Sunday, August 31, 2008

SEMBAHYANG TERAWEH GOPOH PRR-PRR-PRR

Sembahyang ni dia syurga dunia yang paling nikmat - Ialah sembahyang.
Sebab apa bila sampai pada kita tak nikmat? Sembahyang tak sedap? Bergagah sahaja? Tengok sembahyang terawih nak sampai 20 tak larat menggeliat. Sebab apa?
Sebab kita ada penyakit. Orang tak ada penyakit bukan setakat 20 rakaat, ribu rakaat orang boleh buat. Wali waliyullah, wali waliyullah, boleh sembahyang, boleh sembahyang beribu-ribu rakaat. Kita? 20 rakaat pun bergagah. 8 rakaat pun bergagah, sebab kita ada penyakit.
Penyakit apa?
Bukan kencing manis, bukan darah tinggi. Penyakit dalam hati. Jahil. Kotor hati kita.
Sebab tu tak sedap. Tak sedap. Macam orang.. bila orang hidang makanan, sedap setara mana pun, dah dia ada penyakit, penyakit demam, pening kepala, loya, beri makan makanan apa pun,lauk apa pun, kambing masak khurma pun, tak sedap. Sebab apa? Sebab dia ada penyakit. Cuba orang yang tak ada penyakit. Dia mamah kepala-kepala. Sebab dia tak ada penyakit.
Begitu juga sembahyang. Orang yangtak ada penyakit nikmat. Sebab itu tuan-tuan kalau kita dok bergagah bergagah bergagah sembahyang, tak jadi apa. Nak macam mana cara? Berusaha bagi sembahyang tu sedap. Berusaha bagi sembahyang tu seronok. Macam tak puas 20 ni. Kalau boleh terawih 40 pun tak pa aku. Siapa pun tak berani nak sebut yang ni. Tak berani.
Yang dok sebut la ni 8, 20, 8, 20. Dak kot cari kot-kot ada khilaf 4 tak ada ka? Kot-kot khilaf-khilaf dhoif-dhoif pun jadilah, boleh pakai lagi. Tak ada dah.
Sebab apa kita tak pergi ke arah situ? Kita tak syok. Tak sedap.
Jadi maknanya macam mana?
Sebab kita buat ibadat - gitu- buat… musim terawih, kita buat, musim terawih, kita buat. Tak jadi sembahyang tu ditunggu-tunggu.
Sembahyang ni satu benda nikmat, satu benda seronok. Barulah kita tak bergagah, kita puas boleh buat. Puas. Muka pun rajin. Jadi tak ada masalah.
Jadi untuk selesai masalah ni, tuan-tuan, kita kena bersih hati kita. Kita kena sedar diri kita. Kita kena ingat nikmat Allah Ta’ala yang bagi kepada kita banyak. Kita kena ingat amal-amal yang kita buat tak banyak mana, ni peluang untuk aku kumpulkan pahala sebanyak mungkin yang boleh. Kena fikir itu semua.
Kena berusaha benda ni, barulah nak jadi.
Bertaubat daripada segala dosa-dosa. Yang macam kita belajar inshaallah kita boleh dapat semangat balik. Sebab tu kita letak dua, macam tafsir tu, tu dia nak semangat kita balik. Sebab kita tak sedar diri kita. Kita tak faham diri kita macam mana. Sebab tu kita tak kenal Tuhan kita. Tak kenal Tuhan kita.
Lagi satu kita laa ni sihat. Boleh berjalan, boleh ruku’, boleh apa.
Terkedang atas katil - ngap ngap ngap tak leh buat, masa tu baru hang nak tepuk dahi. Nak tepuk dahi. Laa sihat, sembahyang terawih pun malas. Bukan nak sembahyang sangat, bergagah sahaja.
Buatlah tuan-tuan sekalian. Lawan-lawan sikit malas tu. Lepas tu ajar-ajar bagi jadi sedap. Sedap. Jadi sedap. Bagi jadi nikmat. Tak sedap, hati kita ada penyakit. Hati kita ada penyakit. Bagi nikmat.
Sebab tu, tok-tok Imam terawih pun baca janganlah kalut sangat. Nak sedap macam mana, tak tahu prr prr prr. Menatang apa dia baca tak tahu. Tak tahu apa. Mana nak mari sedap. Dia gaduh. Pelan-pelan. Apa makna terawih? Berehat-rehat. Pelan-pelan baca. Hayati. Ni nak hayati lagu mana, sampak tak tahu apa prr prr prr…dhooolllin. Sedar-sedar dhooolllin dah.
Tak kira panjang pendek, tak kira apa semua. Tak nikmat. Kita gaduh nak ke banyak. Selalu saya habag banyak kali dah. Apa pun, kita bukan nak kira nak sempurna, nak bagi banyak. Fesyen kita lagu tu. Lailaaa……………..qadiirrrr. Janji sepuluh. Betul tak betul tok sah kira. Perangai tu dok bawa lagi. Sampai ke terawih. Janji 20. Cucah cucah cucah tak pa. Bukan kira lagu tu. Nak buat sempurna.
Kita buat ni nak apa? Nak pahala. Nak pahala. Sembahyang untuk apa -
Inassholaa tatan haa ‘anil fahsyaa iwal munkar.
Sembahyang itu mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran.
Kalau sembahyang kelam kabut macam tu, dia boleh jadi benteng kat kita ka? Satu. Dia boleh bawa kesan pada peribadi kita kah? Boleh bawa kesan pada akhlak kita kah? Tak boleh.
Sempurna sembahyang. Jangan kalut. Nak balik buat apa di rumah? Yang gaduh nak balik sangat ada apa di rumah? Televisyen? Lambat-lambat sikit pun tak apa. Tu saya sebut tu kalau prr prr prr sampai tak tahu ekoq kepala baca, sembahyang lapanlah senang. Kalau 8 jugak kalut sampai tak tahu apa, tok sah sembahyang langsunglah.
Dah bagi lapan pun prrr.. dia dok cerita tempat kami paling best, 9 suku clear sekali dengan witir. Ni. Nak 9 suku clear sekali dengan witir-witir. Kita nak buat ibadat. Baik sempurna. Tu saya kata, Allah suka kita buat ibadat. Tak banyak pun tak apa, tapi sempurna. Banyak sempurna, lagi baik. Jangan gaduh.
Yang kita gaduh-gaduh nak sudah cepat, bukan buat apa pun lepas sembahyang. Sudah sat gi pi duduk balai lintang, bukan nak balik terus. Sembang pulak.
Hak sembang sahaja pun pi pukul 12 pukul 1. Sembahyang, setengah jam rasa lama sangat dah.

Saturday, August 30, 2008

ALLAH YA ROBBI

DENGAN PENUH KASIH SAYANG DARI ALLAH


1

Sebenarnya mukhadimah berpuasa sudah mula sejak masok bulan Rejab,tapi oleh kerana kerenah kita berpolitik telah mensia-sia masa berlalu begitu saja.Kita jadi lalai tak tentu pasal.Kita terconget2 menggila tak tentu arah.Kejahilan kita mengatasi ilmu.Ustaz2 kita juga kurang memberi perhatian terhadap agama,kalau ada pun minoritinya ketara.Cara kita berdakwah tak berkesan.Kerana peranan ulamak2 yang pentingkan dunia tak memberi roh untuk kecintaan keagamaan.Sesetengahnya bergelumang dengan para pendusta.Mereka mengia bila Al-Quran nak ditafsirkan semula.Mereka mengangguk bila bantuan ke sekolah2 agama rakyat ditarik.Mereka turut bertepok bila lagu Al-Ghazali dan Al-Shapie dinyanyikan.Mereka turut membisu bila duit2 royalti minyak tercicir dijalanan.Malah mereka akan mempositifkan apa saja,supaya kocek mereka tak kosong.Yang aku paling sakit hati ( ini cerita lama ) bila salah sorang mereka berkata boleh tanggoh sembahyang untuk mengharumkan nama Negara ( peristiwa maidin berenang di selat inggeris ).Sayogianya ibadat2 lain tak diterima Allah bila tinggalkan sembahyang.Apakah dikatakan ibadat bila berenang nak harumkan nama Negara ? Lecehlah.Dah lah tak tutup aurat.Duit membazir berjuta2.Apa nak diharumkan? Sebenarnya anjur aktiviti maksiat.


2

Dalam sebuah hadis Nabi saw ( hadis riwayat Suhal alsaad A-saidi ),Nabi bersabda maksudnya ialah supaya kita jaga dunia dan perempuan.Kita disuruh menjaga dunia ,bukan tinggal dunia.Kita disuruh jaga perempuan,bukan merendahkan darjat perempuan.Kalau dilihat dari mata kasar kita robek2kan dunia dan perempuan.Kita perlingkopkan dua2nya sekali.Dari dunia kita buatkan benda haram.Harta dunia banyak yang jadi haram.Minumam haram,makanan haram.Sebutkan apa jenis pun banyaklah haramnya.Perempuan2 kita biarkan mereka dalam haram.Tak tutup aurat,kepala bogel,tubuh bogel.belah sana ,dedah sini.Dalam majlis2 yang lelaki berpakaian sopan,tapi perempuan masyaallah.Berapa banyak kita biarkan yang perempuan memperagakan body mereka.Dalam apa saja aktibiti ekonomi,perempuanlah yang jadi target.Dalam Islam,perempuan adalah seperti barang yang berharga; perlu dibungkus (tutup aurat).Yahudi memperniagakan perempuan.sebab mereka anggap kerana perempuanlah Adam as diturunkan ke bumi.


3

Kita masih membenarkan pendusta2 kuno berligar di kepala . Kita jahil dan kita hidup di zaman gelap . Ilmu kita cetek kerana terpengaroh dengan kesedapan harta dunia yang sedikit.Ulamak yang menjalankan tugas Nabi cukup sikit,bilangan minority .Mereka tidak dipedulikan.Tidak sapa nak ikut.Malah mereka dimalukan.Golongan yang mengenepikan ulamak ini hati cukup jahat dan mulut mereka manis.Mereka mahu yang ada kuasa dan harta.Mereka cukup suka orang jahil,supaya mudah menipu.Mereka menipu bahawa boleh berzina,kerana dharurat.Tak boleh potong tangan pada pencuri,tapi beri kerja kat dia.Cuba beri tengok,habis harta majikan dicurinya.Anjur benda2 maksiat.Ni Anvil pula nak mai,dulu si Gerudi dari Indonesia.Ada kedengaran pula nak berikan zakat kepada pelacur,untuk mencegah lacuran.Aku masih ingat bekas PM kita dulu pernah berkata : tak mesti orang tak sembahyang tu jahat.Itulah pendusta2 kuno aku katakana masih berligar di kawasan minda kita.Pendusta kuno Firaun,Qarun,Hamman dan Ubai anak Qulaf masih ada di mana2 saja.Awasi lah mereka ,biarlah kita timba ilmu untuk mendapat cahaya dalam hidup dan hidup kita tak terpesong.


DIUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ,DAN AKU DOAKAN SEMUA PEMBACA BLOG AKU AKAN MENDAPAT MANFAAT SEMAKSIMA MUNGKIN DI DALAM BULAN YANG MULIA INI….INSYAALLAH……..AMEEN

Friday, August 29, 2008

POST-MORTEM CARA AKU

POST-MORTEM SECARA RANDOM


1.

Aku cuba membuat kerja secara aku.Cara tersendiri.Sendirian berhad.Limited to one person.Tak mau bincang2 lepas tu buat rumusan.Buat cara random.Dan sekarang pun orang2 politik dah sibok2 dok buat post-mortem pilihanraya kecil P 44.Apa sebab kalahnya,apa sebab menangnya.Bukan apa salahnya aku buat,dan apa silapnya aku buat,dan tipunya aku buat, dan mengapa bohongku tak mengena,dan mengapa cuba nak reka2kan cerita yang orang tak percaya,ngapa orang tak endah dengan berita2 TV dan media massa.Apakah orang lani dah pandai nilai yang mana saheh dan yang mana palsu.Tiba2 harga minyak turun,dan orang mula boleh membaca helahnya.Tiba2 dapat duit RM 200,orang pun mula tau helahnya.Ngapa la ni orang pandai makan umpan tak telan bersama kailnya.Seribu satu macam lagi .Dan orang tau lebih dari seribunya.


2.

Bila ada pilihanraya aku tengok orang kita jadi makin hodoh.Dari atas sampai kebawah.Cacat budaya bangsa.Nasib baik tak dah dok selak kain macam dulu.Tak dak dok raba puteri.Tak dak cerai bini.Kalau lah ada tu lagi cacatlah pula Islam hadhari.Macam2 ada,macam astro pula.Tapi kali ni lebih kecoh dari segi akhlaknya.dengan liwat ,dengan sumpah,dengan Ramlang Poriginya,dengan sorakan2 yang jijik dan meloyakan.Dengan al-sodomy dan altantuyanya.Air lior rasa masin,boleh saja muntah walaupun tak mengandung.Bukankah semua itu akan memupukkan kezaliman yang selama ini kita cukup membencinya.Ada ciri2 membenarkan rasuah.Apakah kita rela membenihkan lagi murka2 Allah.Nanti akan ujud lagi ‘habul-mal dan habul –dunia’.Sebenarnya demokrasi tak membawa kita ke mana2.


3.

Hasrat nak memartabatkan agama ke tahap yang lebih murni terhakis di segenap langkah menuju ke parlimen.Kemana lari semua cerdik-pandai,kemana pergi semua yang di tauliahkah mengajar agama ? Tegurnya salah-silapnya.Tegurlah walaupun satu ayat. Ke mana perginya Penasihat Agama ? Inilah masanya memberi nasihat.Cukup bulan gaji jalan.Dakwah tak jalan.Majoriti jadi jahil agama,tapi jadi alim dunia.Ustad2 pun dah jadi kopiah longgar.Satu label baru ‘ustaz kopiah longgar’.Sama2 paham maknanya.Jadi tak ikhlas ,buat kerja kerana duit ,kerana pangkat,kerana nak ampu.Nak cari makan konon.Ulat dalam batu pun boleh cari makan.Dunia masih luas,pi lah cari yang baik2.


