Friday, September 16, 2011

ALAMAT HARI NAK SIANG







Tengah malam sudah terlampau
Dinihari belum lagi tampak
Budak-budak dua kali jaga
Orang muda pulang bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik-rintik
Berbunyi kuang jauh ke tengah
Sering lanting riang di rimba
Melenguh lembu di padang
Sambut menguak kerbau di kandang
Berkokok mendung merak mengigal
Fajar sidik menyingsing naik
Kicak kicau bunyi murai
Taptibau melambung tinggi
Berkuku balam di hujung bendul
Terdengut puyuh panjang bunyi
Puntung sejengkal tinggal sejari
Itulah alamat hari nak siang

Ulasan
Bila malam bertambah malam ia akan diganti siang, sebenarnya ditandai oleh alam yang sering berinteraksi
mengalu-alukan serta meyambut kebesaran kekuasaan Tuhan seru sekalian alam.

Baik haiwan, mergastua, cuaca serta kejadian yang lainnya dengan meriah menggunakan
cara masing-masing menyambut ketibaan datangnya siang mengganti malam. Apatah lagi
insan yang juga turut memberikan tanda-tanda akan datang tersebut.

Puyuh, taptibau, balam, terkukur, panggang pakuh, sering lanting, kuang adalah jenis-jenis
burung yang kini sudah jarang kita temui malah kadang-kadang tidak lagi kita kenali.
Haiwan dan mergastua ini diantaranya terdapat dalam lirik puisi yang dimaksudkan.

Petanda hari nak siang memberi rasa kepada kita supaya mencintai alam dan memberi
ruang rasa kepada kita untuk turut menyumbangkan bakti kepada kehidupan sejagat.

Renungilah pada petanda2 yang ujud di sekeliling kita saban hari , adakah malam akan diganti siang atau apa sebenarnya tanda2 itu akan memberi kita ransangan untuk mendapat nafas baru selepas bergelumang dengan malam yang hitam pekat.

Sebenarnya lirik puisi diatas mempunyai nada yang cukup sinis.....cuba bandingkan dengan situasi kita sekarang........

wallahuaklam






1 comment:

Anonymous said...

ada ayat2 yg tertinggal ,