Sunday, February 15, 2009

MENJILAT,MENDERHAKA & MERENUNG

MENJILAT,MENDERHAKA DAN MERENUNG


Tercetus di akal ku nak memperkatakan sebagai pandangan mengenai masyarakat manusia di dunia hari ni.Dengan segala kerenah dan isu yang menumpang di alam ini membuat penghuninya berpecah belah sejak dulu lagi.Jarang jumpai manusia boleh hidup aman damai .Lembu kerbau boleh meragut rumput di padang hijau , adalah dilihat lebih ‘kemanusiaannya’ dari kita manusia . ‘Kemanusiaan’ manusia dilihat lebih jijik dan ‘keperibadian’ manusia lebih memihakkan kepada ciri2 ‘menderhakakan’ Allah dan rasulNya.Disamping itu bila ‘menjilat’ pula tak kena sasarannya. ‘Menjilat’ apa saja yang belum tentu halal-haramnya.Hilang ciri2 kenabian dalam diri dan diluar diri.Menjelma ciri2 anjing kurap yang suka menjilat2 di tong2 sampah.


Bila aku merenung dengan akal yang ada,aku lebih waspada tentang elemen2 penjilatan dan penderhakaan.Kerana jilatan yang tak sempurna akan rosak roh dan jasad.Bila rosak mudah sangat ia menderhakakan Allah dan RasulNya.Tak merenung manusia hilang kesadarannya.Bila tak sadar mudah jatuh ke taraf haprak.


Renunglah sejenak,ia menjauhkan dari haprak.





1 comment:

Leenoh said...

Saya pernah tulis mengenai persoalan yang saya musykil sama ada terdapat atau tidak perangai manusia di dalam diri binatang, sebaliknya kita telah mengakui bahawa terdapat perangai binatang dalam diri manusia.

Di sana saya memberi contoh burung helang sebagai unggas yang bertanggungjawab terhadap anak dan pasangannya. Menakala memerang binatang yang pandai mendidik anak dengan sikapnya yang sangat istiqamah, mempunyai teknik tertentu mengajar anak-anaknya menangkap ikan.

Mereka hidup aman dan tidak mempolitikkan cara hidup yang sedia lurus tetapi terdapat di kalangan manusia memutar belitkan kehidupan mereka sehingga menjadi kecamuk dan menyusahkan orang lain.
Wassalam.