4.

Aku baca thestar , Dr.M backfired Saudara Anwar kerana menang dengan majority lebih dari 15 ribu.Serangan peribadi patutlah dielak oleh orang2 tua.Takut jadi ikutan orang2 muda pula.Dalam pertemuan dengan Youth Group from the Presbyterian Church pada 28 ogos,Dr.M seperti berkata “ He could convince even the devil to follow him”. Kata2nya itu jelaslah bahawa memang ada pengundi2 hantu.Right or wrong ? .

Kita boleh berbudi-bahasa dan berhati mulia,tetapi mengapa tidak semasa pilihanraya ? Di manakah benarnya apa yang dikatakan ‘pilihanraya yang bersih’?..........phoorahhh,cakap saja.





Tuesday, August 26, 2008

KERUT DAN KEREPOT

KERUT-KEREPOT


1.
Selama 10 hari berkempen di PP 44 dan bersukan di Beijing Olimpik hampir 17 hari berlalu.China membuktikan juara dalam sukan dengan 51 buah pingat emasnya.Amerika Syarikat tidak berjaya menjadi pendahulunya,walaupun jumlah pingatnya 110 buah,tapi kurang emasnya.Memang tak boleh lama mempertahankan kejuaraannya.Dan BN di Permatang Pauh juga nampak lesu bila hampir hari mengundi.Tapi aku tak berani nak ramal,kerana aku bukan tukang tilik.Dan Islam melarang meramal yang akan mai.Cuma insyaallah kemenangan akan berbelah kepada kehendakNya dari azali.Ikut suasana dan gaya BN akan kalah.

2.
Yang aku sedih bukan apa,selama 10 hari aku nampak rosak-parah budaya bangsa.Melayu yang dikenali dengan sopan-santunnya hilang entah kemana sopan-santunnya.Dari atas ke bawah habis terjunam merudum nilai2 mulia.Orang itulah yang memupuk nilai bangsa dan sekaligus orang yang sama mensepak terajang nilai2 itu.Bukan kah dulu dah ada budaya sepak tong mengundi di Permatang Pauh.Macam anak2 membina rumah pasir.Lepas susah payah membinanya,disepaknya yang sudah dibina.Dan aku nampak pun pilihanraya kita ni pun macam mainan kanak2.Pembaziran yang paling utama aku benci.Adoh lupakah kita bahawa pembazir itu ikhwan syaitan ? Boleh tanya beratus kat ustaz2 di Permatang Pauh.Ulamak2 besar dari 2 belah pihak pun ada turun padang.Berbalah besar pasai pungkur Saifool , tapi tak seorang pun bangkit tentang adab2 murni manusia , pembaziran,penipuan dan seribu mak-nenek lagi.


3.
Berbuih mulut mereka berhujjah pasai pungkur Saifool.Masing2 dengan ilmu yang mereka pelajari dari sumber yang berbagai2 , tapi tak mendapat sebarang pertemuan yang nyata supaya rakyat boleh dapat tahu.Beratus ulamak dan ustaz2 ada,tapi dimanakah yang harus di patuhi.Nak sumpah kah ? Nak periksa juboq kah ? Nak guna DNA kah ? Nak guna mahkamah sibil atau syariah Kah ? Ada yang kata pula tak boleh sumpah.Ada yang kata guna mahkamah.Ada yang kata tak perlu ambil DNA,kerana DNA yang dah berjuta tahun dari manusia purba pun masih boleh di gunakan.Pak lah pula kata DNA pada tahun 1998 dulu dah terlalu lama.Mana yang lama 10 tahun ke sejuta tahun.Aku sendiri jadi bingong.Biarlah mereka selesaikan,kerana itu bukan kerja kita.Dan Allah tak akan tanya kita ,kerana kita bukan dalam golongan mereka.Ulamak dan ustaz2 lah yang kena jawab.Kamu akan disoal,mengapa kamu membisu.Pasai pungkur pun tak boleh selesai.Bukan senang nak berjuboq kalau tak rela.Nak rampas benda dalam poket pun tak senang.Nak londeh seluar pun tak mudah.Nak celapak pun masih sukar.Mungkin si tua itu akan di belasah oleh si muda lebih hebat dari lebam mata dulu.Nak2 dia dapat cekak buah kotenya dipulas2,boleh bawa maut.Kalau rela lain ceritanya.Ni tanda2 lebam pun tak dak.Pergelutan pun tak dicerita.Biar kita tunggu apa verdictnya.Man proposes,God disposes.

4.
Masa tu baru depa kecut telor.Lani memang banyak dah kecut telor.Pucuk mati awal dari perdunya.Erectal-defunction.Mai belajar kat aku,aku ada petuanya.Kalau sudi aku periksa alat sulit,silakan.Kalau malu tak usahlah.Makan Viagra saja.

Sunday, August 24, 2008

MACAM TIKUS MEMBAIKI LABU

KITA NI BAGAI TIKUS MEMBAIKI LABU


Suasana kita nampak cukup kalut.Ada berbagai kerenah yang kita hadapi dalam hidup kita.Di PP44 sibok dan kecoh dengan pilihanraya kecil.Cerita2 burok hangar-bingar di sana-sini.Aku tak mau cerita kerana semua dah tau ceritanya bila berlaku pilihanraya kecil.Mulut2 pemimpin besar pun kekadang tersasul dan celupar jadinya. Dan berita terkini aku dapat tau Imam Ramlang Porigi yang terlibat dengan sumpah saifool akan buat u-turn pula di pentas PKR.Sila klik http://tukartiub.blogspot.com/ dan juga http://msomelayu.blogspot.com/


Sebahagiannya pula meriah dengan sukan olimpik.Sambutan ini bergema seluruh dunia.Tapi sebagai Negara kecil rakyat Malaysia cuma tertumpu pada badminton.LeeW.C cuma boleh membawa balik pingat perak.

Di Kedah rioh-rendah kerana memenangi juara Piala Malaysia,sekaligus memenangi 3 piala berganda.Satu rekod baru bolasepak Malaysia.Itulah hadiah untuk DYMM Sultan Kedah menyambut 50 tahun pemerintahannya.

Kerana cuti sekolah diserata tempat kenduri kawin berderet-deret.Setiap hari ada saja jemputan dari dekat dan sanak-saudara yang jauh2.Walaupun minyak masih mahal terpaksa juga pergi.Dan turun 15 sen pun kerana ada pilihanraya di Permatang Pauh.Kalau tidak masih tak turun , kerana takut Negara bankrap.Semua kerana politik.Tapi rakyat sudah cerdik,susah nak tertipu.Pasai kenduri ni pula,orang2 tua dulu larang membenarkan anak2 kawin dekat dengan puasa.Takut ‘berbulan-madu’ di siang hari .Jenoh bayar kiparat.

Dipulau Wan Man ,tilawah al-quran bergema setiap malam seiring dengan apa yang saya sebut di atas. Memberi nasihat dari petikan2 ayat2 yang dibaca untuk pendengar yang mulia.Sepatutnya dengan nasihat2 yang mulia itu ,tak lah berlaku kekejian di Permatang Pauh, di Beijing , di stadium bola dan di rumah2 kenduri.

