Monday, February 2, 2009

HOW TO LIVE WITH LIFE

WITH LIFE WE LIVE
WITH DEATH WE SUFFER

APA SEBENARNYA ERTI HIDUP ?


Melihat kekalutan dan kebudakan orang2 kita berpolitik membuat orang macam aku naik lemas.Aku lemas dok pikiaq apa yang depa ni mau.Nak bertanding depa menang.Nak duit depa dapat dah banyak.Nak gelaran dah berjela2 setengahnya.Nak elaun macam2 elaun dah diberi.Nak glamour,memang pun glamour.semua orang kenai.Walaupun baru sebulan dua berkhidmat,dah dapat title YB.Orang lain bertungkus-lumus berjuang,tak diberi apa2 gelaran pun,depa tak kisah.Nak apa lagi ? Cuba tengok sukarelawan2 kita pi berkhidmat dengan mangsa2 perang di Gaza.Bergadai nyawa.Berdepan dengan bom dan mortar zionis.Buat kerja yang bahaya.Tapi depa tak lah kalut.Ni ,kalut tak tentu pasai.Macam cacing kepanasan.Kelipiaq kehulu ke hilir .Rioh rendah ke segenap denai dan semak.Nak bertanding sesama parti pun rioh rendah.Macam katak ,lompat sana-sini.Macam murai gila,membising lubang telinga.Nak kata lapar,perut semua buncit2.Nak mewah macam mana lagi,cukuplah.Jengok2lah sama pintu2 surga,semoga kita dapat petunjuk.


Buatlah kerja diamanahkan.Yang kalah diamlah sekejap,tengok depa yang menang nak buat apa.Jangan kacau nak suruh tunai janji.Umur belum sampai setahun jagung. Beri tempoh sampai 2012 nanti .Tanya diri sendiri , kita dulu tunai janji tak.Kita dulu buat salah tak.Jangan selindong,tentu banyak salahnya,kerana lagi lama lagi banyaknya salah.Kalau salah ,sudahkah kita bertaubat.Taubat senang.Nak minta maaf yang susah.Kena pohon maaf pada setiap individu.Individu2nya banyak.Anak negeri dalam kawasan adalah di bawah tanggongjawab wakilnya. Takut malu pula.Mengapa malu pada manusia.Ngapa tak malu pada Allah.Kita tak malu kerana kita belum kenal Allah.Kita berani buat itu dan ini kerana tak kenal Allah.Kita berani berkokok berderai2 walaupun ekor bergelumangkan tahi,kerana tak kenal Allah.Kita lebih kenal para syaitan.Sebab tu mudah kita buat kerja2 syaitan.Kita ra’i syaitan .Kita bertuhankan syaitan.Syaitan dajjal akan turun.Dia akan ‘kandar’ di seluruh alam.Kalau tak diberi Taufik dan Hidayat Allah , rugilah selama2nya.Yang dulu,yang kini lah membawa ke selama2nya.Bertaubatlah yang dulunya.Perbetulkan yang kininya..Insyaallah,selamatlah selama2nya.Tidak kalu jenoh nak junjung dosa di masyar.Tak dak sapa nak tolong kita,tidak ada kroni lagi.Di sana semuanya nafsi-nafsi.


Biar aku renti beletiaq . Kalau aku tuleh panjang2,nanti mengarut pula.Jadi tukang karut pula .Nanti hangpa yang baca pun lemas juga . Biar lah aku lemas bersendirian.Aku kelemasan di daratan.Ikan di air tak pernah mati kelemasan.

Tanya depa apakah erti hidup ni.

3 comments:

Leenoh said...

Sdr.Pak Cha.
Kalau boleh pemimpin politik ni kenalah akhlak depa lebih baik dari kita, lebih baik dari yg dipimpin, lebih baik dari rakyat biasa.

Ibarat guru (cikgu) kena lebih pandai dan cerdik dari murid, kalau keadaan sebaliknya tentulah diketawakan oleh anak murid.

Kalau guru macam ini macam mana nak majukan sekolah, begitulah juga kalau pemimpin macam tu macam mana nak majukan agama, bangsa dan negara.

Kekadang nampak macam nak memperbodohkan rakyat pula, janganlah buat macam tu, pemimpin pun bersekolah, kita rakyat ini pun bersekolah. kan sama2 ada pelajaran,hendaknya janganlah sesiapa pun memprobokasikan kecerdikan orang lain.

Wassalam

KotaStar said...

Pasai tu saya lebih baik kita melihat kearah lain. Tajuk baru dalam blog sayamendekati kita dengan-orang yang terkungkus lumuh mencari rezeki. Panjat pokok petai, kayuh basikal berbatu-batu dan menjual barang makanan pula dengan harga yang bberpatutan agar semua orang boleh beli dan hidup senang. Harganya tak seperti di SUPER market.

KotaStar said...

Sdr Pak Cha,

Ooop ada silap sedikit ....