Sunday, August 10, 2008

PIKIAQLAH ,APA UNTUNGNYA & RUGINYA

PIKIAQLAH,APA UNTUNGNYA ?


Untung dan rugi memang selalu kita dok kira.Kalau untung kita akan kebas,kalau rugi kita belah.Tapi untung pun bukan sebarang untung,kalau rugi pun demikian juga.Yang aku nak cerita ialah pasai gelagat kita la ni.Kerja buat kita tu apa untungnya dan apa pula ruginya.Nampak macam kita dalam keralekan dan lengai.Tak tentu pasal ,tak tentu punca tercetus berbagai perkara yang aneh2 dan kadang kala meluat .Apalah untungnya dan ruginya.

Kalau ada duit banyak,apa kah untungnya kalau bukan dari sumber yang halal…..no way ,kalau sumbernya haram,mana ada untungnya.Qarun dah buktikan ruginya,dan sedang menerima azabnya setiap ketika,azab yang sentiasa bertambah….nauzibillah.Tapi kita tak ambil pedoman , kita Cuma cari Al-Ghazali,kita Cuma cari Al-Shafie,tapi kita buat2 tak jumpakan mereka.Seolah2 kita memperlagukan kata2 kita,menyanyi2 tanpa lagu dan iramanya.Macam berduet dengan syaitan.macam berdendang di alam mimpi,macam adegan dalam filem2 hindustan yang penuh dengan khayalan yang tak berkesudahan.

Gejala menjatuhkan maruah seseorang menjadi mainan dibibir yang durjana.Bibir yang bertaut rapat dari ketentuan2 yang benar dan bibir yang ternganga luas mengeluarkan busuk dan najis yang tak ketara baunya,mengharung melintasi benua dan angkasa .Bibir yang disolek begitu cantik dan rupanya , menjadi satu symbol laknat yang tak menghairahkan lagi.Bibir juga menghukum tak tentu kesahihannya,menjadi ia lebih kedajalan yang pasti menonjol di akhir zaman.Memfitnah dan tuduh menuduh apalah untungnya.Yang dianggap arif dah tak arif lagi.masing2 bergelumang dengan najis taik akhir zaman.Taik dajjal.Akal orang zaman la ni dah tak lurus lagi.Akal berbelok2 ,berbelit2,pusing-memusing dan dah hilang puncanya.Sapa pandai pusing,sapa pandai belit,kononnya cerdik dan pintar.Mana ada pintar dan cerdiknya bila dah hilang punca.Puncanya Al-Quran dan Hadis.Tapi itu dihilangkan dari pandangan…rugilah mereka…nauzubillah.Ada yang mengaji agama pun boleh hilang puncanya.Kalau gitu,buangkanlah title ustaz dalam tong MDKT.Mereka tidak lagi nampak tenang kerana hati mereka ialah serigala.Menunggu ketika untuk membaham mangsanya.

Zaman berbalah dah bermula.Rioh herok pekok kesegenap pelusuk Negara,memekakkan telinga.Tak dak apa pun manfaat kepada yang berbalah.Lebih2 lagi tak dak manfaat kepada masyarakat.Cuma membusukkan suasana.Nak tau sapa menang atau kalah ,kita tunggu di akhirat.Itulah keputusan hakiki.

Ingatlah perkara agama bukan boleh buat sesuka hati,tak boleh direka2.Semua kerja buat kita adalah perkara agama.Mana boleh kita lari dari perkara agama.Siapa lari dari agama……nauzubillah.Buatlah dunia sendiri,kalau boleh.Perintahlah bersendirian,mana boleh…..phooorahhh.

Nak cerdik,jadilah hamba Allah.

No comments: