Saturday, August 16, 2008

INNAHU LAKUM ADUWUNN MUBINN

INNAHU LAKUM ADUWUNN MUBINN

Aku memang tak berasa nak tulis , tapi hati kecilku mendesak2 supaya aku terus menulis.Biar pun pahit.Bair pun menjadam terasa penuh mulutku.Tak tertelan oleh kerongkongku.Kerana pahitnya amat sangat.Bermuntah berbuih hijau kalau tak tertahan.Nak ku luahkan apakah mungkin aku terselamat dari disoalkan Allah.Jadi biarlah aku nak tuleh juga…..baletegi ( ini loghat daerah ku ).

Trend membantah hukum2 Allah cukup menjadi2 sekarang.Macam tak terasa saja.Aku cukup terasa.Macam mana orang2 lain ? Sana sini ada saja yang tak kena.Sejarah para Nabi yang tersebut dalam Al-quran tak jadi pedoman .Tak dak sapa nak pergerunkan umat terkini.Lepas seorang nabi demi seorang nabi diturunkan Allah.Dan lepas satu kaum dan satu kaum di geledah oleh malaikat kerana membelakangkan suruhan nabi.Di tiarap bumi oleh Jibrail ,dijergah Jibrail , dan berbagai lagi cara yang boleh merindukan kita terhadap peliharaan Allah.Tentera Allah cukup segera melaksanakan tugasnya.

Keaiban orang tak perlu dihebohkan.Kalau boleh tutup terus aib seseorang itu.Itu ajaran agama kita.Jangan ghairah nak tonjolkan,lebih2 lagi melalui media,mulut pun kena tutup.Ini orang agama lain pula boleh pertontonkan gelagat huduh yang dilakukan orang Islam.Diperbesarkan melalui tv dsbnya.Rasa macam Islam ini terhina.Bodoh betul orang cerdek pandai kita dalam agama.Walaupun depa belajar agama.Aku bodoh dalam agama,tapi aku tak rela Islam diperhuduhkan sebegitu rupa.Islam ada caranya.Nasihat menasihati adalah terbaik.Ini tidak ,dibatu-apikan pulak…haprak betul. Biar aku terus-terang saja.Nak bersumpah tu sumpah la , tapi tak kan nak mintak laknat keseluruhan keluarga…..berdiri bulu roma aku.Ingat laknat Allah tu macam main guli saja.Bagaimanalah pula orang2 dibelakang takbir isu itu….hanya Allah saja yang tau.Aku nampak macam AL-Quran dan rumah Allah macam dipermainkan oleh orang2 tertentu.Biarlah dulu tilam menjadi mangsa , kini bersumpah dengan Al-quran di dalam rumah Allah di hari penghulu hari ,disiarkan melalui media berkali2……masyaallah.Aku tak mau panjangkan,nanti huduh pula tulisan ku ini.

Janganlah ikut jejak2 syaitan,mereka adalah musuh yang nyata.

1 comment:

Unknown said...

Salam Pak cha,

Manusia ni kalau dah tak takut ke tuhan, apa sahaja pun dia sanggup buat.

Memfitnah orang pun dia berani, maka bukan masalah besar bagi orang macam ni nak bersumpah.