Saturday, February 28, 2009

UGLY , UGLIER , UGLIEST

UGLY AND UGLIER , UGLIER AND UGLIEST

Hangpa ingat aku sapa ?
Aku bukan ahli khasyaf , aku bukan orang alim , aku tak ngaji bahagian agama , aku bukan ustaz , sekaligus aku bukan tok guru.Aku Cuma cikgu.Bekas cikgu.Jadi tak padan aku nak cakap pasai agama.Tapi aku nak cakap juga pasai agama.Kerana tanpa agama kita jadi haprak.Aku takut jadi haprak.Haprak la ni bermaharajalela tanpa disedari.Haprak menggoda pemuda-pemudi.Haprak menggoda cerdik-pandai.Haprak menggoda ahli professional.Ahli2 politik juga semestinya digoda oleh haprak.Virus haprak jarang orang kaji.Mereka lihat sebelah mata saja.Bukan lapangan doctor nak kaji virus ni.Tok2 Guru saja dok kaji masalah ni.Tapi sapa nak dengar hujjah tok guru.Depa kata tok guru kain pelaikat tau apa.Sempit dan jumud.Nabi kita pun dicaci sebegitu oleh kaumnya sendiri.Apa nak heran,anak miskin dan yatim.Tak pandai tulis dan baca.Tok guru tak pandai inggeris dan matematik.Tapi arab cair macam ayiak .Juga pandai jampi ayiak sejuk.Macam2 lagi depa tuduh.Air lior dia masin.Sekali dia maki ‘barua’,habeh tersungkur kiok.Sila rujuk Surah Al-anfaal ayat 17.Sapa menafi ayat Al-quran boleh mampuih kiok.


Oleh itu dunia dilihat semakin huduh.Lebih huduh dari srengenge.Biasa aku tuleh,srengenge tersergam huduh macam hantu.Hantu hapraklah menghuduh alam ini.Mullah ayah ku beritau,nak tengok masa depan ,tengoklah pemuda-pemudi kita.Kalau depa baik,baiklah masa depan.Kalau tidak,hapraklah maknanya.Mengapa kita ajar pemuda2 kita jadi kurang ajar.Ajar depa jadi samseng.Politik depa baru setahun jagung.Sejarah politik pun belum tau.Mereka mudah disuntek dengan elemen2 jahat.Ajak pi mesjid depa tak berapa syok.


Prinsip guru masih menebal dalam diriku.Ingin melihat anak2 muda lebih baik dari aku.Kami guru2 dulu diajar tak kedekutkan ilmu.Sekali2 jangan kencing berdiri,kerana murid akan kencing berlari.Kena paham betoi2 apa yang tersurat dan tersirat.Lani ni lebih2 lagi orang politik kencing sana,kencing sini.Kadang2 kencing atas hidong sendiri.Pemuda merempit kerana yang tua2 pun ‘merempit’.Mereka juga menguasai perangai lalat.Yang tua2 hurung projek,yang muda2 pula hurung balai polis.Ada saja isu,terus pi repot di balai polis.Apa kerja polis cuma terima repot saja ?


Hubaya2,it is getting uglier,ugliest.Yang bergelar pemimpin akan disoal Allah.Tanggalkanlah kiranya haprak ada dalam diri.Hitong diri,ingat pada mati.Duit dan harta haram tak boleh menebus dosa.Bahkan menambah dosa.Carilah pahala supaya boleh menggandakan pahala.Berlipat ganda.Setengahnya sampai 700 kali ganda.Kalau tak caya,nanti mampuih tau la…..puuuuiihhh

ZERO TO ZERO

ZERO TO ZERO

Sudah kehendak Allah nak manusia menjalani ujian dengan menghantar Nabi Adam dan Siti Hawa ke dunia.Kalau tidak kerana itu,kita dah senang-lenang di surga.Berbagai musuh ada dalam dunia.Musuh yang nyata ialah syaitan.Sehingga manusia mengikut jejak2 syaitan.Sekaligus menjadi syaitan manusia.Syaitan mendidik sehingga dalam tidoq.Kerenah2 manusia kekadang lebih dahsyat dari syaitan.Itu semua kita ada yang sedar dan tak sedar.Akhir2 ni nampak kemabukan terhadap pangkat dan harta dan wanita.Sanggup buat apa saja asalakan cita2 termakbul.Membunuh berlaku dengan mudah.Menipu,menghasud,berdengki dan segala perkara negatip dah jadi darah daging sebahagian besar.


Untuk capai impian,yang bodoh2 diperalat.Menjadi alat pun dah jadi profession terkini.Suruh apa saja,mereka akan patuh.Asalkan pulangan fulus yang berjuta.Tak tau lah apakah seksaan Allah…nauzubillah…..Projek2 mereka tak terpikiaq oleh kita.Haprak sana,haprak sini.Cukup sedih melihat agenda2 mereka dalam tatacara hidup duniawi.


Apa harus kita bikin ? Just tell everyone what is right and what is wrong.Amal maa’ruf nahi mungkar.Jangan batal 2 kalimah syahadah.Banyak orang kurang ariff pembatalan syahadah.Depa cuma ngaji tentang batal sembahyang,batal puasa dan batal haji.Batal syahadah kosonglah iman,kosonglah Islam,kosonglah pahala dsbnya.

Thursday, February 26, 2009

KIOK

KIOK


Semua orang Allah berikan akalnya.Cuma ada beza dan kategorinya.Ada akal kancil.Ada akal lembu.Ada akal baik.Ada juga yang jahatnya.Diri sendiri yang tau.Bermacam2 jenis dengan bermacam2 manusia.Antara satu dan satu tak sama.Cuma yang cantiknya apabila dari berjenis2 tu dapat bersatu.Allah berikan kaedah untuk bersatu.Nabi saw dah berikan contohnya ,hanya melalui mentauhidkan Allah.


Kerana akal tak sama,orang boleh bergadoh,berbalah,boleh bersengketa dan boleh buat apa saja.Ia bukan perkara pelek.Semua itu perkara biasa saja.Kita boleh bergadoh tapi ada caranya.Kita boleh berbalah juga ada caranya.Dan ada caranya kalau bersengketa.Islam memberi laluannya.Jangan saja2 nak gadoh.Jangan saja2 nak berbalah.Saja2 nak buat sesuatu bukan cara agama kita.Undang2 Allah melengkapi segala2nya.Yang peleknya kita la ni bergadoh ke,berbalah ke,beresengketa ke….tak mau rujuk kembali pada hukum Allah.Kita rujuk pada akal juga.Jadi sampai kiamat pun tak selesai.Mengapa nak rujuk pada QC bila Islam ada segala2nya.Itulah kita hilang pedoman.Itulah sebabnya beberapa tamaddun zaman dulu kiok gitu saja.Kita pun boleh kiok macam depa juga.


Kita boleh kiok lebih cepat melihat pada kemelut2 masakini.Dalam ‘power chase’ , masing2 dah hilang caranya.Masing2 dah lupa pada hakikatnya.Masing2 dah lupa Maha Penciptanya.Syaitan mudah membelit akal manusia yang dah engkar dengan perintah Allah.Bila kiok,tinggallah satu lagi sejarah yang bakal dicerca oleh anak cucu.


Ingatlah kiok tak berlari bila dikejar.Kiok tabah menunggu.Kerana kiok dah masak dengan fe’el manusia.Kiok memahami akal manusia.Kiok lebih sabar dari manusia.Kiok lebih jantannya dari betinanya.Jutaan manusia dah tersungkur di lutut kiok.




KEDERAT RAKYAT

KEDERAT RAKYAT


Alam berputar2 tak henti2.Justeru umur semua makhluk bertambah detik demi detik.Terus menjalani hidup dan meningkat ketuaan.Semua bertambah tua.Tidak muda.Hidup ini satu hala.Life is a one way.Tahun 50an dulu Neil Sedaka menyanyi lagu ‘one way ticket’.Kita membawa tiket hala ke surga atau neraka.Either or.Insyaallah ke surga.That is the rule of Allah.There is no such thing as rule of law.Harga minyak turun dan harga katak naik.Itulah ketentuanNya.Tak terpikiaq harga seekor katak meningkat 5 juta ringgit.Itu bukan rezeki , itu istikderat .Jangan ambik.Takut perut buncit.Berisi seperti aku katakan dulu : keburukkan,kekejian,kezaliman,kebokbrokkan,keaiban dan berbagai kehaprakkan.V.Arumugam pandai memilih tak menerimanya.Insyaallah dia akan mendapat hidayat,kalau Allah restuinya.Yang kata beriman membelahapnya….nauzubillah.


Kesian kat raja2 kita.Mereka diperbodohkan oleh hulubalang2.Ingat balik kejatuhan Melaka dulu.Hulubalanglah yang membuat angkara.Raja dan rakyat mesti hidup bagai isi dengan kuku,baru boleh aman.Tiada rakyat,tiada raja.Sapa nak jadi raja tanpa rakyat ? Rajakapoor pun ada rakyatnya,ahli keluarganya.Raja gopal pun ada ahli keluarganya.Rajasingam pun mempunyai ahli keluarganya.Raja Sehari pun ada rakyatnya.Kuasa raja terletak atas kederat rakyatnya.Rakyat bekerja,raja memerintah.Raja adil raja disembah , tak perlu lagi pohon derhaka.Doa rakyat membawa berakah.Rakyat cuma mahu sesuap nasi.Hulubalang mau pangkat dan harta.Sebab itulah kena pilih hulubalang yang cerdik.Mereka tak pandang pangkat dan harta . Kalau pandai memilihnya dunia aman.Mereka boleh mengimbangi kuasa raja dan kederat rakyat.Raja bijak,hulubalang pandai membikinkan rakyat toleran.Negeri aman damai.Boleh berkongsi dalam semua hal.Allah akan turunkan rahmatNya.Syarat utamanya beriman dengan Allah.

Tuesday, February 24, 2009

SYOKnya DUNIA !!!

SYOKnya DUNIA !!!


Dok kelam kelibut tu dah mencecah tahap mendidih.Masing2 dok lonjat panas pungkoq.Kalau baca sejarah mudah orang paham.Kalau mengaji sejarah lagi mudah paham.Kalau kenai sejarah mudah tau apa itu betoi,apa itu salah.Tapi berapa ekoq yang tau sejarah.Paling sejahtera seseorang yang kenai sejarah diri sendiri.Afdal sangat untuk setiap individu.Ia mencetus harmoni luaran dan dalaman.Ia mencetus kepuasan rohani dan jasmani.Ia mencetus keamanan dunia dan akhirat.Ia menseimbangkan jasad dan roh.


Dalam Al-quran banyak cerita sejarah yang memberi pedoman.Sejarah orang besar2 ada banyak.Banyak juga sejarah orang2 yang dipandang kerdil.Banyak kisah orang2 besar yang haprak.Bukan sedikit pula kisah orang2 kerdil yang mulia.Seterusnya juga Allah berfirman memberitau kita kesudahannya.Ada terhumban ke neraka.Ada terpelihara di dalam surga.Yang syokkan dunia tak syok selama2nya.Yang terhimpit di dunia dan kenal hakikat kehambaannya dapat syok akhirat abadan-abada.Bacalah dan mengertilah,insyaallah mendapat pedoman.


Bila mai ke dunia banyak yang nak jadi tauke.Hilang hakikat semulajadinya.Tak kenal kehambaan kerana terlalu ghairah dengan dunia.Jadi tak sedar bila tengok dunia.Mulalah berhaprak sana,berhaprak sini.Ingatlah saudara2 dan anak2 ku jangan lalai dengan ajaibnya dunia ini.Kadangkala Allah berikan sebagai rezeki halal,ambillah.Tapi kekadangnya diberi Allah secara istikdrat .Kalau tak mengerti jahanamlah masa depan.Pandai2lah memilih.


Had dok kelibut la ni tu,kalau Allah nak selesaikan mudah sangat.Apakah hang perdana menteri,apakah hang menteri,apakah hang raja,apakah hang apa saja, dengan Kun-Fa-Ya-Kun habeh bercelamor.

Monday, February 23, 2009

RIBUT BESAR MELANDA NEGARA

RIBUT BESAR MELANDA NEGARA


Ekoran masing2 nak jadi pemimpin,masing2 nak tunjuk pandai,masing2 nak tunjuk terror,masing2 ada pengikut yang ramai,masing2 boleh atasi segala mahenah kerana masing2 berupaya dan masing2 ada sebagainya dan sebagainya,telah menjejaskan pertumbuhan kemanusiaan seperti manusia.Manusia jadi hilang diri.Tak kenal diri sendiri.Tak tau potensi diri.Cuma yang ada keegoan membaluti diri.Cakap besar, sombong,irihati hasad dan dengki dan setiap sifat mazmumah menjadi milik diri,untuk diri sendiri.


Aku membaca blog noshiba orang Ko’diang tentang ‘astrosurfing’,satu unsur baru dalam teknik meraih sokongan.Kerana kepintaran orang kita baru saja keluar dari tempurong,boleh memputarbelitkan kefahaman mereka dalam ribut2 terkini yang melanda Negara.Dari kefahaman ku ‘astrosurfing’ adalah juga satu penipuan digunakan oleh orang masing2 takdi.Masing2 orang itu boleh guna teknik ‘astrosurfing’ ni untuk mengangkat diri sendiri.Dulu Cuma orang kenal ‘masuk bakul angkat diri’.Kini tak payah masok bakul.Caranya ‘astrosurfing’.


Tak kira dalam apa hal.Tak kira pada mana2 manusia.Tak kira pada mana2 hajat.Tak kira pada mana2 pemimpin.Apa saja , harus ada teknik Harus ada taktik kotor.Manusia tak bersih kalau tak dibersihkan.Manusia kotor.Setiap pagi kita menghasilkan bahan kotor.Taik.Kalau tak dibersihkan,kotorlah kita.Kotor tak lari kalau hasil yang dimakan dan diminum itu kotor.Sebab tu manusia tak takut pada dosa.Sebab kotor.Susah nak faham satu2 tu dosa.


Kalau betul manusia tu Islam,mengapa harus ada taktik jahat.Ada taktik kotor.Ini satu ribut yang cukup besar. Lepas ni ada lagi ribut berahim ali.Tak habis2 dengan kemelut.Apa yang dia dok cari,entah apa bendanya.Aku pun tak paham kehendaknya.Mungkin dia pun nak lompat,sebab pitih yang depa dok tawar tu cukup kalau nak jadi jutawan.Pasirnya walaupun mas tak menjaminkan pitih.Dengan ribut2 kecil dan besar.Dengan astrosurfing.Akan melanda Negara Debunga2 akan dilarikan angin entah kemana.Pokok2 akan mandul.Daratan akan gersang dan lautan dan tasik akan kering.Percayalah,walaupun aku bukan ahli khasyaf.

Sunday, February 22, 2009

CITARASA DAN RESEPI NEGARA & JUGA BANGSA

CITARASA DAN RESEPI NEGARA DAN JUGA BANGSA


Dah 3 hari aku menyepi.Rasa malas nak tuleh.Rasa bosan nak berkata.Rasa meluat melihat berbagai tragedy.Rasa macam hidup di Negara Afrika.Bergomoi tak tentu pasai.Nak bangunkan tamaddun,tapi masing2 haloba.Sifat mazmumah berselaput di diri.Kokok berderai2,ekor bergelumang taik.Mula2 bau masam-manis,selepas tu busuk macam taik.Celaru sana,celaru sini.Rioh-rendah memusuhi.Tapi masing2 sepi untuk membaiki.Lidah kelu dalam lior basi.


Penyakit ‘menggila’ menyerang dan nampaknya sampai kiamat pun tak selesai.Kalau tak ada tindakan merawat segera,penyakit akan jadi lebih parah.Lepas itu hidup semua tak akan senang.Macam di Kompuchea dulu.Macam di Vietnam dulu.Macam di Gaza sekarang.Macam di Palestin sekarang.


Rakyat macam terperangkap.Macam berada di kangkang gergasi.Apa ada pada mereka ? Ada teloq pun dah tak berfungsi.Apa mereka mau ? Mereka mau sesuap nasi.Kalau beri mahligai pada mereka , mereka tak bisa nak maintain.Dangau buruk sudah cukup untuk berteduh.Mereka mau supaya ‘lalat dan langau’ tak mendekati mereka.Mereka mau dengue dan chikungunya dibasmi.Mereka mau pemimpin berkerti mulia.Mereka mau pemimpin pandai mehusabah diri.


Mereka mau keburukan,kekejian,kezaliman,kebobbrokan,keaiban tidak bersemadi dalam perut pemimpin.Itu pun belum habis lagi.Masih banyak lagi.

Wednesday, February 18, 2009

MAKIN SERABUT

Semakin hari semakin serabut.Apa nak jadi .Di Perak lebih kalut lagi.Nampak macam kerja londeh melondeh.Nak perintah atau nak jaga bilik tidoq orang.Masing2 dah hilang malu.Makin serabut,makin berjerubu,makin gelap.Selepas islam hadhari,apa lagi mau mari.

Aku rasa not worth writing now.I will take leave for a few days.Supaya minda ku tak jadi korup.

Monday, February 16, 2009

NO TRUTH , NO JUSTICE

TRUTH AND JUSTICE


Dikatakan bahawa sejarah memerlukan kebenaran,kerana masyarakat menuntut keadilan.Zaman aku ngaji dulu matapelajaran sejarah cukup laku macam goreng pisang.Majoriti berminat belajar sejarah.Guru sejarah pula cukup tinggi prestijnya.A world know-how.Dia kupas sejarah dari akar umbinya.Hakikat sebenar di kupasnya secara teliti supaya pelajarnya tak keliru,kerana ada yang tak benar.Tidak ada truth.Aku tau teori Darwin itu tipu,no truth.Guru aku yang bagi tau semasa di special malay class lagi.Tapi bila jawab soalan periksa ,cikgu aku suruh ikut macam pendapat berok tu lah.Supaya lulus.Begitulah benarnya cikgu ku. Macammana tok guru dok pesan.


Kerana kita tak membikin sejarah satu kebenaran telah menyebabkan keadaan yang celaru menjadi lebih celaru.Masing2 kupas mengikut hotak masing2.Sehingga rakyat tak boleh berfikiaq secara rasional.Masing2 nak menipu dan menekan pihak lain.Tafsir untuk kepentingan kumpulan tertentu,kroni tertentu,mazhab tertentu.Masing2 pakat berbohong,sehingga kebenaran atau truth tidak lagi ujud.Ingatlah propaganda tu ialah memporak-porandakan.Ia penipuan.


Kita adalah agen2 sejarah untuk anak cucu kita.Kalau tidak benar yang kita lakarkan,maka anak-cucu dibohongi oleh kita sendiri.Kita menipu anak-cucu.Kita jadi pembohong .Kita jadi penipu.Jadi tuntutan manusia nak mendapat keadilan akan musnah.Terkubur saja truthnya.Jadi kita ni cukup bodoh.Membengkokkan yang betul.


Dengan ghairahnya orang berpolitik,maka politikus atau politaikkus harus berhati2 tindak tanduk supaya tidak menjadi agen pembohongan.Jangan lari dari landasan yang sebenar.Jangan cuba mereka2 membuat lencongan2 dari idea otak2 palsu.Padah untuk diri dan anak-cucu.Ada hadiah pula ke ?, hadiah2 bernilai puluhan juta ringgit untuk membuat lencongan.Jaga2 ada malaikat yang menulis mencatat perbuatan kita.Jangan cuba memarakkan api neraka,kerana api dunia pun kita tak tertahan.Kalau dah terlanjur silakan bertaufat dan minta ampun pada semua manusia yang kita telah tipu.Kalau sanggup selamatlah,kalau tidak , mampukah berdepan dengan api neraka ? Syok sebentar,tapi azabnya terlalu lama.Harta,duit dan pangkat dari jalan tak benar menjadi bahan bakar di neraka kelak.Pastikan harta sah,duit halal dan pangkat bukan dari merampas hak orang lain.



“History requires the truth,and society demands what is just”.Kebenaran tak dapat lahir.Undang2 bikinan manusia berlapis2,tindih menindih,tak boleh memberi keputusan.Boleh saja dipertikaikan oleh undang2 yang lain.Tak lahir truth.No truth,no justice.



Sunday, February 15, 2009

MENJILAT,MENDERHAKA & MERENUNG

MENJILAT,MENDERHAKA DAN MERENUNG


Tercetus di akal ku nak memperkatakan sebagai pandangan mengenai masyarakat manusia di dunia hari ni.Dengan segala kerenah dan isu yang menumpang di alam ini membuat penghuninya berpecah belah sejak dulu lagi.Jarang jumpai manusia boleh hidup aman damai .Lembu kerbau boleh meragut rumput di padang hijau , adalah dilihat lebih ‘kemanusiaannya’ dari kita manusia . ‘Kemanusiaan’ manusia dilihat lebih jijik dan ‘keperibadian’ manusia lebih memihakkan kepada ciri2 ‘menderhakakan’ Allah dan rasulNya.Disamping itu bila ‘menjilat’ pula tak kena sasarannya. ‘Menjilat’ apa saja yang belum tentu halal-haramnya.Hilang ciri2 kenabian dalam diri dan diluar diri.Menjelma ciri2 anjing kurap yang suka menjilat2 di tong2 sampah.


Bila aku merenung dengan akal yang ada,aku lebih waspada tentang elemen2 penjilatan dan penderhakaan.Kerana jilatan yang tak sempurna akan rosak roh dan jasad.Bila rosak mudah sangat ia menderhakakan Allah dan RasulNya.Tak merenung manusia hilang kesadarannya.Bila tak sadar mudah jatuh ke taraf haprak.


Renunglah sejenak,ia menjauhkan dari haprak.





Saturday, February 14, 2009

ILHAM DARI CERITA " MUSANG BERJANGGUT "

DI BAWAH DEMOKRASI


Aku dah meluat nak tuleh pasai politik ni , kerana dari politik tercirit berbagai2 politaik.Kalau ada berita,mata jadi malas membaca,kalau ada suara telinga jadi pekak bengang.Mata dan telinga menderhaka pada aku.Apa aku boleh buat kerana mata milikku dan aku harus menyetujui kehendaknya.Telinga juga milikku dan aku harus sekali memahami keinginannya.Walaupun aku adalah raja bagi mata dan telinga ku , aku mesti menyenangi kedua organ itu.Kalau aku musnahkan kedua organ itu,keseluruhan sejahteraan ku akan termusnah.Aku seterusnya dipanggil buta lagi pekak.Aku tak rela menjadi buta dan pekak.


Aku tau mata dan telingaku menyedari bahawa politik dah jadi semacam candu.Tak ghairah hidup kalau tak menghirup udara politik.Ada beberapa kerat mata dan telinga cuba menderhaka (begging to defy).Bukankah candu tu haram ? Dan ada undang2 mengharamkan candu.Maka candu itu juga ditagihkan.Sekaligus aku sedar ada juga benda2 kurafat dalam diriku.Bukankah benda2 kurafat2 itu juga haram dan langsung boleh derhaka pada Allah,sekaligus boleh mensyirikkan .
Mufti2 ku tak pun menegur tentang kurafat2 dalam diriku.Seolah aku sendiri memalapetakan segala juzud2 dalam diri,ekoran dari pembabitan kerja yang terkutuk itu.Aku semacam nak lari dari demokrasi.Aku nak lari dari statusku.Bukan senang nak jadi adil,bukan susah nak melangkahkan kiri ke jurang neraka…….nauzibillah.


AKU CUMA DAPAT ILHAM SELEPAS MENONTON FILEM " MUSANG BERJANGGUT "
Pandai P.Ramlee membuat kisah.



Friday, February 13, 2009

OUTBREAK OF FROGS

OUTBREAK OF FROGS


Sebenarnya aku dah meluat hidup di alam katak.Sejak kecil lagi suasana hidupku penuh dengan katak.Kwek sana ,kwek sini siang dan malam.Malah biasa sangat bermain dengan telor katak.Berudu namanya.Tapi kami panggil anak budu.Apa pasal aku tak tau.Budu sedap di makan,dibuat sebagai lauk.Baunya semerbak penuh kampong.Katak tak dibuat budu.Kita tak makan katak.


Dunia hari ni ada kumpulan2 yang gemar kan katak.Bila dapat tangkap katak,esok rioh rendah satu dunia.Beraya sakan depa.Katak bila melompat selalunya memercikkan air kencing ke belakang.Kalau ada lembu yang sedang meragut rumput tatkala katak melompat bahaya padahnya. Terkena mata lembu.Lembu berhari2 akan berair matanya.Sakit dan gatal dirasai.


Katak moden pun bila melompat dia kencing kebelakang.Mercik penuh jalanan.Hancing tak terkira.dan yang lebih hancingnya ialah katak yang makan jering.Kan Changkat Jering pun boleh namanya dari perkataan jering.7 april nanti akan bertarunglah pula kat sana.Bergantang ada kat bukit sana.Jenoh tangkap katak.Tapi kalau nak lompat pun jangan tunggu.Bila dah masok raga,habeh depa sembelih.


Isu Katak lompat habeh buat rakyat derhaka.Kalau mengaji sastera lama,derhaka ada makna sampingan.Itu bahasa istana.Kena pandai tafsir.Pasai tak pandai tafsir tu yang buat tuduhan yang bukan2.Orang la ni tak berapa pandai bahasa istana.Depa tak tau,pasai tak belajar sastera lama.Mangkat mungkin banyak yang tau.Santap mungkin orang2 muda pak turut tak tau.Gering itu apa ? Beradu tu apa pula ? Malim Deman tu sapa? Panau apa yang Malim deman pakai ? Mengapa panau tu bersinar gerlip-gemilang?. Habeh jadi bengong .Kena ganti ajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris.Kita ajar pula sastera lama.Baru boleh kenai raja dulu dan raja sekarang.

Thursday, February 12, 2009

PROF.MADYA DR. LILY MASTURA HAJI HARUN

PROFESSOR MADYA DR.LILY MASTURA


Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.Kematian cuma sebentar,selepas itu kita akan hidup kembali buat selama2nya.Dengan kematian saja kita dapat bertemu Allah.Kembalinya Allahyarhammah pada petang rabu 11 Febuari adalah satu kehilangan pada Jabatan Bimbingan & Kaunselling UPM,Serdang.Allahyarhammah merupakan Ketua Jabatan , sekaligus seorang ibu yang turut disayangi oleh semua mahasiswa dibawah jagaannya.Kami ucapkan takziah pada keluarganya dan seterusnya mendoakan semoga rohnya ditempat bersama roh2 orang yang solehah……AL FATIHAH


Ingatlah kematian itu pasti.Bila tiba , masanya tak ditangguhkan atau dipercepatan.Semua akan mati tak kira sultan,menteri,haprak ke,penzalim ke,QULLUL NAFSIN ZA IKATULMAUT.


Aku cuba membuat contect melalui emel kepada sesama pensyarah2 di bawah Jabatan pimpinan allahyarhammah tetapi gagal.Yang ku maksudkan ialah Prof.Dr.Othman Hj.Muhammad,Prof.Madya Dr.Fadzil Che Din,Prof.Madya Dr. Hj.Jamaluddin Ahmad,Prof Madya Dr.Sidek Mohd.Noah,Dr.Halimaton Halaliah Mokhtar dan Puan Asmah Ismail.Pada mereka yang tersebut aku doakan semoga diberikan Allah segala kasihsayang dan kecintaanNya.Sebegitu juga pada semua yang bertugas di bawah allahyarhammah ( akedamik dan pentadbiran).


Apabila Allah sayang pada seseorang,Dia akan ambilnya,walaupun Dia tau orang sayang padanya.Kasihsayang Allah lebih dari seribu kali kasihsayang seorang ibu kepada anaknya.




Wednesday, February 11, 2009

THE DAY WILL COME

THE DAY WILL COME


Mengapa kita harus kecewa.Orang yang mengaji agama dan orang yang beragama tak perlu kecewa .Kita ada hari kesudahan.Kita punya agama cukup optimistic.Dihujung jatoh kita ialah surga.Dan itulah yang kita buru.Buruan untuk dapatkan surga berterusan.Tidak ada satu benda pun boleh menyekat dari berburu.Kerana ada akhirat,kerana ada surga tidak ada sesuatu pun boleh membuat kita kecewa.Yang kita kejar tidak akan lari.Rasullulah telah memberi berbagai panduan untuk kita ikuti.


Dalam apa bidang pun ada tatacaranya.Kita ikut panduan.Dan kita juga akan diuji.Kita laluinya,kalau gagal teruskan , jangan kecewa.Tengah kita memburu,tiba2 kita dizalimi , jangan kecewa.Kerana kezaliman itu memberi manfaat di akhirat nanti.Kita ditipu,jangan kecewa,sebab penipuan itu juga membari manfaat di akhirat.Kita dirampas hak kita,jangan kecewa,sebab itu juga ada ganjarannya di akhirat.Allah akan membayar kezaliman,penipuan dan rampasan hak kita.Walaupun kita dah lupa yang zalim ,yang menipu dan yang merampas,Allah akan tetap adili semula di akhirat nanti.Jadi yang perlu , kita teruskan kerja mengikut landasanNya.


Walaupun kita dah rugi kerana satu negeri telah dirampas,tapi rampasan itu akan diadili semula di akhirat oleh Allah.Sultan dah tak diberi kuasa untuk mengadili lagi.Allah tak akan ikut perundangan dunia.Allah akan berpandukan Alquran.Kalau kita dalam jalan yang betul,apa nak harus kita kecewakan.Kaitkan apa saja yang berlaku,itulah sebenarnya.Kita teruskan kerja.Tak dak apa benda pun boleh mengecewakan kita.Kita buatkan hidup di dunia ini sebagai lonjatan untuk ke akhirat.Tak dak sesapa pun boleh hidup selamanya di dunia.Buat baik di dunia,baiklah yang kita dapat diakhirat.


Mereka menzalimi,mereka mencuri,mereka merampas,mereka akan dibalas.Balasannya ialah siksaan.Sebaliknya nikmat pula diberi pada yang kena zalim,yang kena curi dan yang kena rampas.Kalau tak cukup dengan siksaan buatlah lagi.Sepatutnya merekalah yang kecewa.Jangan sangka mereka boleh terlepas.


The day will come.So no regrets.Kalau tak dak akhirat barulah boleh kecewa.Ini ada akhirat.So why bother what they did to us.




Tuesday, February 10, 2009

POLITAIK BENDA & POLITAIK PANGKAT

POLITAIK BENDA & POLITAIK PANGKAT


Manusia tertarik pada dunia kerana mereka tak kenal akhirat.Sorang tu tertarik pada kekasihnya , tapi bila dapat peluang mengenali jenama yang lain ,mulalah kasihnya tu menurun.Itulah manusia selagi tidak dipupuk agama dalam diri.Tak pernah manusia merasa puas,tak pernah mereka berterimakasih.Nafsunya melonjak2 setiap masa.Dan rasa kecewa juga mudah menghimpit dirinya kalau nafsunya tak di kawal dengan agama.


Berapa banyak yang berminat nak beragama.Pertubuhan2 agama pun mereka keji.Slogan2 agama pun depa keji.Agama pun titempel2kan saja.Pilih yang mana sesuai dengan diri.Dengan kehendak.Tapi dengan adat ,aduh bermati2an dipertahankan.Sembah sesama manusia pun tak apa .Asalkan dapat benda,dapat pangkat.Buat kerja zalim pun sanggup asalkan citanya tercapai.Nak capai jadi ketua gunakan saja kaedahnya,walaupun sanggup membunuh.Kejam sungguh khalifah di bumi ini.Dari satu generasi ke satu generasi benda ni berlaku.Tak habis2.Ya sampai hari khiamat.


Tapi ada insan2 yang Allah kirimkan untuk membaiki kona-kona hidup manusia.Meluruskan yang herot-pekok.Mereka mewarisi kerja2 nabi-nabi a.s.Dekatilah mereka ,insyallah kita akan dibimbing.Tapi harus waspada kerana masih ada lagi jenis keduniaan.Jauhilah mereka.Mereka seperti ular dalam semak.Mereka jahat,Merakalah ulamak sud.Mereka mendekati pemerintah bukan untuk menegor yang salah membenar yang benar.Malahan mereka tak sedekat mana pun dengan pemerintah,walhal mereka semakin jauh dari Allah…..nauzubillah.
Semoga bekas ADUN Bukit Selambau mendapat hidayat.Dia menolak benda dan pangkat.Padanya kedua2 itu adalah taik..........ingat nak ulang kembali membaca novel SHIT karangan dari keturunan srengenge.
"Srengenge masih tersergam huduh macam hantu".

Monday, February 9, 2009

STOP THAT MONKEY BUSINESS

STOP THAT MONKEY BUSINESS


Aku pun tak paham makna sebenarnya kerana tok nenek ku tak pernah membuat business monyet.Pernah tok nenek ku tangkap monyet2 yang merosakkan tanaman di kebunnya.Lepas tu dilepas semula ke hutan.Selepas di berikan pakaian baju dan seluar.Kekawannya lari jauh ke hutan bila melihat se’orang ‘ monyet berpakaian lengkap.Monyet yang tutup aurat ni terus mengejar kekawannya.Semakin jauh,semakin jauh mereka lari dari se’orang’ monyet ni,yang tetap ikut depa ke dalam hutan belantara srengenge.


Mereka takut nak dekatkan diri dari se’orang’ monyet yang se’orang’ ini.Yang se’orang’ monyet ni pun heran mengapa kawan2nya lari darinya.Mungkin kalau dia cerminkan dirinya dalam air bila turun nak minum air,boleh menyelesaikan segala masaalah.Baru dia akan kenal dirinya.Dia bertopengkan manusia.Monyet cukup kenal pasai manusia.Cuma manusia saja yang tak kenal manusia.


Monyet bijak berkrisis.Depa dikatakan tak berotak,tapi mereka pandai guna kepala.Manusia berotak dan berkepala,tapi otak manusia kering dan kepala manusia keusangan kerana tamak dan heloba.Keinginan mereka cuma kekayaan dan pangkat.Bila ini berlaku,dan dah pun berlaku sejak dulu lagi,masa mencari makan dan pangkat akan berkecai bila tibanya masa.Di masa itu apa ada pada harta,apa ada pada pangkat habeh punah.Di masa itu masing2 pakat melihat anak2 berlari2 di kejar musuh dan mencari perlindongan dari bom dan peluru.Mencari keselamatan but to no avail.Lihatlah di Gaza,di Iraq,di Afgan di mana saja.Tak guna menyesal bila tiba masa itu.
SEDARLAH WAHAI BANGSAKU.

TIPU , KELENTONG , GELEMBONG

TIPU , KELENTONG , GELEMBONG


Susah nak tafsir hidup.Tak mudah juga nak tafsir sejarah.Hidup dan sejarah terikat rapat dengan manusia.Jadi bila manusia mentafsir , termasuk sapa saja , termasuk juga aku ia tak jadi otentik.Mesti saja ada tak kena,kerana kita ikut selera masing2.Sudah tentu ada tipunya,kerana manusia kuat menipu.Manusia juga berkelentong.Manusia sementelahnya suka juga gelembong.Yang berpangkat gelembong yang dibawahnya.Yang berkuasa kelentong yang memberi kuasa.Yang berwang tipu yang miskin.Begitulah seterusnya.Kerana itu zalimlah manusia ini.Ia zalim pada dirinya.Ia zalim pada sesama manusia.


Rakyat (orang bawahan) di mana2 saja jarang nampak ceria dan gembira.Puak atasan senyum gembira kerana berjaya menipu,berkelentong dan bergelembong.Dari apa sudut saja ada tipuan,kelentongan dan gelembongan.Dalam perniagaan ada itu semua.Dalam bersyarikat ada itu semua.Ada itu semua dalam pemerintahan.Itu semua ada dalam setiap yang ada.Malah dalam beribadat pun semua itu ujud.Manusia jadi tak ikhlas.Maka krisis demi krisis ujud setiap masa.Tak pernah kita hidup tanpa krisis.


Krisis di Perak adalah kerana sentuhan tangan2 durjana manusia.Kerana tamak,tak memadai dengan yang ada,manusia menjadi haprak.Meresahkan seluruh rakyat.Menduka semua insan. Memusnahkan keharmonian.Menjahanamkan peribadi2 yang pernah dipuja.Mereka telanjangkan segala kebusukan dalam diri mereka.Mereka membodohkan ijazah2 yang pernah mereka capai di pengajian mereka.Mereka menghina guru2 yang pernah mengajar mereka supaya menjadi manusia berguna.Mereka menghina ibu-bapa mereka yang pernah di sanjung rakyat.Mereka membuat segala kerja terkutuk yang Allah tak sudi.Allah cukup murka kerana makhluk2Nya di ancam oleh tangan2 setan.Setan2 yang terdiri dari manusia.


Kemelut ini tidak akan berkesudahan selagi manusia tak membersihkan tangan2 mereka.Selagi mereka tak membersihkan jiwa mereka.Selagi mereka tak mensucikan roh2 mereka.Pemimpin2 harus memulakan operasi pembersihan ini.Mereka harus memulakan membuang segala daki2 mazmumah.Apa yang rakyat mau ialah pemimpin yang bukan perompak,bukan pembohong besar dan bukan yang merampas hak rakyat.Rakyat dah biasa dengan hidup susah,tapi biarlah susah kami bukan kerana buatan manusia.Rakyat redho dengan susah yang tak dicemari oleh tangan2 durjana.


Bila pemimpin cermin dirinya,maka nampaklah siapa sebenarnya dia.

Saturday, February 7, 2009

AKU DAH KATA

AKU DAH KATA



Dalam post aku yang lalu AKU DAH KATA Jangan anggap orang diluar padang cuma tin-tin kosong saja.Mungkin dia seorang office-boy tapi tarafnya di sisi Allah lebih tinggi dari bossnya.Mungkin seorang pak tani tapi tarafnya tinggi dari menteri pertanian.Mungkin seorang murid tapi dia mulia dari gurunya.Mungkin seorang kuli kang tapi mulia dari taukenya.Begitu juga kedudukan rakyat dan raja.Tanpa rakyat tidak ada raja.Seperti kata Tok Guru Nik Aziz “Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah. “


Sebenarnya AKU DAH KATA ,kudis,kusta dan kurap dah mula menggatal di Perak .Ubat kudis,kusta dan kurap tu ada belambak.Cuma kita tak pandai memilih . Jangan pilih ubat ikut suka saja.Kena jaga juga pantang-larangnya dan jenamanya.Jangan pilih keluaran Israel.Kita boikot barangan israel.Penyakit ni payah nak semboh.Ia bagai api dalam sekam.Ia bagai gunung berapi,tak tau bila nak meletup.Dulu rakyat sudah letupkan Malayan Union.Kalau tak kerana rakyat,dah habis lama dah institusi raja kita.Habeh di Mac Michealkan.Dalam jutaan rakyat sudah tentu ada seorang dua bertaraf wali,bertaraf khasyaf,berayiaq liornya masin.Permohonan depa cepat dimakbulkan Allah.Orang2 yang dizalimi juga termasok dalam kelompok ini.Kita tunggu dan lihat.

KUDIS & KUSTA & KURAP

KUDIS , KUSTA , KURAP


Tu semua penyakit kulit.Semua bermula dengan huruf K.
Komoditi juga bermula dengan K . Komoditi sesetengahnya boleh mendatangkan penyakit.Komoditi berpenyakit ada virus ,ada bacteria , ada kuman .Tiap komoditi boleh dijual-beli . Jadi ingatan buat semua ,kalau nak cari calon , calon isteri ke , calon apa saja termasok juga calon untuk bertanding pilihanraya kena hati2 sikit.Pilihlah calon yang tidak jadi ‘komoditi jual-beli’.Sebab tu Perak ada dalam situasi gatal kudis,gatal kusta dan gatal kurap.Masing2 garu sana-sini sebab komoditi yang ada boleh dijual beli.Rakyats of Perak are made to pay all these nonsenses.Rakyats are sicked and tired of this sort of politics.


Mari kita semua bertawassul pada Allah supaya kekudisan,kekustaan dan kekurapan terhindar dari rakyat Perak.Pohon Allah hukumkan segala virus,bacteria dan kuman maupun di dunia atau di akhirat nanti.Mengapa membuat rakyat resah gelisah ? Kita khalifah,kita tenteramkan rakyat , binatang dan segala yang hidup di bumi Allah.Kita semua milik Allah bukan milik setan.Sesungguhnya Setan musuh yang nyata bagi manusia( Firman Allah dalam Surah Yassin).

Friday, February 6, 2009

DERHAKA

DERHAKA


Dalam sastera klasik derhaka banyak dijadikan tema dan mesej dalam berbagai nukilan.Dalam legenda Hang Tuah,watak Hang Jebat derhaka kat raja kerana Hang Tuah difitnah.Si Tanggang derhakakan ibunya bila mendapat kekayaan dan berkawin dengan seorang puteri.Hang Jebat menderhaka untuk menegakkan keadilan.Si Tanggang derhaka kerana sombong.Isi cerita kedua2 epik itu dah maklom pada semua.


Antara semua ciri2 derhaka yang memang banyak lagi , orang kurang perkatakan yalah tentang derhaka manusia pada Allah.Majoriti manusia derhaka pada Allah.Sedikit saja yang beriman.Sebanyak taik kuku pun tak dak.Rata2 setiap ketika penderhakaan pada Allah meningkat.Manusia kurang mematuhi suruhan Allah.Dalam apa saja lapangan,dalam apa saja aktiviti,dalam apa saja urusan,dalam apa saja termasuk makan dan minum mesti ada penderhakaan.Bahkan sampai ke urusan mayat orang pun ada derhakanya.Aku cakap ni bukan dalam kontek orang kita saja , tapi secara global.Kalau yang mengaku Islam pun derhaka , apatah lagi yang langsung tak kenal Allah.


Orang yang beri rasuah dan penerimanya adalah tergolong dalam penderhakaan pada Allah.Berapa banyak orang kita yang mengaku Islam tulin,pengamal Islam hadhari sanggup membuat kerja terkutuk ini.Aku nak cakap pasai rasuah ni kerana banyak sangat yang berlaku.Banyak sangat.Bukan saja 900 aduan yang dibuat kepada lembaga displin umno,tapi berlambak2 lagi di pihak2 yang lain.Lebih2 lagi terjadi2 sangat dalam lapangan politik ala katak ni.Hoping sini,lompat sana.Semuanya berkhidmat untuk duit.Berkhidmat untuk rakyat bagaimana ? Dapat duit juga,tapi nak banyak lagi.Sebelum derhaka pun kita dah cukup kenyang.Perut kita semua buncit2.Tak dak yang mati kelaparan.Pak Mat penjual petai,Pak Din yang ambil upah naik nyior,Chu Minah penjual maman dan paku rawan dan lain2 lagi boleh hidup senang lenang , walaupun tak diberi rumah PPRT.Walaupun dapat sekilo gula dan sekampit beras 5 tahun sekali,dimusim pilihanraya.Walaupun tak seorang dari anak mereka dapat biasiswa mengaji universiti.Walaupun boleh berak sehari sekali kerana kurang makanan untuk diproses jadi taik.Cuma boleh kentut banyak dan deras pasai angin is provided free.



Akhir2 ini orang banyak percakapkan pasai derhaka sultan.Lepas PR 12 bermula di Terangganu dan terkini di Perak pula.Aku cukup sayang pada sultan.Orang dulu sebut ‘sutan’.Dan guru ku di sekolah inggeris dulu namanya Muhd.Sutan (alfatihah).Kemudian pensyarah ku Dr.Abdul Aziz Sutan ( masih bertenaga dia).Aku pernah jadi Ketua Rumah Sultan (Sultan’s House) semasa sekolah dulu.Kebetulan pula seorang anak murid ku bernama Sultan.Dalam kelas setiap hari aku hormat dia.Aku sokmo sebutkan ‘tuanku’.Dia besar,tinggi lampai.Aku pun tak tau kat negeri mana dia jadi sultan sekarang.


BIARLAH JIWA KITA MERDEKA.JANGAN SEKALI2 DERHAKAKAN ALLAH DAN RASULNYA.


LOMPAT APEK LOMPAT !

Aku pi ziarah blog kawan ku Kassim Selamat,dia seorang OKU.Tapi kepuyaannya dalam berblog cukup tinggi.Pi , pi aku jumpa katak lompat.Aku minta padanya nak paste dalam blog aku.

Selamat menghibur.


Lompat Apek Lompat!
>> Friday, February 06, 2009

Biarkan katak² berbicara......

Hayaa... cik siti pelempuan manyak muda
Ana manyak susah jalan tutup mata
Wang dan linggit ana tatak helan aii
Ente tutup mata ana tak tentu lalan

Oo apek sayang oi jangan susah
Habis menjahit wang emas ana upah
Apek jaga depan ada longkang
Lompat...... lompat
lompat apek lompat!

Hayaaa.................

NIK A.AZIZ AKUR KUASA TUANKU

(Copied from KLpos)

Nik Aziz akur kuasa Tuanku
05 Feb 2009 11:16PM


KB: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan keputusan Sultan Perak yang tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan meminta Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan.
Mengulas tindakan Sultan itu, Nik Aziz berkata, itu adalah hak dan kuasa baginda.
Beliau bagaimanapun berkata, apa yang perlu dikaji dan menimbulkan persoalan ialah mengapa kejadian menyebabkan keputusan Sultan itu boleh berlaku.
"Saya tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak itu...walaupun kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Menteri Besarnya sudah mengadap untuk mendapat perkenan baginda.
"Cuma kita (Pakatan Rakyat) perlu persoalkan dan perlu kaji kenapa ada antara Adun Perak itu lompat parti dan menyebabkan suasana politik negeri Perak jadi begitu.
"Mesti ada sesuatu yang tak kena dan perancangan pihak tertentu," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mendakwa, wujud golongan yang membuat perancangan (menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat) dan menyifatkan golongan itu sebagai "peragut hak rakyat".
"Mereka ini zalim tak kenal pangkat, tak kenal titih, akan menerima tindakan Allah Taala suatu hari kelak. Malah, sebesar-besar kuasa dunia yang ada pada George Bush boleh jatuh dan dia diaib dengan dibaling kasut oleh wartawan," katanya.
Beliau juga berkata adalah aneh dan menghairankan ada Adun hilang atau dikurung oleh pihak tertentu selain beberapa orang lagi berpaling tadah.
"Ini mungkin suatu perancangan licik pihak tertentu yang ingin meragut hak rakyat yang sudah diputuskan dalam pilihan raya (umum) lalu," katanya. / Bernama

Thursday, February 5, 2009

PERUTUSAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

RAJA DAN DEMOKRASI

Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz


Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.

2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”

3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak.

Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas.

Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Bertarikh : 9 Safar 1430 5 Februari 2009.

GHEE HIN & HAI SAN

GHEE HIN & HAI SAN


Di Australia memang terkenal dengan binatang kangaroo. Kangaroo suka buat hopping.Hop sana,hop sini .Binatang tu tak membiak di sini.Yang suka lompat2 ni yang terkenal di sini cuma si katak.Bila suka lompat orang panggil si katak.Dulu ketara sangat melompat ni ialah Sabah,lepas tu Kelantan,dan la ni menular ke Perak pula.Dan orang nak cari katak pun banyak.Bila ada katak mudah tubuh persatuan.Maka kwek,kwek,kwek sana sini.Di srengenge orang guna katak untuk umpan kail,mengail ikan haruan.Mudah dapat haruan kalau guna umpan katak.Di Perak ada banyak kolam bekas lombong bijih.Maka bolehlah orang Perak guna katak sebagai umpan memancing.


Aku mula kenai sejarah Perak bila Ghee Hin an Hai San mula mengganas di lombong2 bijih timah.Kacau-bilau orang Perak kat Taiping,dekat Cangkat Jering tapi jauh sikit dari Behrang . Dari haru-biru itu orang putih ambil kesempatan memerintah Perak.Tubuh negeri bersekutu : Pahang , Perak,Selangor,Negeri Sembilan.Pak hang berak celamor penoh tengah jalan.Orang Melayu putih mata.La ni tragedy yang sama berlaku lagi.Tapi pertubuhan serumpun sedarah melayu pula.Dulu keturunan cina,la ni keturunan melayu.Selalunya bila sesama sebangsa yang bergaduh ,orang ketiga yang akan menang.Ghee Hin lawan Hai San,yang menang orang putih.Melayu lawan Melayu agak2nya sapa akan menang.Sdr. Tajul awai2 dah tewas.Yang melompat tu pun kalau bertanding lagi mampuih tak menang.Gajah juga akan menang.Kan Pahang disebut sebagai negeri banyak gajah.Pahang akan control Perak.Yeop-Yeop Perak bukan bodoh.Demo akan kejor sampai ke lubang cacing.La ni Yeop pun pandai macam orang Kelantan juga.Pandai makan umpan,kail depa tak telan.Cuma katak yang tak pandai pilih , makan umpan dan kailnya sekali.Memang otak katak tak bijak.Kalau mati pun mati katak.Tak dihargai.Tak dak nilai diri.Maklumlah hanya si katak.


Bala katak cukup merbahaya.Dulu zaman Nabi Musa a.s ,katak membawa bala kepada rakyat firaun.Macam2 cara dibuat tak berjaya.Akhirnya kena minta tolong Nabi Musa a.s.Kalau lah katak lompat sana-sini,kita pun kena bersedia.Kerana bahayanya lebih dahsyat dari serangan chikunguya.


Ku Li kata : People will not believe that these crossovers were honest.


HONESTY IS THE BEST POLICY

Wednesday, February 4, 2009

MB BUBAR DUN ?

BAIK SEMBANG2 PASAI LAIN WALAUPUN
MB BUBAR DUN


Bila baca utusan online , 3 kali aku istighfar.Aku jadi kejut sampai ke teloq.Terkemut2 lubang juboq.Aku gerun dengan kata2 iklannya ; BESAR,BERANI,BERPENGARUH.

Heieieie seram,seram.


Banyak kekawan yang sesama tua dengan ku dan yang lebih mudanya bersetuju sembang pasai2 lain dari turut berbincang dalam kekelamkabutan yang berlaku kekinian.Masing2 dah meluat nak dengar pasai rasuah.Orang dok kata benda tu haram tapi haram bejadah sungguh tak reti2.Tak kenai Allah sungguh.Padahai berlambak2 uztaz2 dan ustazah2 di Negara kita ni.Pi la ngaji jangan dok asyik dengan hiburan2 semasa yang melalaikan.Produser dan penerbit juga harus pikiaq dalam2, apakah hujung jatuhnya program2 akan membawa para penonton.Dan sudah tentunya kalau positif atau negatifnya depa juga akan dapat sahamnya.Jangan dok baca pasai duit sangat.Ambik patut padan sudahla.Depa bertuhankan duit.Siang-malam pagi-petang bergomoi dengan duit.Haloba tamak dah jadi darah daging.Akhirat esok jenoh pikoi duit.Masa tu dah tak bernilai.Duit akan jadi umpan api .

Kalau duit banyak pandai2lah gunanya untuk faedah akhirat.Duit haram tak beri faedah akhirat.Dia beri bala akhirat.


Depa senang2 cakap duit juta2.Aku kalau ada sejuta,tiga kali diberi peluang hidup,masih tak habis.Hidup-mati.Hidup-mati.Hidup-mati.Oh ada balance lagi.hidup kali keempat pula.Kot2 nak habis.Itu pun pasai inflasi.Dok di Indonesia mudah jadi jutawan.Duit depa kecik.Dalam sehari senang2 habis sejuta.Kita Malaysia ni bertuah,tapi kita tak sedarkan diri,dok nak jadi firaun juga.


Jenis haprak,hapraklah hujung jatuhnya,
Bersama firaun,hamam,dan company limitednya.


Tuesday, February 3, 2009

RIOH SEKAMPUNG TELOQ PULA KEMUROK

SIRKAS


Dah lama tak tengok sirkas.Pasai sirkas ni aku tak heran pun.Yang liar di jinakkan.Sejak kecik lagi aku dah biasa dengan binatang liar2 ni.Kan srengenge tu dipenuhi hutan belantara.Macam2 maknenek ada.Ular sawa besar batang pinang pernah tangkap,pelandok tangkap guna ciding dan kekadang boleh tangkap hidup2 guna tepok irama gendang nabi Sulaiman.Kalau burung,macam2 kaedah ada.Lastik tu biasa la.Pak Belang pun belambak kat srengenge dulu.Sekarang dah clear.Habeh pupus.Hilang benih.Burung tiak yang Lahuma dan Jeha banyak mendapat masaalah dulu pun dah tak kedengaran trik-triknya lagi.Mungkin Pak Non masih dok bela burung tiak bongor .Habeh clear juga.Ereng-ereng dulu keluar mudek mencari bangkai dah hilang entah ke mana.Dulu ereng-ereng ini ligat macam orang politik di musim pilihanraya.Seketika di penjuru sini,sat di penjuru sana.Hayong-hayang ,pi-mai,pi-mai.


Mulai kelmarin orang ramai dah mula pula cakap pasai sirkas.Depa kata nak tengok sirkas silakan ke Perak.Depa dah anggap politik dah jadi sirkas.Sebenarnya Pahang patut jadi negeri sirkas.Dia ada banyak binatang2 buas.Tapi perak dok buat latihan .Betoi ke tak , wallahua’lam.Kalau jadi main,depa akan tunjuk kat Behrang dan kemudian kat Cangkat Jering.Kalau musim durian seronok juga pi tengok sirkas kat sana tu.Sudah tentu depa hulur duit.Ambik duit tu kita beli durian,jangan dok pikiaq pasai sirkas.Kalau duit depa bagi tu halal,Alhamdulillah.Kalau duit depa bagi tu haram,nauzubillah.Dan berita terkini bagi tau kedua2 adun tu clear juga.Masih sah bagai calon.Semua tu buat rakyat jadi bengong2.Tak dak can nak makan manggis perak.La ni buat macam orang zaman dulu ; selimut telanjang,cekop teloq.


Sehari berapa kali pi jamban ? kalau yang besiaq tu dah tentu kalinya pun banyak.Keluar –masok,keluar-masuk.La ni pun depa buat politik macam masok jamban.Keluar parti ni ,masuk parti nu pula.Depa panggil lompat.Depa buat mudah2 saja.Rakyat dok harap depa ni bertanggongjawab.Depa ni tak mata duitan.Depa tak haprakkan pangkat.Tapi semua la ni tak boleh caya la.Mana boleh caya.Tipu.Cakap saja ,tak serupa bikin.Macam lidah biawak.Ada cabang2nya oi.Dulu juara lompat jauh dan lompat kijang dapat kat Paguh bin Piging ( seakan2 tu lah namanya : althelete dari Sabah).Lani di pegang oleh Berahim Ali.Sejak umur dah meningkat,dia pun tak rancak lagi.Cuma sekali-sekala buat fe’el.Kalau ada peluang,buat kejutan lagi Pak Berahim.Biar rakyat ternganga-nganga.Biar air lioq meleleh-leleh.Biar nama Pak Berahim menjadi sejarah.Menjadi pepatah.Menjadi legenda.Yasser Arafat orang dah lupa.Isu2 plastine namanya dah tak dikaitkan lagi.Orang mudah lupa,bukan melayu saja yang lupa.Aku tak lupa pada siang,aku tak lupa pada malam.Kerana tanpa malam tiada siangnya.Kerana ada siangnya maka adalah malamnya.

Monday, February 2, 2009

HOW TO LIVE WITH LIFE

WITH LIFE WE LIVE
WITH DEATH WE SUFFER

APA SEBENARNYA ERTI HIDUP ?


Melihat kekalutan dan kebudakan orang2 kita berpolitik membuat orang macam aku naik lemas.Aku lemas dok pikiaq apa yang depa ni mau.Nak bertanding depa menang.Nak duit depa dapat dah banyak.Nak gelaran dah berjela2 setengahnya.Nak elaun macam2 elaun dah diberi.Nak glamour,memang pun glamour.semua orang kenai.Walaupun baru sebulan dua berkhidmat,dah dapat title YB.Orang lain bertungkus-lumus berjuang,tak diberi apa2 gelaran pun,depa tak kisah.Nak apa lagi ? Cuba tengok sukarelawan2 kita pi berkhidmat dengan mangsa2 perang di Gaza.Bergadai nyawa.Berdepan dengan bom dan mortar zionis.Buat kerja yang bahaya.Tapi depa tak lah kalut.Ni ,kalut tak tentu pasai.Macam cacing kepanasan.Kelipiaq kehulu ke hilir .Rioh rendah ke segenap denai dan semak.Nak bertanding sesama parti pun rioh rendah.Macam katak ,lompat sana-sini.Macam murai gila,membising lubang telinga.Nak kata lapar,perut semua buncit2.Nak mewah macam mana lagi,cukuplah.Jengok2lah sama pintu2 surga,semoga kita dapat petunjuk.


Buatlah kerja diamanahkan.Yang kalah diamlah sekejap,tengok depa yang menang nak buat apa.Jangan kacau nak suruh tunai janji.Umur belum sampai setahun jagung. Beri tempoh sampai 2012 nanti .Tanya diri sendiri , kita dulu tunai janji tak.Kita dulu buat salah tak.Jangan selindong,tentu banyak salahnya,kerana lagi lama lagi banyaknya salah.Kalau salah ,sudahkah kita bertaubat.Taubat senang.Nak minta maaf yang susah.Kena pohon maaf pada setiap individu.Individu2nya banyak.Anak negeri dalam kawasan adalah di bawah tanggongjawab wakilnya. Takut malu pula.Mengapa malu pada manusia.Ngapa tak malu pada Allah.Kita tak malu kerana kita belum kenal Allah.Kita berani buat itu dan ini kerana tak kenal Allah.Kita berani berkokok berderai2 walaupun ekor bergelumangkan tahi,kerana tak kenal Allah.Kita lebih kenal para syaitan.Sebab tu mudah kita buat kerja2 syaitan.Kita ra’i syaitan .Kita bertuhankan syaitan.Syaitan dajjal akan turun.Dia akan ‘kandar’ di seluruh alam.Kalau tak diberi Taufik dan Hidayat Allah , rugilah selama2nya.Yang dulu,yang kini lah membawa ke selama2nya.Bertaubatlah yang dulunya.Perbetulkan yang kininya..Insyaallah,selamatlah selama2nya.Tidak kalu jenoh nak junjung dosa di masyar.Tak dak sapa nak tolong kita,tidak ada kroni lagi.Di sana semuanya nafsi-nafsi.


Biar aku renti beletiaq . Kalau aku tuleh panjang2,nanti mengarut pula.Jadi tukang karut pula .Nanti hangpa yang baca pun lemas juga . Biar lah aku lemas bersendirian.Aku kelemasan di daratan.Ikan di air tak pernah mati kelemasan.

Tanya depa apakah erti hidup ni.

Sunday, February 1, 2009

MU JATANG KAH , ATAU BETINA KAH ?

MU JATANG KAH , ATAU APAKAH ?


La ni jarang orang sebut lelaki atau perempuan.Rata2 banyak yang panggil saja jatang atau betina.Apakahai jadi gitu aku pun tak tahu.Demi masa,sesuatu akan berubah.Tak dak sesuatu berada dalam stagnant stage.Tengok saja siang dan malam.Tengok saja matahari dan bulan.Tengok saja desiran angin dan hempasan ombak.Tengok saja bahang kepanasan dan kesejukan menggeletar.Tengoklah,tengoklah.


Menteri pelancongan kata bertanding atas kouta itu pengecut.Kalau pengecut bukan jatang.kalau jatang pun ,jatang tak berkokok.Malu rasa bila orang pompuan kata gitu.Rasa macam tak berteloq.Kalau ada teloq pun ,jenis teloq kecut.Aku tau menteri ni hebat.Jaguh karate entah apa warna tali-pinggang aku tak tau.Kita pun nak wanita2 kita hebat2.Jangan hebat berhias dan bergincu saja.Jangan hebat berjalan menonggek2,menggoyang punggong macam itek berjalan petang.Kalau tak silap aku , ada satu lagu tahun 50an dulu nyanyian R.Azmi.Ceritanya pasai itek jalan petang.Kalau aku dulu ahli lagu dah pasti aku hapal liriknya.


Kat orang betina dulu pun ada gelaran2 tertentu .Memang orang kita ni cukup famous tentang beri gelaran.Ada gelaran baik ada gelaran yang tak senonoh.Cuma ada 2 gelaran yang aku sampai la ni tak paham2 apa maksudnya. Nak Tanya orang,macam bodoh sangat aku ni.Nak tak nak diam saja.Otak tua ku dah buntu.Maklumlah benda tua ni , mana nak ada pick-up.Tok sah dok try maajum jenis apa pun , tak beri kesan.Dua gelaran yang aku nak tau tu yalah ; betina hangit dan betina garek.
Hangit tu kekadangnya berdengung , garek tu apa benda pula ?