Tuesday, February 24, 2009

SYOKnya DUNIA !!!

SYOKnya DUNIA !!!


Dok kelam kelibut tu dah mencecah tahap mendidih.Masing2 dok lonjat panas pungkoq.Kalau baca sejarah mudah orang paham.Kalau mengaji sejarah lagi mudah paham.Kalau kenai sejarah mudah tau apa itu betoi,apa itu salah.Tapi berapa ekoq yang tau sejarah.Paling sejahtera seseorang yang kenai sejarah diri sendiri.Afdal sangat untuk setiap individu.Ia mencetus harmoni luaran dan dalaman.Ia mencetus kepuasan rohani dan jasmani.Ia mencetus keamanan dunia dan akhirat.Ia menseimbangkan jasad dan roh.


Dalam Al-quran banyak cerita sejarah yang memberi pedoman.Sejarah orang besar2 ada banyak.Banyak juga sejarah orang2 yang dipandang kerdil.Banyak kisah orang2 besar yang haprak.Bukan sedikit pula kisah orang2 kerdil yang mulia.Seterusnya juga Allah berfirman memberitau kita kesudahannya.Ada terhumban ke neraka.Ada terpelihara di dalam surga.Yang syokkan dunia tak syok selama2nya.Yang terhimpit di dunia dan kenal hakikat kehambaannya dapat syok akhirat abadan-abada.Bacalah dan mengertilah,insyaallah mendapat pedoman.


Bila mai ke dunia banyak yang nak jadi tauke.Hilang hakikat semulajadinya.Tak kenal kehambaan kerana terlalu ghairah dengan dunia.Jadi tak sedar bila tengok dunia.Mulalah berhaprak sana,berhaprak sini.Ingatlah saudara2 dan anak2 ku jangan lalai dengan ajaibnya dunia ini.Kadangkala Allah berikan sebagai rezeki halal,ambillah.Tapi kekadangnya diberi Allah secara istikdrat .Kalau tak mengerti jahanamlah masa depan.Pandai2lah memilih.


Had dok kelibut la ni tu,kalau Allah nak selesaikan mudah sangat.Apakah hang perdana menteri,apakah hang menteri,apakah hang raja,apakah hang apa saja, dengan Kun-Fa-Ya-Kun habeh bercelamor.

2 comments:

Azizi Ahmad Termizi: said...

Salam Pak Cha

Peringatan untuk saya. Memang 'dunia' itu menghayalkan & melalaikan.

Unknown said...

Syaitan telah berjanji dengan Allah bahawa akan membuat manusia melihat perkara yang buruk itu baik dan melihat perkara yang baik itu buruk. Maka tak hairanlah mengapa manusia hari ini berbondong2 ingin mengejar dunia. Sedangkan Rasulullah sendiri berdoa agar baginda dimatikan kelak dalam keadaan miskin.