Friday, August 29, 2008

POST-MORTEM CARA AKU

POST-MORTEM SECARA RANDOM


1.

Aku cuba membuat kerja secara aku.Cara tersendiri.Sendirian berhad.Limited to one person.Tak mau bincang2 lepas tu buat rumusan.Buat cara random.Dan sekarang pun orang2 politik dah sibok2 dok buat post-mortem pilihanraya kecil P 44.Apa sebab kalahnya,apa sebab menangnya.Bukan apa salahnya aku buat,dan apa silapnya aku buat,dan tipunya aku buat, dan mengapa bohongku tak mengena,dan mengapa cuba nak reka2kan cerita yang orang tak percaya,ngapa orang tak endah dengan berita2 TV dan media massa.Apakah orang lani dah pandai nilai yang mana saheh dan yang mana palsu.Tiba2 harga minyak turun,dan orang mula boleh membaca helahnya.Tiba2 dapat duit RM 200,orang pun mula tau helahnya.Ngapa la ni orang pandai makan umpan tak telan bersama kailnya.Seribu satu macam lagi .Dan orang tau lebih dari seribunya.


2.

Bila ada pilihanraya aku tengok orang kita jadi makin hodoh.Dari atas sampai kebawah.Cacat budaya bangsa.Nasib baik tak dah dok selak kain macam dulu.Tak dak dok raba puteri.Tak dak cerai bini.Kalau lah ada tu lagi cacatlah pula Islam hadhari.Macam2 ada,macam astro pula.Tapi kali ni lebih kecoh dari segi akhlaknya.dengan liwat ,dengan sumpah,dengan Ramlang Poriginya,dengan sorakan2 yang jijik dan meloyakan.Dengan al-sodomy dan altantuyanya.Air lior rasa masin,boleh saja muntah walaupun tak mengandung.Bukankah semua itu akan memupukkan kezaliman yang selama ini kita cukup membencinya.Ada ciri2 membenarkan rasuah.Apakah kita rela membenihkan lagi murka2 Allah.Nanti akan ujud lagi ‘habul-mal dan habul –dunia’.Sebenarnya demokrasi tak membawa kita ke mana2.


3.

Hasrat nak memartabatkan agama ke tahap yang lebih murni terhakis di segenap langkah menuju ke parlimen.Kemana lari semua cerdik-pandai,kemana pergi semua yang di tauliahkah mengajar agama ? Tegurnya salah-silapnya.Tegurlah walaupun satu ayat. Ke mana perginya Penasihat Agama ? Inilah masanya memberi nasihat.Cukup bulan gaji jalan.Dakwah tak jalan.Majoriti jadi jahil agama,tapi jadi alim dunia.Ustad2 pun dah jadi kopiah longgar.Satu label baru ‘ustaz kopiah longgar’.Sama2 paham maknanya.Jadi tak ikhlas ,buat kerja kerana duit ,kerana pangkat,kerana nak ampu.Nak cari makan konon.Ulat dalam batu pun boleh cari makan.Dunia masih luas,pi lah cari yang baik2.


4.

Aku baca thestar , Dr.M backfired Saudara Anwar kerana menang dengan majority lebih dari 15 ribu.Serangan peribadi patutlah dielak oleh orang2 tua.Takut jadi ikutan orang2 muda pula.Dalam pertemuan dengan Youth Group from the Presbyterian Church pada 28 ogos,Dr.M seperti berkata “ He could convince even the devil to follow him”. Kata2nya itu jelaslah bahawa memang ada pengundi2 hantu.Right or wrong ? .

Kita boleh berbudi-bahasa dan berhati mulia,tetapi mengapa tidak semasa pilihanraya ? Di manakah benarnya apa yang dikatakan ‘pilihanraya yang bersih’?..........phoorahhh,cakap saja.





2 comments:

mamat said...

Anwar menang besar sebab undi cina dan india. Undi orang melayu tak banyak berubah.

Yang bodoh tetap bodoh macam tu la. Susah kita nak mengubah orang melayu ni.

Dalam keadaan umno yang langsung tidak relevan sekarang namum umno masih mendapat undi 15ribu lebih. Bagi aku ia satu jumlah yang besar bagi umno yang keparat.

Susah pak cha untuk kita membuka mata orang melayu ini. Sangat susah!!

Salam Ramadan buat saudaraku Pak cha & mak wan....

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

sdr mamat,

orang yang dah layu memang sukar nak disegarkan.
yang muda2 masih boleh diajar.
yang dari saluran 1 tu memang dah tak dak can lagi.
insyaallah memakan masa.

juga salam ramadhan mubarak dari ku dan mak wan.mai kita kejarkan bonus2 yang Allah tawarkan.