Dan lagi seminggu nak sambut Merdeka ke 51. Sunyi sepi langsung tak dengar kegairahan nak sambut kemerdekaan Negara.Berbeza sekali dengan 50 tahun yang berlalu.Tak dak bendera dihias seperti dulu2.Tiada ada sambutan pra-merdeka , dan tak tau ada ke tidak sambutan penutupan kemerdekaan. Macam dah hilang kecintaan pada Negara. Rakyat banyaknya dah lupa pada merdeka,yang depa ingat hanyalah pungkur Saifool.Resipi pungkur memenuhi setiap ceramah di PP 44.Adakah ini nilai budaya bangsa kita terkini ?

Di pondok pengajian Tok2 Guru sedang mengulangkaji kepada anak muridnya tentang puasa,juga mungkin jatuh sehari selepas hari merdeka 31 ogos.Mereka sibok mempersiapkan diri menimba berbagai2 subsidi yang akan diberi oleh Allah dalam bulan Ramadhan.Hanya sedikit saja yang ghairah menanti Ramadhan.

Mai kita kaji diri sendiri,mai kita sambut ramadhan Al-Mubarak seperti mana yang Allah anjurkan.Biar depa sibok dengan depa,kita sibok sama kita.Di akhirat nanti nafsi-nafsi.Yang depa dok buat tu macam ‘tikus membaiki labu’.

Friday, August 22, 2008

BETWEEN MANUSIA AND LEMBU

HAWA NAFSU

Koman sepana kalau dok ikut hawa nafsu.Susah nak didiknya.Kerana sepanjang 11 bulan dia dididik oleh syaitan.Cuma dalam bulan Ramadhan saja dia terlepas dari syaitan kerana syaitan ditambat.Tapi ngapa juga hawa nafsu masih menggalak ,tak menjadi walaupun taukenya ditambat dalam bulan Ramadhan ? Kerana nafsu telah mendapat diploma dalam 11 bulan.Dia masih menggoda.Individu tak mau berubah juga.Masih keras dan ketegaq.Rugilah kita kalau tak boleh kawal nafsu.

Setengah ulamak mengibarat nafsu sebagai binatang khinzir,sebagai babi.Membela beberapa ekor anak babi dengan memberi sebaik penjagaan .Dengan mandi bershamfu-mafu.Tidor bertilam tebal.Diberi makan yang baik2.Tapi selepas 6 bulan dilepas didalam hutan.Dengan masa itu juga babi 2 itu akan berlari mencari yang busuk2 dan memakan apa apa saja bangkai yang dijumpai.Begitulah sekali dengan nafsu.Cukup kurang ajarnya.Pasai tu baru saja seminggu berpuasa ,kita dah tergedik2 dengan nak raya.Malahan belum berpuasa lagi , dah mula dengan persiapan hari raya.Dah terpampang digedung2 besar dengan poster2 raya.Dah mula order kek raya.Dah beli pakaian raya.Dah rancang nak tukar perkakas rumah.Tergedig2 jadinya.

Kerana nafsulah derajat manusia merudum.Merudumnya derajat menggamit berbagai malapetaka dari Allah.Dengan gunung berapi.Dengan gempa bumi.Dengan rebut-petir.Dengan berbagai2nya yang manusia sebut bencana alam.Nafsu lah yang membuat manusia memanggil dugaan Allah sebagai bencana alam…..haprak punya nafsu.Hapraklah lagi manusia yang memilikinya.

Allah tak berikan Malaysia gunung berapi yang menghilangkan beribu2 nyawa.Allah juga tak berikan Bolehland dengan gempa bumi yang menelankan beribu2 nyawa.Allah juga tak berikan negeri Hadhari kebuluran dan kemiskinan yang juga membunuh beribu2 nyawa.Tapi Allah memberikan keruntuhan akhlak muda-mudi ratusan ribu jumlahnya.Asyik dengan rempit,asyik dengan muzik,dengan sure heboh,dengan akademi fantasianya,dengan sukan yang berlebihan,dengan berbagai lagi yang aku tak pandai nak sebut,semuanya tergolongan dalam gelanggang nafsu syahwat . Pusat2 hiburan menjadi target bolehland memikat generasi muda mudi.Jemput lagi Betina Gerudi dari seberang. Tiada amal-makruf dan nahi mungkar.Zina dan liwat meniti disetiap bibir,kerana dieksploit dalam setiap jenis media,untuk membela diri.

Kita manusia bolehland makan nasi,bukan makan rumput.Tapi sapa lebih bodoh dari yang memakan rumput.Lembu makan rumput,tapi dilihat mereka lebih cerdik.Dagingnya memberi manfaat kat manusia.Lembu mampuih tak makan daging manusia.Taik lembu dibuat baja.Taik manusia orang maki haramjadah kerana busuk.Nak tau nilai diri,tengoklah hasil yang kita keluarkan dari lubang ajaib.

Nilai manusia terhasil bila boleh kenal diri dan kawal hawa-nafsu.Selamat berpuasa dan mendidik nafsu.

Wednesday, August 20, 2008

NAK PIMPIN KE NAK KUASA ?

NAK PIMPIN KE NAK KUASA ?

Maksud sebuah hadis Nabi saw , kita semua adalah pemimpin.Kita akan ditanya tentang kepimpinan kita di akhirat . Tapi melihat dari kacamata terkini orang yang memimpin dah jadi kecoh .Dari muka2 suratkhabar cukup banyak penyelewengan berlaku oleh pemimpin.Dari pemimpin sekecil ( rumahtangga) sehingga keatasnya dah penuh dengan kehaprakannya.

Kekadangnya pula yang banyak masaalah tu pun nak calonkan diri memimpin di tahap yang tinggi.Memegang berbagai jawatan padahal diri tak tertanggung . Apakah mereka nak memimpin atau nak berkuasa.Selalunya begitulah,bila jadi pemimpin mereka gunakan pangkat itu untuk berkuasa.Buat apa saja.Tipu apa saja. Bohong apa saja.Dengan kuasa yang ada di kautkan keuntungan diri dan keluarga.Bila jatuh dari kuasa,barulah terdedah berbagai2 kehaprakkannya. Dengan duitnya,dengan hartanya,dengan betinanya,dengan rasuahnya,dengan kuku-besinya,dengan keharamjadahnya. Firaun cukup banyak haramjadahnya.Samud,Ad,AbuJahal,Abu Lahab,kerajaan Rom,dan........dan........Bush juga memiliki berbagai haramjadah. Sedar atau tidak keharamjadahan kita juga cukup banyak.Bertimbun2 keharamjadahan,dan setiap haramjadah menharamjadah yang halaljadahnya.Memang cukup haramjadah bila haramjadah bermaharaja-lela di dada yang berkuasa.

