Friday, September 9, 2011

Penghargaan Untuk Mat Sabu: Balu Polis Bakal Nikmati Tunggakan Gaji & Pencen

Keberanian Mohamad Sabu buka mata kerajaan


KOTA BHARU : Ketika Umno dan juaknya menghina Mohamad Sabu kerana menjulang pejuang kemerdekaan, di satu sudut lain pula tiba-tiba keluarga anggota polis yang terbabit peristiwa Bukit Kepong baru dijengok kerajaan.

Tanpa usaha dan keberanian Timbalan Presiden PAS sudah tentu keluarga atau waris anggota polis yang terbabit dengan tragedi itu tersisih sehingga sekarang.

Bagi peguam hak asasi manusia, Mohammad Faizal Che Yusof Umno membohongi rakyat kononnya hanya usaha merekalah kemerdekaan negara dicapai........(.munited)


JPA selesai kes balu polis tidak terima pencen dalam seminggu


ALOR SETAR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menyelesaikan kes seorang balu anggota polis yang tidak pernah menerima pencen semenjak kematian suaminya pada 1962 dalam tempoh seminggu.


Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) JPA, Datuk Yeow Chin Keong, berkata walaupun kes berkenaan sudah lama, namun ia tidak menjadi masalah kerana rekod perkhidmatan anggota polis berkenaan, Syed Omar Syed Yasin boleh disediakan semula.


"Kita akan usahakan juga untuk sediakan semula rekod berdasarkan dokumen asal dan temuramah dengan balunya. Proses ini dijangka selesai dalam seminggu dan bayaran boleh dilakukan dalam tempoh 48 jam selepas itu.


"Apa yang perlu dibuktikan ialah perkhidmatan, tahap gaji serta jawatan dia sewaktu bertugas dan juga buktikan pertalian balu dan arwah," katanya kepada pemberita ketika melawat keluarga balu anggota polis berkenaan, Sharifah Aminah Syed Ali, 83, di kediaman mereka di Taman Nakishah, di sini, hari ini.


Beliau berkata, bagi kes terbabit, Sharifah Aminah layak menerima tunggakan bayaran pencen terbitan bermula 1 Januari 2002 kerana dia berkahwin semula kira-kira enam tahun selepas suaminya, Syed Omar meninggal dunia.


Yeow berkata, buat masa ini pihaknya masih belum dapat menganggar jumlah pencen yang bakal diterima Sharifah Aminah kerana proses perkiraan perlu dibuat selepas JPA siap melengkapkan rekod perkhidmatan Syed Omar.


Semalam, Bernama menyiarkan laporan mengenai Sharifah Aminah, balu kepada seorang anggota polis yang mendakwa tidak pernah menerima pencen sejak kematian suaminya itu kira-kira 50 tahun lalu......GB






No comments: