya untuk memberi perlindungan dan memainkan peranan
sebagai sheriff, kita tidak ada pilihan lain daripada memperakui bahawa
selama ini, Tanah Melayu adalah sebuah negara atau koleksi negeri negeri
yang sovereign. Jika ini pendirian UMNO yakni selama ini, semenjak
British datang ke Tanah Melayu , negeri Melayu semua adalah sovereign
states, maka semua mereka yang berkhidmat dan bermatian untuk negeri
negeri tersebut adalah pendukung negeri negeri yang sovereign. They were
loyal subjects dan sesiapa yang membunuh loyal subjects adalah
pengkhianat.
Maka
demikian, celaka sungguh lah UMNO. Tok nenek saya dari Tembeling dan
Tebing TInggi yang bertombak dan berlembing melawan Inggeris semua
adalah pengkhianat rupa rupa nya. Mat Kilau, Mat Kelubi, Bahaman, Tok
Gajah, Tok Janggut, Pa Andak Endut dan Maharajalela semua adalalah
pengkhianat?
Jika
demikian, apa sebenarnya peranan UMNO dalam sejarah orang Melayu? Jika
ia tidak pernah berjuang untuk kemerdekaan kerana kita tidak pernah di
jajah dan para pemimpin nya memperakui hal demikian, maka UMNO
sebenarnya tali barut imperialism Inggeris.
UMNO
merupakan the biggest apologist keatas penaklukan Inggeris keatas
negara kita. Ini juga bererti UMNO itu pembelot bangsa Melayu yang
membuli bangsa Melayu tapi amat bongkok tunduk nya kepada kuasa
imperialis seperti Inggeris.
Ianya
membuat saya berfikir adakah Dr Mahathir juga pembhong besar- sebab
untuk beberapa tahun ketika saya hadir ke Perhimpunan Agung UMNO, Dr
Mahathir sebagai presiden akan menyebut dalam ucapan dasar nya, umat Melayu telah di jajah selama 400 tahun lebih.
Sekarang Dr Mahathir kata, kita tidak pernah di jajah. Adakah perlakuan
demikian menjadikan Dr Mahatihir running dog and greatest apologist for
modern day imperialism?
Adakah
kita rela menjadi intellectual hypocrites semata mata mahu disprove dan
discredit Mat Sabu dan deny Mat Indera kedudukan yang respectable dalam
sejarah Malaya? Ini intellectual dishonesty yang paling tinggi. Gelaran
professor kepada mereka yang sanggup melakukan silap mata seperti ini
harus di tarik balik.
Kekeliruan
yang terbit dari kontriversi cetusan fikiran Mat Sabu telahpun
menyebabkan kesan yang saya khuatir akan terjadi- yakni ia menyebebakan
wholesale review keatas peranan dan sumbangan UMNO di dalam merdeka
tahun 1957. Maka dari tahun 1957 sehingga 1963 apabila Malaysia di
tubuhkan, tahun tahun tersebut tahun apa? Adakah ianya Penjajahan dalam
bentuk yang abstrak yang di cipta oleh pimpinan UMNO. Adakah UMNO penipu
terbesar kerana memanjangkan penipuan dan pembohongan kita di JAJAH?
Tujuan UMNO tidak lain dan tidak bukan untuk menjadikan orang Melayu itu
bergantung kepada nya dan menghamba abdikan fikiran orang Melayu.
No comments:
Post a Comment