Monday, August 18, 2008

SAPA NAK JADI KERA @ BEROK ?

BOH JERAT DI TENGKOK,NAIK POKOK NYIOK

Tajuknya menggamit sesapa saja cuba nak jadi sekor kera atau berok.Kera dan berok pandai panjat pokok nyiok.Zaman nabi Musa as dulu ada satu puak disumpah jadi kera.Dari peristiwa itulah Darwin ketengahkan teorinya,teori Darwin.Manusia berasal dari kera.Dia buta sejarah manusia,dan orang yang tak buta juga percaya dengan kelentong Darwin tersebut.Sampai di universiti teorinya di ajar . Professor2 pun boleh dikelentong oleh Darwin.

Dalam Al-quran peristiwa kera ni cukup jelas.Cuma manusia tak mau percaya.Orang yang beriman pun mudah jadi fasik.Berapa banyak sekarang orang yang beriman ,tapi tergelingcir menjadi fasik kerana ingkar dengan sesetengah perintah Allah.Sebut saja nama Allah,mereka semua mengakuiNya.Sebut saja hukum2 Allah,berapa banyak kata tak sesuai.Tak perlu menutup aurat,biar telanjang terus tak per.Sehingga satu ketika dulu para pemimpin berkata hukum Islam akan mencetus huru-hara.Sehingga Al-quran pun nak ditafsirkan semula.Malah pernah mempersoalkan janggut nabi…….masyaallah.

Orang itu masih hidup hingga kini,dan kini merana kerana tidak dihormati lagi oleh orang2 yang pernah ‘menyembah’nya dulu.Kita tak tau bagaimana seksaan batinnya.Sampai bila akan berterusan.Dia dapat melihat sendiri kesan dari kerja-buatnya semasa berkuasa dulu.Aku masih ingat Mullah Ustaz Fadzil berdoa supaya dia boleh hidup lama,supaya dapat melihat kesan2 dari kekuasaannya dulu, dan aku turut mengaminkan doanya.

Hari ini dah banyak lagi cuba nak jadi berok dan kera.Kera dan berok berberanak dengan ramainya.Berjumlah lebih dari kera dan berok di hutan.Rioh-rendah macam kera dan berok di zoo.Lompat sana,lompat sini.Dari pagi ke malam diberi makan percuma.Ada yang disogok dengan wang berjuta.
Zaman aku mengaji di Sekolah Melayu dulu ada sebuah cerita tentang hakim berok.Dia cuba selesaikan masaalah sebiji pisang.Pendakwa dan yang didakwa sama2 binatang.Jadi sama2 binatang la mereka.Akhirnya sebiji pisang itu masok dalam perut hakim berok.Itu sama2 binatang yang kurang akalnya.Bagaimana manusia yang berakal ? Aku jadi bingung.Sebab tu Allah akan adili semula segala masalaah manusia di akhirat.Bila2 pun kita manusia tak boleh adil.Allah lebih mengetahuinya. Ngapa berani boh jerat ditengkok ? Nak naik pokok nyiok ? Ingatlah buah nyiok akan gugur juga ke bumi.
Dalam nyiok ada santannya.Dalam santan ada minyaknya.Dalam minyak ada taiknya.Taik minyak ada sedapnya.Taik manusia,masyaalah busuknya.Aku suka baca buku SHIT karangan SN Shahnon Ahmad.Ikut Shahnon kepala taik cukup keras.Sekeras2 kepala taik.

1 comment:

Unknown said...

Salam mr. pak cha. moha sihat selalu.

Kat kampung aku di pahang memang banyak berok. Ada sekor berok tu kami panggil dia bapak berok. Memang glamor berok sekor tu. Nama dia A.Y....