Tapi seorang pemimpin yang berkuasa yang mengenali kekuasaan Allah , tidak akan rakus.Dia tau kuasanya tak setanding dengan kuasa Allah.Kuasanya lemah,kerana dia sebagai makhluk Allah tak sepatutnya mempunyai kemutlakkan.Kuasanya sementara diberi Allah.Dan akan dicabutkan kembali.Dia tak sah melawan Allah.Dia akan membuat mengikut kuasa Allah.Itulah orang berkuasa yang kenal Allah.Dia tak melawan Allah,tapi melawan makhluk yang melawan Allah.

Sesapa yang kenal Allah akan jadi orang.
Binatang pun kenal Allah.Kalau orang tak kenal Allah,maka dia lebih rendah dari binatang.Apa bendanya orang itu ?
Jawapannya ada dalam Al-Quran & Hadis Nabi saw.

Tuesday, August 19, 2008

NGAPA SYOK PAMER YANG HUDUH DAN BUSUK ?

NGAPA PAMER YANG HUDUH @ BUSUK


Ulamak tulin patut ujud dalam masyarakat kita untuk mengheningkan suasana huduh dan busuk.Nampak sangat bangsa kita dalam keadaan cukup kritikal.Dari atas ke bawah tak jelma yang elok.Cuma busuk dan huduh.Dah nak menyambut puasa dalam sehari dua nanti,tapi kecoh akhlak ketara nampaknya.Sorak-sorai bergema di segenap penjuru,dengan media tulis dan tv memperbesarkan lagi rioh-rendahnya.Tak perlu lagi ulamak ciplak,ia akan menambah lagi kerohnya.Dalam ghairahan pilihanraya PP44,gamat bunyi al-sodomy dan altantuya.Aduh al busuknya.Mana pergi Al-Ghazali dan Al_Shafie ? Ngapa jadi begini rupa ? Nampak al-haprak sepanjang lintasan.

Kalau Lee Chong Wei memenangi emas di Olimpik,mungkin suasana reda sikit,kerana masing2 bermegah dengan emas itu.Nak cakap pasai emas dan badminton saja.Kurang la sikit berhaprak.Tapi dia kecundang.Dan kita juga akan kecundang .


Untuk jadi hebat kita kena letak kehebatan Allah dalam diri.Baru kita tau makam diri sendiri.Ni kita tak langsung menghargai Allah,tak peduli kehendak Allah.Jadi Allah juga tak pedulikan kita.Dia berikan kita istidrat.Kita berpura2 dengan Allah.Kita lupai kembalikan segala nikmat kepada Allah.Kita anggap semua dalam dunia ni kita punya.Walhal diri kita adalah kepunyaan Allah.Jangan banggakan diri,kerana semuanya dari Allah.

Dalam dunia,semuanya Allah beri,walaupun kita derhaka kepadaNya.Tapi tidak sekali di akhirat.No way.Lebih2 lagi orang cinta pada kuasa,tamak pada harta.Kalau 5 kali diberi can hidup harta yang ada tak habis,tu pun dok nak lagi.Kita nak dipuji dan ada yang nak memuji saja.Masing2 goblok.


Tempatkan segala kehendak Allah sewajarnya,pastikan kita berpedulikan segala suruhan Allah,semolek2nya segala perintahNya dituruti…….insyaallah kita mendapat keredhoanNya..

Monday, August 18, 2008

SAPA NAK JADI KERA @ BEROK ?

BOH JERAT DI TENGKOK,NAIK POKOK NYIOK

Tajuknya menggamit sesapa saja cuba nak jadi sekor kera atau berok.Kera dan berok pandai panjat pokok nyiok.Zaman nabi Musa as dulu ada satu puak disumpah jadi kera.Dari peristiwa itulah Darwin ketengahkan teorinya,teori Darwin.Manusia berasal dari kera.Dia buta sejarah manusia,dan orang yang tak buta juga percaya dengan kelentong Darwin tersebut.Sampai di universiti teorinya di ajar . Professor2 pun boleh dikelentong oleh Darwin.

Dalam Al-quran peristiwa kera ni cukup jelas.Cuma manusia tak mau percaya.Orang yang beriman pun mudah jadi fasik.Berapa banyak sekarang orang yang beriman ,tapi tergelingcir menjadi fasik kerana ingkar dengan sesetengah perintah Allah.Sebut saja nama Allah,mereka semua mengakuiNya.Sebut saja hukum2 Allah,berapa banyak kata tak sesuai.Tak perlu menutup aurat,biar telanjang terus tak per.Sehingga satu ketika dulu para pemimpin berkata hukum Islam akan mencetus huru-hara.Sehingga Al-quran pun nak ditafsirkan semula.Malah pernah mempersoalkan janggut nabi…….masyaallah.

Orang itu masih hidup hingga kini,dan kini merana kerana tidak dihormati lagi oleh orang2 yang pernah ‘menyembah’nya dulu.Kita tak tau bagaimana seksaan batinnya.Sampai bila akan berterusan.Dia dapat melihat sendiri kesan dari kerja-buatnya semasa berkuasa dulu.Aku masih ingat Mullah Ustaz Fadzil berdoa supaya dia boleh hidup lama,supaya dapat melihat kesan2 dari kekuasaannya dulu, dan aku turut mengaminkan doanya.

Hari ini dah banyak lagi cuba nak jadi berok dan kera.Kera dan berok berberanak dengan ramainya.Berjumlah lebih dari kera dan berok di hutan.Rioh-rendah macam kera dan berok di zoo.Lompat sana,lompat sini.Dari pagi ke malam diberi makan percuma.Ada yang disogok dengan wang berjuta.
Zaman aku mengaji di Sekolah Melayu dulu ada sebuah cerita tentang hakim berok.Dia cuba selesaikan masaalah sebiji pisang.Pendakwa dan yang didakwa sama2 binatang.Jadi sama2 binatang la mereka.Akhirnya sebiji pisang itu masok dalam perut hakim berok.Itu sama2 binatang yang kurang akalnya.Bagaimana manusia yang berakal ? Aku jadi bingung.Sebab tu Allah akan adili semula segala masalaah manusia di akhirat.Bila2 pun kita manusia tak boleh adil.Allah lebih mengetahuinya. Ngapa berani boh jerat ditengkok ? Nak naik pokok nyiok ? Ingatlah buah nyiok akan gugur juga ke bumi.
Dalam nyiok ada santannya.Dalam santan ada minyaknya.Dalam minyak ada taiknya.Taik minyak ada sedapnya.Taik manusia,masyaalah busuknya.Aku suka baca buku SHIT karangan SN Shahnon Ahmad.Ikut Shahnon kepala taik cukup keras.Sekeras2 kepala taik.

Sunday, August 17, 2008

TERHUYUNG-HAYANG

TERHUYUNG-HAYANG

Suasana di sekeliling cukup kalut . Kalut tak tentu pasai.Masing2 tak cukup dengan 24 jam sehari yang diperuntukan Allah.Sibok tak tentu hala-tuju.Macam orang kena hysteria.Kena rasuk dek hantu.Manusia dalam keadaan kemabukan.Buat serba tak kena.Nak ke kanan,terpelanting ke kiri.Macam dah hilang pedoman.Masih mencari2 Al-Ghazali,Al-Shafie.Belum juga terjumpa.Masa kan nak jumpa,kerana lalui denai yang salah.Sampai bila pun tak jumpa.Padahal dekat dengan batang hidung . Bukan tak tau,tapi buat tak indah.Kerana kepentingan dunia lebih menarik.Dalam kes Mikraj ,Nabi sudah diberi peringatan supaya jangan layan ‘pompuan tua ‘ itu. Ia adalah dunia.Dunia yang tak akan memberi manfaat pada akhirat.

Cukup cantik lah kalau kita exploit minda rakyat dengan adegan2 agama . Habis2an kita hiasi dan persolekan .Alangkah moleknya,comelnya.Cukup indah dan menarik.Kerinduan pada hidup sejati di akhirat terserlah.Tak lah terhuyung-hayang ke kiri-kanan.Tak lah hilang diri.Terpelihara harga diri.Tersekatlah segala projek syaitan laknatullah.

Tapi sekonyong-konyong dalam 3 bulan teristemiwa (Rejab,Syaaban dan Ramadhan yang masih ada 2 minggu lagi ) manusia telah disogokkan dengan berbagai kejijikan yang bosan aku nak menyebutnya.Sepatutnya dalam Rejab , peristiwa Mikraj patut di highlightkan.Sepatutnya dalam Syaaban , malam Nisfu Syaaban patut di tonjolkan.Sepatutnya di utamakan persiapan berpuasa dalam Ramadhan nanti.Tapi yang tak septutnya mengambil alih yang sepatutnya.Itulah pentingnya PEMIMPIN .Pemimpin kita tak pandai memimpin.Kerana kita takdak pemimpin sejati.Pemimpin banyaknya berhati serigala.Ada dalam hadis Nabi saw bermaksud hati2 pemimpin berhati serigala ini.Mereka menunggu masa untuk membaham saja.Mereka membuat isu2 untuk kepentingan diri masing2.

Hubaya2,Jangan terlalai.Demi kepentingan rakyat,ketenteraman rakyat,betulnya akidah rakyat adalah mercu utama slogan kita.Harta dan pangkat tak akan memberi manfaat di akhirat,kalau tidak dinawaitukan dan di praktikkan dengan betul.Kreditkanlah duit berbillion2 tu dalam bank akhirat . Nak makan di dunia dah tak habis.Pandai2lah mentakbirkan diri dan harta.Kalau tidak mampuih tak memberi makna.Hanya manusia dan jin yang terhumban ke neraka.Babi dan anjing tak masok neraka.Pikiaqlah.

Saturday, August 16, 2008

INNAHU LAKUM ADUWUNN MUBINN

INNAHU LAKUM ADUWUNN MUBINN

Aku memang tak berasa nak tulis , tapi hati kecilku mendesak2 supaya aku terus menulis.Biar pun pahit.Bair pun menjadam terasa penuh mulutku.Tak tertelan oleh kerongkongku.Kerana pahitnya amat sangat.Bermuntah berbuih hijau kalau tak tertahan.Nak ku luahkan apakah mungkin aku terselamat dari disoalkan Allah.Jadi biarlah aku nak tuleh juga…..baletegi ( ini loghat daerah ku ).

Trend membantah hukum2 Allah cukup menjadi2 sekarang.Macam tak terasa saja.Aku cukup terasa.Macam mana orang2 lain ? Sana sini ada saja yang tak kena.Sejarah para Nabi yang tersebut dalam Al-quran tak jadi pedoman .Tak dak sapa nak pergerunkan umat terkini.Lepas seorang nabi demi seorang nabi diturunkan Allah.Dan lepas satu kaum dan satu kaum di geledah oleh malaikat kerana membelakangkan suruhan nabi.Di tiarap bumi oleh Jibrail ,dijergah Jibrail , dan berbagai lagi cara yang boleh merindukan kita terhadap peliharaan Allah.Tentera Allah cukup segera melaksanakan tugasnya.

Keaiban orang tak perlu dihebohkan.Kalau boleh tutup terus aib seseorang itu.Itu ajaran agama kita.Jangan ghairah nak tonjolkan,lebih2 lagi melalui media,mulut pun kena tutup.Ini orang agama lain pula boleh pertontonkan gelagat huduh yang dilakukan orang Islam.Diperbesarkan melalui tv dsbnya.Rasa macam Islam ini terhina.Bodoh betul orang cerdek pandai kita dalam agama.Walaupun depa belajar agama.Aku bodoh dalam agama,tapi aku tak rela Islam diperhuduhkan sebegitu rupa.Islam ada caranya.Nasihat menasihati adalah terbaik.Ini tidak ,dibatu-apikan pulak…haprak betul. Biar aku terus-terang saja.Nak bersumpah tu sumpah la , tapi tak kan nak mintak laknat keseluruhan keluarga…..berdiri bulu roma aku.Ingat laknat Allah tu macam main guli saja.Bagaimanalah pula orang2 dibelakang takbir isu itu….hanya Allah saja yang tau.Aku nampak macam AL-Quran dan rumah Allah macam dipermainkan oleh orang2 tertentu.Biarlah dulu tilam menjadi mangsa , kini bersumpah dengan Al-quran di dalam rumah Allah di hari penghulu hari ,disiarkan melalui media berkali2……masyaallah.Aku tak mau panjangkan,nanti huduh pula tulisan ku ini.

Janganlah ikut jejak2 syaitan,mereka adalah musuh yang nyata.

Thursday, August 14, 2008

IT'S OUR DAILY ROUTINE

Vander Hoven, a psychologist from Netherlands, announced his new discovery about the effect of reading the Qur'aan and repeating the word ALLAH both on patients and on normal persons. The Dutch professor confirms his discovery with studies and research applied on many patients over a period of three years. Some of his patients were non-Muslims, others do not speak Arabic and were trained to pronounce the word 'ALLAH' clearly; the result was great, particularly on those who suffer from dejection and tension.
Al Watan, a Saudi daily reported that the psychologist was quoted to say that Muslims who can read Arabic and who read the Quran regularly could protect themselves from psychological diseases. The psychologist explained how each letter in the word 'ALLAH' affects healing of psychological diseases.
He pointed out in his research that pronouncing the first letter in the word 'ALLAH' which is the letter (A), released from the respiratory system, controls breathing. He added that pronouncing the velar consonant (L) in the Arabic way, with the tongue touching slightly the upper part of the jaw producing a short pause and then repeating the same pause constantly, relaxes the aspiration. Also, pronouncing the last letter which is the letter (H) makes a contact between the lungs and the heart and in turn this contact controls the heartbeat.
What is exciting in the study is that this psychologist is a non-Muslim, but interested in Islamic sciences and searching for the secrets of the HolYQuran Allah, The Great and Glorious, says, We will show them Our signs in the universe and in their ownselves, until it becomes manifest to (remember me in ur Dua) ALLAHU AKBAR Allah is great Allah keeps me going day and night. Without Allah, I am no one. But with Allah, I can do everything. Allah is my strength.' This is a simple test.
If you love Allah and you are not ashamed of all the great things that he has done for you, send this to everyone you know, May Allah help u to succeed...Ameen During the next 60 seconds, stop whatever you are doing, and take this opportunity. (Literally it is only 1 minute) All you have to do is the following: You simply say 'A prayer' for the person that sent you this message. Allah said, 'If you are ashamed of me, I will be ashamed of you.' If you are not ashamed, send this message...only if you believe. 'Yes, I love Allah. Allah is my fountain of Life and My Savior. Jazaaqul Allah.

Sunday, August 10, 2008

FIRAUN LAKNATULLAH

FIRAUN LAKNATULLAH

Orang besar tak dipandang Allah , kecuali ia beriman . Apa nak dipandangkan besarnya , besar kelentong , besar menipu , besar mengikut nafsu , besar-besar saja. Mungkin juga ia besar kerana bakanya bermula besar . Baka Firaun cukup besar , pernah jadi raja besar,kuasa besar,Negara pun besar. Baka Darwin juga cukup besar,kerana dia mengaku dari keturunan kera.Kera tiada istimewanya ,kecuali sang hanuman dalam epik hindu.Qarun besar kerana kekayaannya,dan dia juga tiada istemiwanya kerana setiap hari ditelan oleh bumi .Kuasa2 besar dulu pun habis musnah,kerana tanpa iman catatan sejarah mereka cukup sedih.Kuasa2 Namrud,Samud,Rom,dan tak terhitong banyaknya di telan zaman.Tak banyak manfaat yang diambil pedoman oleh orang terkemudiannya.

Tak dak manusia pun teringin nak namakan anak2 sendiri dengan nama Firaun , Qarun, Namrud atau Samud dan sekategori dengannya. Bukan saja orang Islam , malah orang bukan Islam pun tak sudi nama yang berkenaan. Lebih baik beri nama Tiger Woods, Carpenter, Green , Rose , dan lain2nya . Nama cucur cekodok adalah lebih glamour dari nama2 yang telah dilaknatkan Allah.

Manusia kini terkhekeng , lalai dan maknga kerana berpenyakit jiwa . Penyakit jiwa tak boleh diubati oleh otak manusia.Otak hanya boleh mengubati penyakit tubuh-badan manusia. Allah turunkan Para Nabi untuk memberi penawar pada jiwa manusia.Melalui ajaran dan petua2 dari para Nabi umat dapat keuntungan dan kejayaan dunia dan akhirat.Jiwa yang tenang mudah menjawab soalan Rabb tentang nikmat umur,sihat , ilmu dan harta.Kalau tidak manusia akan jadi macam ikan dalam belat , mudah ditangkap dimasukkan dalam belanga.Walaupun digerpak dan di pujuk,mereka dah berada dalam belat.

Serabut berpikiaq manusia akhir zaman.

PIKIAQLAH ,APA UNTUNGNYA & RUGINYA

PIKIAQLAH,APA UNTUNGNYA ?


Untung dan rugi memang selalu kita dok kira.Kalau untung kita akan kebas,kalau rugi kita belah.Tapi untung pun bukan sebarang untung,kalau rugi pun demikian juga.Yang aku nak cerita ialah pasai gelagat kita la ni.Kerja buat kita tu apa untungnya dan apa pula ruginya.Nampak macam kita dalam keralekan dan lengai.Tak tentu pasal ,tak tentu punca tercetus berbagai perkara yang aneh2 dan kadang kala meluat .Apalah untungnya dan ruginya.

Kalau ada duit banyak,apa kah untungnya kalau bukan dari sumber yang halal…..no way ,kalau sumbernya haram,mana ada untungnya.Qarun dah buktikan ruginya,dan sedang menerima azabnya setiap ketika,azab yang sentiasa bertambah….nauzibillah.Tapi kita tak ambil pedoman , kita Cuma cari Al-Ghazali,kita Cuma cari Al-Shafie,tapi kita buat2 tak jumpakan mereka.Seolah2 kita memperlagukan kata2 kita,menyanyi2 tanpa lagu dan iramanya.Macam berduet dengan syaitan.macam berdendang di alam mimpi,macam adegan dalam filem2 hindustan yang penuh dengan khayalan yang tak berkesudahan.

Gejala menjatuhkan maruah seseorang menjadi mainan dibibir yang durjana.Bibir yang bertaut rapat dari ketentuan2 yang benar dan bibir yang ternganga luas mengeluarkan busuk dan najis yang tak ketara baunya,mengharung melintasi benua dan angkasa .Bibir yang disolek begitu cantik dan rupanya , menjadi satu symbol laknat yang tak menghairahkan lagi.Bibir juga menghukum tak tentu kesahihannya,menjadi ia lebih kedajalan yang pasti menonjol di akhir zaman.Memfitnah dan tuduh menuduh apalah untungnya.Yang dianggap arif dah tak arif lagi.masing2 bergelumang dengan najis taik akhir zaman.Taik dajjal.Akal orang zaman la ni dah tak lurus lagi.Akal berbelok2 ,berbelit2,pusing-memusing dan dah hilang puncanya.Sapa pandai pusing,sapa pandai belit,kononnya cerdik dan pintar.Mana ada pintar dan cerdiknya bila dah hilang punca.Puncanya Al-Quran dan Hadis.Tapi itu dihilangkan dari pandangan…rugilah mereka…nauzubillah.Ada yang mengaji agama pun boleh hilang puncanya.Kalau gitu,buangkanlah title ustaz dalam tong MDKT.Mereka tidak lagi nampak tenang kerana hati mereka ialah serigala.Menunggu ketika untuk membaham mangsanya.

Zaman berbalah dah bermula.Rioh herok pekok kesegenap pelusuk Negara,memekakkan telinga.Tak dak apa pun manfaat kepada yang berbalah.Lebih2 lagi tak dak manfaat kepada masyarakat.Cuma membusukkan suasana.Nak tau sapa menang atau kalah ,kita tunggu di akhirat.Itulah keputusan hakiki.

Ingatlah perkara agama bukan boleh buat sesuka hati,tak boleh direka2.Semua kerja buat kita adalah perkara agama.Mana boleh kita lari dari perkara agama.Siapa lari dari agama……nauzubillah.Buatlah dunia sendiri,kalau boleh.Perintahlah bersendirian,mana boleh…..phooorahhh.

Nak cerdik,jadilah hamba Allah.

Monday, August 4, 2008

HASRAT MEMANG TINGGI,NAK BERBINIKAN PAS

PINANGAN NAK BERBINIKAN PAS DITOLAK


Baru2 ni beria2 sangat umno nak berbinikan pas.Ikut paklah dah 3 kali masok merisik.Selangor dan Pahang dan Perak sama2 merindukan bulan.Macam jadi gelagat penggila talak aja.Tapi pungguk boleh saja merindukan bulan,kerana bulan bukan sedarah sedaging dengannya.Pungguk cuma seekor burung dan di tempat aku ia dikenali sebagai burung hantu,tak dak langsung nilainya dalam masyarakat aku.Dia jenis pemalas,tak ada tempat tinggal,tidor di mana saja terhadap.Matanya besar , boleh menakutkan anak2 kecil.Dan bunyinya juga tak seenak suara Siti Norhaliza.Bunyi macam hantu.Tak sapa gemarkan burung hantu.Tak juga boleh jadikan burung perhiasan.Kalau sesapa membela ikan dalam kolam,awasilah waktu malam,burung hantu ni akan kebas habis anak2 ikan.Anak2 ikan royalty & ihsan akan dikebasnya macammana berlaku lani.Ia makhluk Allah yang tak tertakluk dengan hokum taklifi.Anak2 Adam saja yang tersangkut dengan hokum taklifi.Tu pun depa balas,membelakangkan hukum2 Allah.Pada depa haram/halal sama saja.Eloklah bertaubat sebelum roh keluar dari badan.

Anak Adam ni darjatnya sangat tinggi,macam G minor.Ataupun tabaqqahnya tinggi.Dan bila tabaqqah iman anak adam tinggi,wahoo,cukup molek kesempurnaannya.Walau macammana pun manusia ni begitulah sejak dulu sampai sekarang.Tak pandai,tak reti,payah nak ajar.Bahalol kata P.Ramlee.Bahalol macam kaldai,malah lebih terok dari segala haiwan.Depa sendiri menurunkan darjat sendiri .Tak pandai jaga tabaqqah,bukan itu saja negeri sendiri pun tak pandai jaga.Orang lantik suruh jaga negeri,depa khianat.Terlampau cintakan dunia memudaratkan diri dan seangkatan dengannya.Habeh roboh ,habeh musnah.

Aku dapat lihat ada 3 jenis manusia ni.Jenis pertama ialah jenis ada tapi macam tak dak.Nak kata tak dak ,tapi ia ada.Jenis kedua ialah jenis ada tapi menyusahkan.Dia ada,dan bila dia ada dia mendatangkan susah pada orang lain.Lebih baik dia tak dak.Dia memberikan kesusahan bila ada.Haprak punya jenis ni.Jenis yang ketiga ialah bila dia ada cukup menyenangkan orang.Bila dia ada semua syok dan memberi kesenangan pada semua.Dan kalau dia tak dak orang akan rindu padanya.Dia orang yang cukup berjenis pada masyarakat.Bilangan jenis ni boleh bilang dengan jari.Kalau jenis ni jadi pemimpin,berjaya masyarakat tersebut.Pandai kah kita pilih pemimpin macam jenis ketiga ni. La ni kalau banyak rasuahnya,mudahlah jadi pemimpin….haprak la kita kalau pilih jenis berasuah.Risikonya akan melibatkan orang yang memilih sampai keakhirat, sampai ke neraka Allah…..nauzubillah.



CARILAH SURGA CARA LAIN

CARI SURGA CARA LAIN

( selama 4 hari aku tak boleh buka blog aku,ingat dah kena hagged.jejariku dah gatai2 nak mengetik)


Masyarakat kita nampak macam dalam kegilaan.Ada banyak macam gila.Semua kita tau semua itu.La ni mula bergila pula membuat aduan.Sindrom buat aduan menjadi2.Hang adu aku,aku adu hang.Pelek punya feel.Dah hilang segala nilai kemanusiaan.Masing2 pula nak jadi ketua,berlumba2 mencari pengaruh kerana nak jadipresiden,timbalan,naib2 dan ketua2 . Masing2 masok bakul angkat diri sendiri. Cukup berbeza dengan orang2 dulu.Orang dulu bila dilantik,masing2 menolak.Tak mau jawatan.Ulamak2 dulu menolak jawatan2 tertinggi agama,sehingga sanggup di penjara.Bukan senang jadi ketua.Tanggongjawabnya berat.Kena ada amanah.Yang banyaknya ,bila jadi ketua pakat2 pecah amanah.Dosa besar kawan.Berat seksaan di akhirat.Kalau tak beramanah jangan jadi boss.Kalau nak cari pahala sebagai boss pun pikiaqlah berkali2.Banyak lagi cara nak cari surga.

Semua tu pasai nak habuan dunia.Bila jadi boss tu peluangnya berlambak2,peluang cara haram.Rasuah sana ,rasuah sini.Royalti sana,ihsan sini.Yang kita dok dengar tu la.Berbagai2 caranya.Semuanya cara haram.Tipu sana ,tipu sini . Yang dah buat tu masing2 tau la. Tak payah habar,akhirat nanti semua akan ternyata. Syok la dulu la ni , tak syoknya akan tiba selepas nyawa terpisah dari badan.Sapa boleh lari dari mati.Memang la bila syok sangat,kita tak sedar akan mati.Rasa2 macam tak mati. Mana boleh ,lu,lu,lu,lu,lu semuanya akan mati.

Dalam dunia ni kata Imam Ghazali , yang dulu Pak Lah dok cari , cuma ada 6 perkara yang memberi nikmatnya. Mungkin Pak Lah tak jumpa Al-Ghazali . Dia tak tau,tapi dia cucu ulamak , dan dia mengaji dan ada ijazah Islamic Studies.Pasti dia tau.Tapi tak jumpa kot. Mengikut Al-Ghazali,6 nikmat dunia itu ialah : MAKANAN,MINUMAN,TUNGGANGAN,BAUAN,PAKAIAN dan PEREMPUAN.
Semua yang 6 nikmat itu bukan hebat sangat,lekeh2 belaka. Jadi selain dari yang 6 itu lebih lekeh lagi standadnya.Lihatlah huraianAl-Ghazali …………

Makanan yang terbaik ialah manisan lebah, asalnya dari air lior lebah bercampor manisan debunga…………
Minuman yang terbaik ialah air-sejuk,berasal dari perut bumi.Tanpa air semua akan mati,termasuk George Bush…….
Tunggangan terbaik mungkin kereta Mercedes,Volvo dan semuanya yang ada sekarang ini.Tapi dah berapa banyak yang terbunuh dalam kemalangan jalanraya.Putri Diana pun mati terlanggar……..
Bauan semua suka padanya.Untuk hilang ketiak busuk pun kena bubuh bauan.Pompuan lebih suka pada bau2an/wangi2an.Supaya seluruh badannya boleh diciumi lelaki.Tapi bau2an/wangi2an yang terbaik ialah kasturi.Kasturi pula berasal dari darah pusat kijang.Apakah istemewa sangat dengan darah kijang.
Pakaian pula menjadi pilihan.Gedung2 pakaian pun besar2.Pakaian terbaik ialah sutera.Dan ia berasal dari air lior ulat sutera.Apalah sangat istemewanya.?
Perempuan pula ingin dimiliki bila semuanya dah ada.Yang perempuan pula juga ingin mempunyai lelaki.Masing2 pakat cari.Masing2 pakat bercinta.Sesetengahnya bergaduh berebut pasangan.Pukul memukul,sehingga sampai bunuh membunuh macam dalam filem Hindustan.Tapi apa yang dicari sebenarnya.Masing2 mencari lubang kencing.Yang lelaki nak masok lubang kencing pompuan,dan pompuan pula nak lubang kencingnya dimasuki oleh batang kencing lelaki.Itu saja.

Jadi pasai apa nak letakkan dunia ini di tempat yang tinggi.? Akhirat lah tempat abadi.Jangan lah cari kejahatan,kerana kalau mayshur dengan kejahatan di akhirat padah lah diri.Bendera kejahatan akan tercacak di pungkur setiap satunya.

Wallahua’lam.