Monday, September 12, 2011

INI SATU BUKTI KITA DIJAJAH BRITISH

Kita bersatu dalam negara-negara komanwel kerana kita pernah dijajah oleh British
article

Commonwealth-Flag.png Komanwel atau Negara-Negara Komanwel merupakan suatu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (dijajah oleh Portugis). Bukan semua ahlinya mengiktiraf permaisuri British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai monarki tersendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.

Sejarah


Komanwel adalah lanjutan kepada Empayar British dan ianya lahir daripada Konferen Imperial pada akhir 1920an. Selepas negara-negara jajahan British mencapai kemerdekaan, komanwel telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan British ini.





No comments: