Sunday, August 10, 2008

FIRAUN LAKNATULLAH

FIRAUN LAKNATULLAH

Orang besar tak dipandang Allah , kecuali ia beriman . Apa nak dipandangkan besarnya , besar kelentong , besar menipu , besar mengikut nafsu , besar-besar saja. Mungkin juga ia besar kerana bakanya bermula besar . Baka Firaun cukup besar , pernah jadi raja besar,kuasa besar,Negara pun besar. Baka Darwin juga cukup besar,kerana dia mengaku dari keturunan kera.Kera tiada istimewanya ,kecuali sang hanuman dalam epik hindu.Qarun besar kerana kekayaannya,dan dia juga tiada istemiwanya kerana setiap hari ditelan oleh bumi .Kuasa2 besar dulu pun habis musnah,kerana tanpa iman catatan sejarah mereka cukup sedih.Kuasa2 Namrud,Samud,Rom,dan tak terhitong banyaknya di telan zaman.Tak banyak manfaat yang diambil pedoman oleh orang terkemudiannya.

Tak dak manusia pun teringin nak namakan anak2 sendiri dengan nama Firaun , Qarun, Namrud atau Samud dan sekategori dengannya. Bukan saja orang Islam , malah orang bukan Islam pun tak sudi nama yang berkenaan. Lebih baik beri nama Tiger Woods, Carpenter, Green , Rose , dan lain2nya . Nama cucur cekodok adalah lebih glamour dari nama2 yang telah dilaknatkan Allah.

Manusia kini terkhekeng , lalai dan maknga kerana berpenyakit jiwa . Penyakit jiwa tak boleh diubati oleh otak manusia.Otak hanya boleh mengubati penyakit tubuh-badan manusia. Allah turunkan Para Nabi untuk memberi penawar pada jiwa manusia.Melalui ajaran dan petua2 dari para Nabi umat dapat keuntungan dan kejayaan dunia dan akhirat.Jiwa yang tenang mudah menjawab soalan Rabb tentang nikmat umur,sihat , ilmu dan harta.Kalau tidak manusia akan jadi macam ikan dalam belat , mudah ditangkap dimasukkan dalam belanga.Walaupun digerpak dan di pujuk,mereka dah berada dalam belat.

Serabut berpikiaq manusia akhir zaman.

1 comment:

Unknown said...

Dah memang tertulis sejak azali lagi manusia akhir zaman memang terlalu haprak. Lebih haprak dari zaman jahilliah.