Saturday, September 10, 2011

LAUKNYA SIMPLE TAPI MENYELERAKAN


DENGAN NAMA ALLAH,99 SEMUANYA

Makan hari ni lauknya tak hebat
Simple saja
Very simple
Untuk memenuhi selera orang dulu2
Yang lama tinggal di puncak srengenge




Uhoo Uhoo ikan lampan bakar dengan sabut kelapa..........lebih sedap lagi gunakan kayu rambutan.......lebih sedap lagi bagi orang sekarang ialah guna arang kayu bakau..........tapi yang terlebih sedapnya ialah bakar dalam buluh lemang........tapi sapa sanggup buatnya , mengorbankan banyak masa



Ada cicahan biasa ...........sedikit belacan tulin yang dibakar dahulu........buah tomato dan asam limau nipis asli



Ulamnya ialah petai rebus dan timun rapuh............ulam dedaunan tak sempat di cari dan di petik.......sudah semestinya enak berulamkan pucuk setang muda ataupun daun tepus kesing



Yang inilah yang boleh menggegarkan nafsu makan..........cabai melaka jeruk sekali-sekali di sumbat dalam mulut yang tak serik untuk menerima suapan.

Alhamdulillah , syukurnya nikmat yang Allah berikan untuk kita.........

Saalam melebar senyum





2 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ayahanda

ikan lampam..mengimbau tahun 70an
dimana nak cari ikan lampam kat KL ni.......

kayu rambutan ...baranya tahan lama..

Wassalam

shami2 said...

Salam ayahanda

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Hidangan ringkas menyelerakan
baik untuk kesihatan.