Friday, October 17, 2008

KALAU NAK CARI REZEKI..............BELEK-BELEKLAH AL-QURAN

KALAU NAK CARI REZEKI…….


Siang-malam,pagi-petang makhluk Allah berpusu2 mencari rezeki.Terpaksa bangun awal pagi,terpaksa berjaga malam.Buat OT berganti masa,semua tak jadi hal.Manusia dan binatang mudah bergaduh kerana rezeki.Tumbuhan berlumba di bawah tanah,dan berlumba mendapatkan cahaya matahari di udara. Itu semua untuk membuktikan bahawa rezeki Allah ada di perut bumi dan di langit.

Manusia rata2 nampak rezeki di bumi . Tumbuhan,galian ,air ,minyak ,permata dan lain2nya. Dalam Al-Quran menyebut bahawa rezeki Allah datang dari langit . Banyak yang datang dari langit.Yang kita tau puncanya ialah dari air hujan dan cahaya matahari.

Akhir2 ni baru kita tau cukup banyak rezeki di langit.Baru kita nak berlumba2 mendapatnya dan memilikinya.1400 tahun dulu lagi Al-Quran telah jelaskan rezeki di langit.Tapi kita tak manfaatkan ilmu Al-Quran. Yang dapatnya orang bukan Islam yang mengkaji isi Al-Quran.

Jutawan2 sekarang memiliki harta dari langit.Lebih banyak dari jutawan yang memilki harta di bumi. Dengan penguasaan udara mereka miliki rezeki udara.Telefon,kapalterbang,jet,satellite,siaran cara langsung,handphone,computer yang kita guna , tenaga suria, dan banyak gas yang terapong dilangit yang belom diterokai semuanya hasil dari langit.Kita dah terlewat,kita masih ternganga-nganga. Tapi kalau dok lalai bertengkar tak tentu pasal kita akan terus rugi.

Kajilah Al-Quran , semuanya ada.Mari kita manfaatkan rezeki dari Allah untuk dunia dan akhirat.

STOP THAT RUBBISH WORKS , YANG KITA SUKA LAKUKAN SEKARANG.

2 comments:

9w2azx said...

adakah kerja saya sekarang ni tergolong sebagai kerja berkaitan 'benda2 langit'?

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

My cousin,

Ya,rezeki mu hasil dari langit.Syabas,saudara mendahului lebih awal.Bukankah rezekinya berlimpah-ruah ?.Alhamdulillah.Cikgu macam kami,hasilnya dari air lior.

Terima kasih kerana bersama ku dalam blog dari ulu Sik.