Monday, February 9, 2009

TIPU , KELENTONG , GELEMBONG

TIPU , KELENTONG , GELEMBONG


Susah nak tafsir hidup.Tak mudah juga nak tafsir sejarah.Hidup dan sejarah terikat rapat dengan manusia.Jadi bila manusia mentafsir , termasuk sapa saja , termasuk juga aku ia tak jadi otentik.Mesti saja ada tak kena,kerana kita ikut selera masing2.Sudah tentu ada tipunya,kerana manusia kuat menipu.Manusia juga berkelentong.Manusia sementelahnya suka juga gelembong.Yang berpangkat gelembong yang dibawahnya.Yang berkuasa kelentong yang memberi kuasa.Yang berwang tipu yang miskin.Begitulah seterusnya.Kerana itu zalimlah manusia ini.Ia zalim pada dirinya.Ia zalim pada sesama manusia.


Rakyat (orang bawahan) di mana2 saja jarang nampak ceria dan gembira.Puak atasan senyum gembira kerana berjaya menipu,berkelentong dan bergelembong.Dari apa sudut saja ada tipuan,kelentongan dan gelembongan.Dalam perniagaan ada itu semua.Dalam bersyarikat ada itu semua.Ada itu semua dalam pemerintahan.Itu semua ada dalam setiap yang ada.Malah dalam beribadat pun semua itu ujud.Manusia jadi tak ikhlas.Maka krisis demi krisis ujud setiap masa.Tak pernah kita hidup tanpa krisis.


Krisis di Perak adalah kerana sentuhan tangan2 durjana manusia.Kerana tamak,tak memadai dengan yang ada,manusia menjadi haprak.Meresahkan seluruh rakyat.Menduka semua insan. Memusnahkan keharmonian.Menjahanamkan peribadi2 yang pernah dipuja.Mereka telanjangkan segala kebusukan dalam diri mereka.Mereka membodohkan ijazah2 yang pernah mereka capai di pengajian mereka.Mereka menghina guru2 yang pernah mengajar mereka supaya menjadi manusia berguna.Mereka menghina ibu-bapa mereka yang pernah di sanjung rakyat.Mereka membuat segala kerja terkutuk yang Allah tak sudi.Allah cukup murka kerana makhluk2Nya di ancam oleh tangan2 setan.Setan2 yang terdiri dari manusia.


Kemelut ini tidak akan berkesudahan selagi manusia tak membersihkan tangan2 mereka.Selagi mereka tak membersihkan jiwa mereka.Selagi mereka tak mensucikan roh2 mereka.Pemimpin2 harus memulakan operasi pembersihan ini.Mereka harus memulakan membuang segala daki2 mazmumah.Apa yang rakyat mau ialah pemimpin yang bukan perompak,bukan pembohong besar dan bukan yang merampas hak rakyat.Rakyat dah biasa dengan hidup susah,tapi biarlah susah kami bukan kerana buatan manusia.Rakyat redho dengan susah yang tak dicemari oleh tangan2 durjana.


Bila pemimpin cermin dirinya,maka nampaklah siapa sebenarnya dia.

No comments: