Sunday, February 1, 2009

MU JATANG KAH , ATAU BETINA KAH ?

MU JATANG KAH , ATAU APAKAH ?


La ni jarang orang sebut lelaki atau perempuan.Rata2 banyak yang panggil saja jatang atau betina.Apakahai jadi gitu aku pun tak tahu.Demi masa,sesuatu akan berubah.Tak dak sesuatu berada dalam stagnant stage.Tengok saja siang dan malam.Tengok saja matahari dan bulan.Tengok saja desiran angin dan hempasan ombak.Tengok saja bahang kepanasan dan kesejukan menggeletar.Tengoklah,tengoklah.


Menteri pelancongan kata bertanding atas kouta itu pengecut.Kalau pengecut bukan jatang.kalau jatang pun ,jatang tak berkokok.Malu rasa bila orang pompuan kata gitu.Rasa macam tak berteloq.Kalau ada teloq pun ,jenis teloq kecut.Aku tau menteri ni hebat.Jaguh karate entah apa warna tali-pinggang aku tak tau.Kita pun nak wanita2 kita hebat2.Jangan hebat berhias dan bergincu saja.Jangan hebat berjalan menonggek2,menggoyang punggong macam itek berjalan petang.Kalau tak silap aku , ada satu lagu tahun 50an dulu nyanyian R.Azmi.Ceritanya pasai itek jalan petang.Kalau aku dulu ahli lagu dah pasti aku hapal liriknya.


Kat orang betina dulu pun ada gelaran2 tertentu .Memang orang kita ni cukup famous tentang beri gelaran.Ada gelaran baik ada gelaran yang tak senonoh.Cuma ada 2 gelaran yang aku sampai la ni tak paham2 apa maksudnya. Nak Tanya orang,macam bodoh sangat aku ni.Nak tak nak diam saja.Otak tua ku dah buntu.Maklumlah benda tua ni , mana nak ada pick-up.Tok sah dok try maajum jenis apa pun , tak beri kesan.Dua gelaran yang aku nak tau tu yalah ; betina hangit dan betina garek.
Hangit tu kekadangnya berdengung , garek tu apa benda pula ?

3 comments:

Azizi Ahmad Termizi: said...

Pak Cha

Masa saya tinggai kat Kedah dulu ada juga dengar betina hangit dan garek tu. Walaupun kahwin dengan orang Kedah, sampai la tak berani nak tanya.

Unknown said...

Betina hangit tu wanita umno. Betina garek pulak puteri umno. Pimai Pimai sama ja dua2 tu.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

shahrani,

Oh! gitu rupanya.
Terimakasih banyak kerana berikan maklumat.

sdr Azizi,

boleh hebahkan cerita ni kat Kg.kepayang.

Salam untuk semua.