Sunday, August 24, 2008

MACAM TIKUS MEMBAIKI LABU

KITA NI BAGAI TIKUS MEMBAIKI LABU


Suasana kita nampak cukup kalut.Ada berbagai kerenah yang kita hadapi dalam hidup kita.Di PP44 sibok dan kecoh dengan pilihanraya kecil.Cerita2 burok hangar-bingar di sana-sini.Aku tak mau cerita kerana semua dah tau ceritanya bila berlaku pilihanraya kecil.Mulut2 pemimpin besar pun kekadang tersasul dan celupar jadinya. Dan berita terkini aku dapat tau Imam Ramlang Porigi yang terlibat dengan sumpah saifool akan buat u-turn pula di pentas PKR.Sila klik http://tukartiub.blogspot.com/ dan juga http://msomelayu.blogspot.com/


Sebahagiannya pula meriah dengan sukan olimpik.Sambutan ini bergema seluruh dunia.Tapi sebagai Negara kecil rakyat Malaysia cuma tertumpu pada badminton.LeeW.C cuma boleh membawa balik pingat perak.

Di Kedah rioh-rendah kerana memenangi juara Piala Malaysia,sekaligus memenangi 3 piala berganda.Satu rekod baru bolasepak Malaysia.Itulah hadiah untuk DYMM Sultan Kedah menyambut 50 tahun pemerintahannya.

Kerana cuti sekolah diserata tempat kenduri kawin berderet-deret.Setiap hari ada saja jemputan dari dekat dan sanak-saudara yang jauh2.Walaupun minyak masih mahal terpaksa juga pergi.Dan turun 15 sen pun kerana ada pilihanraya di Permatang Pauh.Kalau tidak masih tak turun , kerana takut Negara bankrap.Semua kerana politik.Tapi rakyat sudah cerdik,susah nak tertipu.Pasai kenduri ni pula,orang2 tua dulu larang membenarkan anak2 kawin dekat dengan puasa.Takut ‘berbulan-madu’ di siang hari .Jenoh bayar kiparat.

Dipulau Wan Man ,tilawah al-quran bergema setiap malam seiring dengan apa yang saya sebut di atas. Memberi nasihat dari petikan2 ayat2 yang dibaca untuk pendengar yang mulia.Sepatutnya dengan nasihat2 yang mulia itu ,tak lah berlaku kekejian di Permatang Pauh, di Beijing , di stadium bola dan di rumah2 kenduri.

Dan lagi seminggu nak sambut Merdeka ke 51. Sunyi sepi langsung tak dengar kegairahan nak sambut kemerdekaan Negara.Berbeza sekali dengan 50 tahun yang berlalu.Tak dak bendera dihias seperti dulu2.Tiada ada sambutan pra-merdeka , dan tak tau ada ke tidak sambutan penutupan kemerdekaan. Macam dah hilang kecintaan pada Negara. Rakyat banyaknya dah lupa pada merdeka,yang depa ingat hanyalah pungkur Saifool.Resipi pungkur memenuhi setiap ceramah di PP 44.Adakah ini nilai budaya bangsa kita terkini ?

Di pondok pengajian Tok2 Guru sedang mengulangkaji kepada anak muridnya tentang puasa,juga mungkin jatuh sehari selepas hari merdeka 31 ogos.Mereka sibok mempersiapkan diri menimba berbagai2 subsidi yang akan diberi oleh Allah dalam bulan Ramadhan.Hanya sedikit saja yang ghairah menanti Ramadhan.

Mai kita kaji diri sendiri,mai kita sambut ramadhan Al-Mubarak seperti mana yang Allah anjurkan.Biar depa sibok dengan depa,kita sibok sama kita.Di akhirat nanti nafsi-nafsi.Yang depa dok buat tu macam ‘tikus membaiki labu’.

No comments: