Friday, February 6, 2009

NIK A.AZIZ AKUR KUASA TUANKU

(Copied from KLpos)

Nik Aziz akur kuasa Tuanku
05 Feb 2009 11:16PM


KB: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan keputusan Sultan Perak yang tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan meminta Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan.
Mengulas tindakan Sultan itu, Nik Aziz berkata, itu adalah hak dan kuasa baginda.
Beliau bagaimanapun berkata, apa yang perlu dikaji dan menimbulkan persoalan ialah mengapa kejadian menyebabkan keputusan Sultan itu boleh berlaku.
"Saya tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak itu...walaupun kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Menteri Besarnya sudah mengadap untuk mendapat perkenan baginda.
"Cuma kita (Pakatan Rakyat) perlu persoalkan dan perlu kaji kenapa ada antara Adun Perak itu lompat parti dan menyebabkan suasana politik negeri Perak jadi begitu.
"Mesti ada sesuatu yang tak kena dan perancangan pihak tertentu," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mendakwa, wujud golongan yang membuat perancangan (menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat) dan menyifatkan golongan itu sebagai "peragut hak rakyat".
"Mereka ini zalim tak kenal pangkat, tak kenal titih, akan menerima tindakan Allah Taala suatu hari kelak. Malah, sebesar-besar kuasa dunia yang ada pada George Bush boleh jatuh dan dia diaib dengan dibaling kasut oleh wartawan," katanya.
Beliau juga berkata adalah aneh dan menghairankan ada Adun hilang atau dikurung oleh pihak tertentu selain beberapa orang lagi berpaling tadah.
"Ini mungkin suatu perancangan licik pihak tertentu yang ingin meragut hak rakyat yang sudah diputuskan dalam pilihan raya (umum) lalu," katanya. / Bernama

5 comments:

Unknown said...

Tak perlu akur pada sultan yang tak bijak & mudah sangat percaya dengan BN. Entah2 sultan pun disogok oleh najib. Tak ada maknanya menyokong sultan yang jahil. Bini pun tak tutup aurat. Pooorah sultan perak!!!

Unknown said...

Dari dulu, kini, selamanya aku tengok imej PKR ni satu je; kalau kena kat orang semua salah, kalau kat hidung sendiri, semua betul. Bila ADUN2 dia lompat keluar kelam-kabut suruh buat pilihanraya semula, bila Nasaruddin masuk PKR, tak pula kalut macam tu.

Ingat satu..siapa mulakah game pancing orang suruh lompat parti ni?

Fair play? Lu ada ingat apa lu bikin sama Tun Ghafar 1993 dulu?

Unknown said...

Jangan pak cha pulak yang melompat lepas ni sudah la. Terkejut berok aku kalau pak cha yang melompat.

Anonymous said...

Ish syahira ni. Kalau ye pun tak puas hati dengan sultan perak jaga la sikit bahasa tu. Silap haribulan kena ISA ko nanti. Tak elok menghina sultan ni walaupun dia memang jahil. Kalau orang melayu sendiri dah kutuk sultan, apatah lagi kaum lain. Aku rasa baik pak cha delete komen si syahira ni. Tak pasal2 pak cha pulak yang kena nanti. Saya setuju benar dengan sufiah, bila dah jadi begini baru kita boleh kenal siapa anwar ibrahim yang sebenarnya. Sekarang ni baru dia nak laung ADUN yang melompat ni pengkhianat lah, penipu rakyat lah, hiprokit lah. Manalah prinsip ko anwar ibrahim.

Unknown said...

Salam pak cha,

Pendapat dari pengundi atas pagar dan pemerhati politik muda:
Tindakan ADUN BOTA melompat dari UMNO ke PKR dianggap demokratik oleh “Bekas” Menteri Besar Perak, YB Mohammad Nizar. DSAI juga menganggap kemasukan ADUN BOTA ke PKR sebagai satu “perubahan” dan memuji-muji beliau hatta di dalam blognya sendiri.
Jika diimbas kembali pada tahun 2008, DSAI mencanangkan seluruh pelosok dunia bahawa Ahli Dewan Rakyat dari BN akan melompat ke Pakatan Rakyat. Jika ianya benar2 berlaku, adakan perkara tersebut dianggap “suci” dan demokratik???.
Pada hakikatnya, Pakatan Rakyat bergembira di Permatang Pauh, bersorak di Kuala Terengganu tetapi terlepas satu negeri(Perak).
Terimalah hakikat bahawa Sultan Perak telah membuat keputusan yang saya rasa telah diambil mengikut situasi semasa dan memikirkan kepentingan rakyat Perak kerana jika masalah kecelaruan politik berterusan, kesannya akan terus kepada rakyat.
Kuasa pemerintahan adalah amanah dari Allah. Dialah yang meberikan kerajaan kepada sesiapa yang dikehendakinya malah berkuasa untuk mencabut kekuasaaan tersebut. Tidakkah kita lupa bahawa kita kini sedang diperhatikan musuh-musuh di luar sana yang bersorak dan hanya menunggu masa untuk mengambil kesempatan dari scenario politik yang bercelaru sekarang.
Diharap semua pimpinan Pakatan Rakyat mengambil iktibar, bermuhasabah dan berpijak pada realiti politik. Jika tidak, adalah tidak mustahil selepas ini, negeri Selangor pula akan kembali kepada BN.

SEMOGA ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA DARI KERAKUSAN POLITIKUS YANG KORUP ZAHIR & BATIN!!!