Friday, August 22, 2008

BETWEEN MANUSIA AND LEMBU

HAWA NAFSU

Koman sepana kalau dok ikut hawa nafsu.Susah nak didiknya.Kerana sepanjang 11 bulan dia dididik oleh syaitan.Cuma dalam bulan Ramadhan saja dia terlepas dari syaitan kerana syaitan ditambat.Tapi ngapa juga hawa nafsu masih menggalak ,tak menjadi walaupun taukenya ditambat dalam bulan Ramadhan ? Kerana nafsu telah mendapat diploma dalam 11 bulan.Dia masih menggoda.Individu tak mau berubah juga.Masih keras dan ketegaq.Rugilah kita kalau tak boleh kawal nafsu.

Setengah ulamak mengibarat nafsu sebagai binatang khinzir,sebagai babi.Membela beberapa ekor anak babi dengan memberi sebaik penjagaan .Dengan mandi bershamfu-mafu.Tidor bertilam tebal.Diberi makan yang baik2.Tapi selepas 6 bulan dilepas didalam hutan.Dengan masa itu juga babi 2 itu akan berlari mencari yang busuk2 dan memakan apa apa saja bangkai yang dijumpai.Begitulah sekali dengan nafsu.Cukup kurang ajarnya.Pasai tu baru saja seminggu berpuasa ,kita dah tergedik2 dengan nak raya.Malahan belum berpuasa lagi , dah mula dengan persiapan hari raya.Dah terpampang digedung2 besar dengan poster2 raya.Dah mula order kek raya.Dah beli pakaian raya.Dah rancang nak tukar perkakas rumah.Tergedig2 jadinya.

Kerana nafsulah derajat manusia merudum.Merudumnya derajat menggamit berbagai malapetaka dari Allah.Dengan gunung berapi.Dengan gempa bumi.Dengan rebut-petir.Dengan berbagai2nya yang manusia sebut bencana alam.Nafsu lah yang membuat manusia memanggil dugaan Allah sebagai bencana alam…..haprak punya nafsu.Hapraklah lagi manusia yang memilikinya.

Allah tak berikan Malaysia gunung berapi yang menghilangkan beribu2 nyawa.Allah juga tak berikan Bolehland dengan gempa bumi yang menelankan beribu2 nyawa.Allah juga tak berikan negeri Hadhari kebuluran dan kemiskinan yang juga membunuh beribu2 nyawa.Tapi Allah memberikan keruntuhan akhlak muda-mudi ratusan ribu jumlahnya.Asyik dengan rempit,asyik dengan muzik,dengan sure heboh,dengan akademi fantasianya,dengan sukan yang berlebihan,dengan berbagai lagi yang aku tak pandai nak sebut,semuanya tergolongan dalam gelanggang nafsu syahwat . Pusat2 hiburan menjadi target bolehland memikat generasi muda mudi.Jemput lagi Betina Gerudi dari seberang. Tiada amal-makruf dan nahi mungkar.Zina dan liwat meniti disetiap bibir,kerana dieksploit dalam setiap jenis media,untuk membela diri.

Kita manusia bolehland makan nasi,bukan makan rumput.Tapi sapa lebih bodoh dari yang memakan rumput.Lembu makan rumput,tapi dilihat mereka lebih cerdik.Dagingnya memberi manfaat kat manusia.Lembu mampuih tak makan daging manusia.Taik lembu dibuat baja.Taik manusia orang maki haramjadah kerana busuk.Nak tau nilai diri,tengoklah hasil yang kita keluarkan dari lubang ajaib.

Nilai manusia terhasil bila boleh kenal diri dan kawal hawa-nafsu.Selamat berpuasa dan mendidik nafsu.

3 comments:

Azizi Ahmad Termizi: said...

Pak Cha

selamat menyambut Ramadhanal mubarak

Unknown said...

SELAMAT BERPUASA PAK CHA..

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Sdr2,

sama2lah kita memakmurkan Ramadhan al-Mubarak.

Bulan penuh subsidi untuk umat Islam